Anak-anakku

Loading...

Wednesday, March 23, 2011

sup ikan jenahak


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 ekor ikan  jenahak (saiz kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 cm halia (dikisar) 
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 bungkus rempah sup bunjut
  • 2 cm kulit kayu manis, 4 biji pelaga, 5 cengkih, 2 bunga lawang
  • 2 gelas air
  • 1 batang karot (dipotong bunga)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • daun sup,daun bawang,cili merah (untuk tabur)
  • sedikit jus limau kasturi
  • 1 sdk serbuk pati ayam
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sdb minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar, rempah tumis dan serai hingga wangi dan terbit aroma.Masukkan air,karot dan rempah bunjut tunggu hingga air mendidih.
    2. Masukkan ikan, tomato dan bahan perasa.Masak sehingga mendidih  dan  karot lembut. Sebelum menghidang tabur daun sup,daun bawang dan cili merah.Perahkan sedikit air limau kasturi.
    3. Bolehlah dihidangkan.  

No comments:

Post a Comment