Friday, October 21, 2011

JIBRIL MENUTUP MULUT FIRAUN DENGAN TANAH

Firaun berserta tenteranya mendapat kehancuran pada hari Rabu. Ketika Nabi Musa as berserta pengikutnya bangsa Bani Israil yang berjumlah 70 000 orang pergi menuju ke tepi sungai Nil, mereka dikejar oleh Firaun dan tenteranya yang berjumlah 2 000 000 orang. Ketika mereka merasa tidak dapat melarikan diri maka berkatalah pengikut Nabi Musa :"Sesungguhnya kita benar-benar akan bertempur dengan Firaun."

     Nabi Musa pun menjawab :"Sekali-kali mereka tidak akan dapat menyusul kita, sesungguhnya Tuhanku bersertaku, kelak Ia akan memberi petunjuk kepadaku."
     Kemudian ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi Musa as :"Pukullah lautan itu dengan tongkatmu !" Maka terbelahlah lautan itu. Musa dan kaumnya berjalan melintasi lautan itu dengan selamat. Sedangkan Firaun dan tenteranya ikut dari belakang, setelah Musa as serta pengikutnya selamat sampai ke tepi, maka Firaun pun tenggelam berserta tenteranya."
     Diceritakan bahawa ketika Firaun melihat azab yang akan menimpanya ia lalu berusaha menyelamatkan diri dari bahaya tenggelam. Tetapi Jibril menutup mulutnya dengan tanah, sehingga ia meminta tolong kepada Jibril tujuh puluh kali. ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Hai Jibril, sesungguhnya Firaun telah meminta tolong kepadamu sebanyak tujuh puluh kali, namun tidak engkau tolong, maka demi kemuliaan dan keagunganKu, seandainya ia meminta tolong kepadaKu, walau hanya satu kali sahaja, aku pasti akan menyelamatkannya daripada bahaya tenggelam."

2 comments:

  1. Assallamualikum Nasya..
    Sihat ker? Harap Nasya sihat walafiat hendaknya..
    Memang Allah SWT itu maha segalanya. sedangkan Firaun yg bertujuan membunuh nabi Musa as jika meminta dariNYA agar diselamatkan dari tenggelam, akan dibantunya..

    ReplyDelete
  2. wslm. Sihat Nazz..cuma 2-3 ari ni lemau betul nak update n3..mmmm Naz ngan baby sihat ke??hari nie godek kue apa?...

    ReplyDelete