Friday, November 18, 2011

Donat sosej resepi Kak Nab

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket mauripan yis (dibancuh bersama sedikit air suam-suam kuku dan 2 sdb gula)(tunggu hingga berbuih)
  • 1 kilo tepung gandum
  • lebih kurang 4 sdb shortening (lemak sayur)
  • 2 1/2 senduk nasi tepung susu
  • 1/2 sdt bread improver (Nasya tambah)(jika tiada tidak mengapa)
  • sedikit garam
  • air secukupnya untuk menguli
CARA-CARA :

  • Bancuh gandum bersama mauripan dan sedikit air. Uli sebati. Tambahkan shortening, susu dan juga garam. Uli hingga tidak melekat ditangan.(Air hendaklah ditambah sedikit demi sedikit semasa proses menguli agar tidak lembik. Jika terlebih air tambahkan tepung)
  • Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda.
  • Setelah adunan naik, tumbuk adunan untuk mengeluarkan gas. Bolehlah dibentuk. Jika ingin membuat roti donat cuma perlu memintal sedikit adunan pada sosej yang telah direbus.
  • Biarkan adunan naik sekali lagi kemudian bolehlah digoreng.
  • Anda akan mendapat lebih kurang 60 biji donat untuk adunan ini.

6 comments:

  1. as-salam nasya
    wahhh!!! npk gebu donat sosej..mkn satu pun dah cukup ni..npk sedap!!!!

    ReplyDelete
  2. ha..ha...baru belajar ngan jiran sebelah umah..

    ReplyDelete
  3. Salam sis.. klu x da shortening x bole kh sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje ganti dengan marjerin tapi hasilnya lain sedikit.

      Delete
    2. Boleh aje ganti dengan marjerin tapi hasilnya lain sedikit.

      Delete
    3. Boleh aje ganti dengan marjerin tapi hasilnya lain sedikit.

      Delete