Anak-anakku

Loading...

Wednesday, February 22, 2017

Kek Patty

 BAHAN-BAHAN :
2 c tepung gandum
3 tsp serbuk penaik
3/4 c gula kastor
125g mentega
2 biji telur saiz A
1 c susu segar
1 tsp esen vanilla

**c = cup**
**tsp = teaspoon
 CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, campurkan gula bersama mentega dan pukul sehingga gebu.
Kemudian tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan bahan yang di ayak berselang seli dengan susu segar.
Kaup balik adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah digriskan dengan sedikit mentega.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.


1 comment:

  1. Salam Pn ...apa khabar? Sedapnya kalau makan Kek Patty ni ptg2 ni.. hujan plk kat sini.

    ReplyDelete