Anak-anakku

Loading...

Tuesday, April 5, 2011

sup daging ringkas


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 400 gm daging (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 1 biji kentang (potong 8)
  • minyak untuk menumis
  • 1 bunjut sup tulang
  • lada hitam secukupnya
  • 5 labu bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 3 cm halia (hiris)
  • 2 1/2 gelas air
  • daun sup dan daun bawang
  • jus limau kasturi
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga wangi dan terbit aroma.Masukkan air, daging dan rempah bunjut tunggu hingga air mendidih.
    2. Masukkan kentang, lada hitam dan bahan perasa.Masak sehingga mendidih  dan tunggu hingga daging empuk dan kentang lembut.Masukkan tomato. Jangan lupa untuk membuang buih-buih yang timbul agar sup kelihatan jernih dan cantik. Sebelum menghidang tabur daun sup dan daun bawang. Perahkan sedikit air limau kasturi.
    3. Bolehlah dihidangkan.  

No comments:

Post a Comment