Friday, May 10, 2013

Tumis sotong dan peria




 BAHAN-BAHAN :
1 biji peria (rendam air garam dan toskan)
6 ekor sotong (hiris bulat)
1 kotak santan harmoni
1 biji bawang besar (hiris)
1 tangkai cili hijau (hiris)
1 asam gelugur
sedikit kerisek
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

DIKISAR :
10 tangkai cili kering rebus
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang serai (hiris)
sedikit belacan

 CARA-CARA :

 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar

 hingga garing dan pecah minyak.

 Masukkan sotongdan masak hingga kecut.

 Kemudian masukkan peria dan gaul rata.

 Tambahkan santan. Jika mahu berkuah gunakan 1 kotak,

 jika ingin kurang kuah boleh kurangkan santan kerana sotong akan mengeluarkan air. Masukkan kerisek dan asam keping. 

 Tambahkan garam dan juga gula secukup rasa. Masukkan juga bahan hiris

 dan masak hingga kuah menggelegak

 dan terbit minyak.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan sambal belacan.

2 comments: