Monday, October 22, 2018

Kerabu mangga berkacang

 BAHAN-BAHAN :
500g mangga muda (sagat halus)
1/2 C kacang tanah goreng (tumbuk kasar)
2 kuntum bunga kantan (mayang halus)
1 labu bawang besar (mayang halus)
3 batang serai (mayang halus)
7 tangkai cili api (tumbuk)
3 biji tomato (buang biji, potong baji)
sejemput udang baring (pilihan)
garam bukit/ gula


CARA-CARA :
 Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.
Sebatikan.
Sedia dinikmati bersama nasi dan pelengkap.

Wednesday, October 17, 2018

Masak air kobis & jagung muda

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kobis saiz M (hiris)
6 tangkai putik jagung (hiris serong)
1 tangkai cili merah (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
10 biji lada hitam (tumbuk)
air tapis separas sayur
garam laut secukup rasa


CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan renihkan dengan api sederhana sehingga sayur layu.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan.

Monday, October 15, 2018

Cara berlauk

 BAHAN-BAHAN :
250g tepung gandum unbleached
3 biji telur saiz D
250ml santan
125ml air tapis
sedikit serbuk kunyit 
secubit garam
sedikit marjerin untuk melengser

BAHAN INTI :
140g daging burger Ramly
1/2 biji bawang besar (cincang)
2 Tbsp serbuk kari daging
hirisan daun sup/ cili merah
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hingga layu.
Masukkan rempah kari dan daging burger yang telah dihaluskan. 
Gaul rata. Jika perlu masukkan sedikit air.
Beri garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga terbit minyak.
Matikan api dan ketepikan.
Sementara itu, campurkan kesemua bahan adunan di dalam pengisar.
Kisar sehingga halus.
Panaskan acuan kuih cara di atas dapur dengan api paling perlahan.
Lengserkan acuan dengan marjerin dan masukkan adunan 3/4 penuh.
Tutup dengan tudung periuk dan tunggu sehingga 1/2 masak.
Buka tudung periuk masukkan inti secukupnya dan tabur dengan bahan hiris.
Tutup kembali acuan dan masak sehingga kuih garing.
Cungkil kuih dengan menggunakan lidi dan sudu.
Kuih sedia untuk dinikmati.

***Jika suka bolehlah mencampurkan serbuk kari dan rempah beriani bersama ***



Sunday, October 14, 2018

Bening betik dan kangkung

 BAHAN-BAHAN :
1 biji betik 3/4 masak saiz M
1 cekak sayur kangkung
sejemput ikan bilis
air separas betik
garam laut

DITUMBUK :
3 ulas bawang merah
sebesar ibu jari belacan
1 tangkai cili merah
1 cm kunyit hidup


CARA-CARA :
Masukkan betik ke dalam periuk dan tuangkan air separas dengan betik.
Masukkan juga bahan tumbuk dan ikan bilis.
Renihkan di atas api sederhana sehingga betik lembut.
Akhir sekali masukkan kangkung dan sedikit garam.
Setelah kangkung layu bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.

Biasa-biasa je......

 Bila ada banyak sayur kangkung, saya gemar memasak bening dan meratahnya begitu sahaja.
Kebetulan ada lebihan betik...enak juga dicampur sekali.
Tidak perlu banyak lauk, cukup dilawankan dengan ikan pelaling goreng garing dan kerabu mangga dan tomato.
Sedapnya hingga menjilat siku..he..heee.

Bakwan jagung @ jemput2 jagung

 BAHAN-BAHAN :
2 tongkol jagung (sagat halus)
6 Tbsp tepung gandum unbleached
4 Tbsp tepung ubi
2 biji telur
secubit serbuk pati ayam
sedikit garam/gula
minyak untuk menggoreng terendam

DITUMBUK :
1 labu bawang besar saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1/2 tsp lada putih


 CARA-CARA :
 Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati.
Ketepikan.
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali.
Cuci tangan bersih-bersih dan masukkan sejemput demi sejemput adunan menggunakan hujung jari.
Goreng hingga kuning keemasan.
Toskan minyak dan enak dicicah bersama sos cili.

Saturday, October 13, 2018

Ayam goreng buku besar

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam (potong 2)
1/2 Tbsp kunyit hidup kisar
1 Tbsp serbuk kari pedas BABA'S
1 tsp ketumbar biji (tumbuk)
 sedikit garam laut (tumbuk)
minyak goreng terendam


CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali.
Goreng ayam dengan api sederhana 17-25 minit @ sehingga masak.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ pulut.

Friday, October 12, 2018

Kek cawan pandan

BAHAN-BAHAN :
210g tepung gandum
115g mentega
130g gula kastor
3 biji telur saiz A
1 1/2 tsp serbuk penaik
secubit garam bukit halus
60ml pati pandan (dari 10 helai pandan + sedikit air)
sedikit pewarna hijau


CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula halus sehingga putih.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang dan berkrim.
Masukkan garam dan tepung sesudu demi sesudu.
Tambahkan pati pandan dan sedikit pewarna hijau.
Kaup balik adunan dan masukkan ke dalam acuan kertas yang telah disusun ke dalam loyang cupcake.
Panaskan ketuhar 180'c selama 10 minit sebelum memasukkan kek.
Bakar kek sehingga masak bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Thursday, October 11, 2018

Padprik ayam

 BAHAN-BAHAN :
2 ketul ayam (dadu)
1/3 biji kobis bunga (leraikan, rendam air garam)
1/2 batang lobak merah (hiris nipis)
5 putik jagung (hiris serong)
6 tangkai sweet pea (buang hujung)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji tomato (belah 6) 
2 batang serai (ketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
5 helai daun limau purut (carik)
1 Tbsp cili boh PUTERI
1 Tbsp sos tiram
2 Tbsp sos cili kimball
sedikit kicap manis
sedikit air
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili boh dan serai, tumis sehingga hilang bau cili.
Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Masukkan pula bunga kobis, lobak merah dan juga putik jagung.
Tambahkan sos-sos dan tuangkan sedikit air.
Akhir sekali masukkan cili hiris, daun limau purut, tomato dan juga sweet pea.
Rasa dahulu kuahnya kerana sos-sos sudah masin.
Setelah sebati dan kuah pekat bolehlah dimatikan api.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih @ nasi goreng kosong.


***Jika suka pedas bolehlah dimasukkan cili padi yang telah diketuk***

Wednesday, October 10, 2018

Daging goreng petai

 BAHAN-BAHAN :
400g daging (hiris nipis)
secukupnya air untuk merebus daging
1 tsp kunyit kisar
2 papan petai (belah 2)
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 Tbsp sos tiram
sedikit kicap manis BANGO @ KIPAS UDANG
garam bukit & gula 
minyak untuk menumis


 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan daging yang telah direbus bersama dengan kunyit kisar.
Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, kicap, bawang dan juga cili hiris.
Perasakan dengan garam dan juga sedikit gula.
Akhir sekali tambahkan petai.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi.

Monday, October 8, 2018

Ayam masak merah NaSya

 BAHAN-BAHAN :
7 ekor ayam saiz sederhana (potong 10)
3 biji bawang besar (hiris)
65g daun sup @ 2 pokok (ambil daun, hiris)
5 Tbsp sos tiram Lee Kum Kee
1 1/2 paket besar (paket 800g) cili boh PUTERI
1400ml sos cili Kimball
1/2 jag blender air untuk kuah
1 1/2 cawan gula @ secukup rasa
garam laut @ bukit secukup rasa
secukupnya minyak untuk menumis

DIKISAR :
1.4 kg bawang besar
280g halia
10 batang serai (hiris)
60g cili api
batang daun sup
1.4 kg tomato masak
***kisar sedikit-sedikit dengan air yang secukupnya sehingga hancur***


CARA-CARA :
Ayam dibasuh bersama cuka. Buang lemak dan bilas bersih-bersih sebanyak 3 kali.
Toskan dan lumur garam bersama serbuk kunyit.
Goreng ayam sehingga separuh masak.
Ambil secukupnya minyak dari sisa gorengan ayam.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan cili boh dan 1/2 cawan gula.
Masak sehingga sambal terkaramel dan hilang bau cili.
Kemudian masukkan pula sos tiram dan juga sos cili.
Masak sehingga meletup-letup.
Tambahkan air untuk kuah dan masak sehingga mendidih.
Setelah itu, masukkan ayam goreng, bawang hiris dan juga daun sup.
Renih dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
Perasakan dengan garam dan masukkan baki gula.
Kacau sebati dan bolehlah dimatikan api.

***Ayam masak merah saya agak berkuah kerana melayan permintaan daripada pelanggan (pelajar) yang suka kuah merah. Jika tidak suka berkuah bolehlah kurangkan bawang, tomato dan juga cili boh. Anda tidak perlu lagi memasukkan asam kerana cili boh Pu3 sudah mengandungi asam jawa dan garam.***

Tuesday, October 2, 2018

Asam pedas sawi jeruk

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan bawal emas saiz L (potong 4)
1/2 tsp halba
200g cili boh PUTERI
2 kuntum bunga kantan (belah 4)
5 helai daun limau purut (carik)
1 biji tomato (belah 6)
sedikit sawi jeruk 
2 keping asam gelugur
1/2 jag blender air @ secukupnya
garam laut/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
2 labu bawang besar saiz M
1 ulas bawang putih
1 inci halia bentong
1 cm kunyit hidup
1/2 tsp lada hitam biji


CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar, halba dan juga cili boh sehingga harum dan pecah minyak.
Tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih seketika.
Kemudian masukkan asam keping, bunga kantan, sawi jeruk dan juga ikan.
Masak sehingga ikan lembut.
Akhir sekali masukkan tomato dan juga daun limau purut.
Perasakan secukupnya dan tunggu hingga mendidih sekali lagi.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi @ dicicah bersama roti.

***Cili boh PUTERI sudah mengandungi asam dan juga garam. Rasa dahulu kuah sebelum menambahkan bahan perasa***