Anak-anakku

Loading...

Sunday, February 10, 2013

Mi hailam

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket mi kuning (basuh dan celur sekejap)
  • 1/2 tbsp bawang putih kisar
  • 1 tbsp halia kisar
  • 4 helai daun kobis + 1 karot saiz kecil + 2 kelopak bunga kobis (hiris seperti di atas)
  • 1 biji tomato hijau (potong  baji)
  • 1 mangkuk kecil isi ayam (dadu)
  • 1/2 paket sosej (potong bulat)
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp pati ayam
  •  serbuk lada sulah secukup rasa
  •  2 tbsp sos cili kimball
  • 4 tbsp penuh tepung jagung (jadikan pes)
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • kicap cair secukup rasa
  • garam secukupnya dan sedikit gula
  • 5 cawan air
  • daun sup dan daun bawang dan juga limau kasturi untuk perah
  • minyak untuk menumis
CARA :

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga garing
masukkan isi ayam dan masak hingga ayam kecut
tambahkan sosej
dan juga air, masak lagi
hingga mendidih
tuangkan sos-sos dan juga pati ayam
masukkan sayur-sayuran
gaul rata. Tambahkan pes tepung jagung.
Rasa garam dan gulanya. Kemudian siramkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam kuah.

Kacau rata dan masukkan tomato.
Sedia disiram ke atas mi yang telah dicelur....hidangkan bersama cili potong untuk rasa yang lebih pedasssss



2 comments:

  1. as-salam
    hahahaha baru ada resepinye..

    ReplyDelete
  2. kui..kui...kui...malu aii...resepi budak2 la sifuu

    ReplyDelete