Anak-anakku

Loading...

Wednesday, May 1, 2013

Nasi goreng ayam Makcik Manggis





 SUMBER : Arahmakcik manggis dan kak Yatie. Mintak izin menepek yaa...sayang semua mmuahh....

NASI GORENG AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.





                 


Bahan Utk Masak Nasi>> kita tumis dgn butter (makcik guna ghee)
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan>>aaarrrghhhh yg ni sgt tension sbb tak de beras basmathi huh!
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair

 panaskan minyak sapi

 masukkan rempah tumis. Makcik guna daun pandan kasi harum

 tambah serbuk kari

 juga bahan tumbuk. Kacau hingga terbit bau.

 masukkan bawang besar yang dicincang, lada hitam dan bay leaf
 masak hingga bawang layu

 masukkan beras basmati yang telah direndam selama 30 minit.

 Gaul sebentar

 tambah air, 1 tbsp stok pekat ayam
 masukkan juga susu cair dan juga garam.


 susun ayam yang telah diketepikan tadi dan masak hingga menggelegak

 tutup periuk dan masak di atas api perlahan


 kacau nasi dengan menggunakan garfu plastik

masak hingga nasi tanak sepenuhnya.




sedia untuk bekalan ke sekolah.

2 comments:

  1. cantik nye nasi akak tu..ohh zila lum penah lagi goreng masuk dalam nasi ayamnye..

    ReplyDelete