Monday, July 31, 2017

Jus epal & mangga

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji mangga masak
1 biji epal hijau
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar semua bahan.
Tapis dan hidangkan.


Lemak putih pucuk meranti

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk meranti (ambil bahagian lembut)
2 biji terung panjang saiz kecil (hiris serong)
1 tangkai cili merah (belah 4)
segenggam ikan bilis
2 batang serai (ketuk)
1 kotak santan KARA
2 1/2 kotak air
10 biji lada hitam (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
garam laut secukup rasa

CARA-CARA :
 Jerangkan santan bersama air di atas api perlahan.
Masukkan serai, bahan tumbuk dan juga ikan bilis.
Kacau selalu.
Tambahkan terung dan masak sehingga terung lembut.
Kemudian masukkan pucuk meranti dan juga cili merah.
Perasakan secukupnya.
Setelah sayur layu, bolehlah dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan.


Thursday, July 27, 2017

Jus epal lobak merah

 BAHAN-BAHAN :
1 batang lobak merah (hiris)
1 biji epal hijau (hiris)
300ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar kesemua bahan dan tapis.
Sedia dinikmati.

Hati goreng kunyit

 BAHAN-BAHAN :
300g hati lembu (hiris nipis)
3 inci halia (hiris batang mancis)
4 ulas bawang putih (cincang kasar)
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji peria katak (buang biji, hiris)
1 tsp serbuk kunyit Baba's
garam/gula
minyak kelapa untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia sehingga terbit bau.
Kemudian masukkan hati dan serbuk kunyit.
Masak sehingga kering sedikit air.
Tambahkan peria, bawang dan juga cili hiris.
Perasakan secukupnya dan sedia diangkat dan dihidangkan.
***MENGGORENG HATI TIDAK BOLEH TERLALU LAMA NANTI AKAN MENJADI KERAS***

Wednesday, July 26, 2017

Jus epal aprikot

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau
2 biji aprikot segar
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Hiris epal dan aprikot bersama kulitnya.
Kisar bersama air sehingga hancur.
Tapis dan sedia dinikmati.

Bening labu air

 BAHAN-BAHAN :
1 biji labu air saiz kecil (kupas, potong kecil)
1 labu bawang besar saiz kecil (kisar)
1 tsp lada hitam (kisar)
4 tangkai daun selasih
1 Tbsp budu
3 cawan air
garam 

CARA-CARA :
Rebus labu bersama air dan bahan kisar sehingga empuk.
Masukkan budu dan daun selasih.
Biarkan mendidih sekali lagi.
Masukkan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan ikan masin.

Tuesday, July 25, 2017

Asam rebus kulit tembikai

 Assalamualaikum buat sahabat2 yang saya kasihi sekalian. Lama betul x update dapur saya. Hari ni adalah hari ke 13 kemoterapi saya untuk 1st cycle. Rasa bertenaga sedikit berbanding minggu lepas. Alhamdulillah. Sekiranya saya menyepi ...itu bermakna saya sedang berperang dengan REJIM KEMOTERAPI yang adakalanya mencabar kesabaran saya. Saya minta maaf banyak2...hari ni rambut saya mula gugur seperti dedaun kering yang dihembus bayu..tapi itu tidak penting, yang paling utama saya masih gembira dan positif. Mohon sahabat doakan saya agar sembuh sepenuhnya...Aminn...

 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana kulit ari tembikai
1 labu kecil bawang besar (kisar)
belacan sebesar jari kelingking (kisar)
2 hiris nipis kunyit (kisar)
1 Tbsp cili kisar
1 batang serai (ketuk)
segenggam ikan bilis
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
sedikit daun kesum
2 keping asam gelugur
3/4 blender air
garam laut @ garam bukit

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan sehingga kulit tembikai lembut.
Perasakan dengan  garam secukup rasa.
Enak dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.