Anak-anakku

Loading...

Wednesday, March 7, 2018

Sambal belacan

 BAHAN-BAHAN :
150g cili api merah
100g cili merah (patahkan)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar saiz kecil
65g belacan
60g asam jawa + 1/2 cawan air tapis (jadikan pes)
90ml cuka makan
100g gula pasir
9g garam bukit
1 cawan air tapis


CARA-CARA :
 Cucuk bawang putih dan bawang besar pada hujung pisau.
Layurkan di atas dapur gas sehingga kulit bawang hangus.
Ambil isi bawang dan masukkan ke dalam pengisar.
Balut belacan dengan kertas aluminium.
Bakar di atas api dapur sehingga wangi.
Tambahkan belacan dan semua bahan lain ke dalam pengisar.
kisar dengan menekan PULSE beberapa kali.
Jika suka boleh juga memasukkan tomato masak ke dalam sambal ini.
Kisar sehingga sebati.
Saya juga selalu menggantikan belacan dengan cencaluk.
Memang sedap tetapi kurangkan jumlah garam yang digunakan.
Tuangkan sambal ke dalam botol dengan menggunakan botol air mineral yang dipotong seperti di atas.
Simpan sambal di dalam peti ais.
Bila hendak dimakan barulah dituangkan ke dalam mangkuk dan enak jika digaul bersama nenas manis @ kuinin @ dengan hirisan kulit limau kasturi.



2 comments:

  1. Sambal belacan ni boleh tahan berapa lama dalam peti ais? Elok juga buat banyak2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya 2 minggu pun boleh tahan Insyaallah.

      Delete