Tuesday, January 30, 2018

Kerabu perut daun kayu

 BAHAN-BAHAN :
200g perut lembu (rebus, hiris nipis)
garam bukit/gula
jus limau nipis secukup rasa

DITUMBUK :
segenggam kelapa parut (sangai)
2 ekor ikan kembung bakar
sebesar ibu jari belacan bakar

DIHIRIS HALUS :
3 batang serai (bahagian putih sahaja)
3 kuntum bunga kantan
secekak ulam raja
secekak daun selom
secekak pucuk gajus
1/2 labu bawang besar
5 tangkai cili api


  CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau secukup rasa.
Gaul sebati dan sedia dinikmati bersama nasi atau diratah begitu sahaja.

Monday, January 29, 2018

Nasi goreng bawang putih

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
8 ulas bawang putih (cincang kasar)
7 tangkai daun kucai (hiris 1 cm)
2 kelopak kobis (hiris halus)
1/2 Tbsp minyak kelapa
garam bukit

CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan kobis dan kucai.
Masak sehingga kobis lembut.
Masukkan nasi dan gaul rata.
Tambahkan sedikit garam.
Gaul sebati dan sedia dihidangkan.

Tumis brokoli

 BAHAN-BAHAN :
1/2 kelopak brokoli (ceraikan)
1/2 batang lobak merah (potong panjang)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1/2 tangkai cili merah (hiris serong)
1 Tbsp bawang putih cincang
1 tsp halia cincang
1 Tbsp sos tiram 
sedikit air
sedikit garam bukit
sedikit minyak


 CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia cincang sehingga wangi.
Masukkan lobak merah dan sedikit air.
Masak sehingga lobak lembut.
Kemudian tambahkan brokoli, cili dan juga bawang besar.
Gaul rata.
Perasakan dengan sos tiram dan sedikit garam jika perlu.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.

Sunday, January 28, 2018

Sup pakchoy dan dumpling

 BAHAN-BAHAN :
2 pokok siew pak choy (hiris)
7 biji dimsum segera
6 ulas bawang putih (cincang)
3 gelas air
serbuk lada hitam/serbuk lada putih
secubit serbuk pati ayam
garam bukit
sedikit minyak

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang cincang sehingga harum.
Tuangkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan dumpling dan juga sawi.
Masak hingga dumpling lembut.
Perasakan secukupnya dan sedia dihidangkan bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.

Tumis kailan dan cendawan

 
 BAHAN-BAHAN :
3 pokok baby kailan (hiris serong)
1 paket cendawan shimeji
1 biji tomato (potong baji)
1 tangkai cili merah (hiris serong)
5 ulas bawang putih (ketuk)
2 Tbsp sos tiram
garam bukit jika perlu
1 Tbsp minyak kelapa


CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bawangb putih sehingga wangi.
Masukkan kailan dan cendawan.
Tumis sehingga cendawan layu.
Tambahkan sos tiram, tomato dan cili hiris.
Kacau rata dan sedia dinikmati.


Saturday, January 27, 2018

Masak lemak pegaga dan tempe

BAHAN-BAHAN :
1 ikat pegaga (bersihkan)
1 paket tempe (dadu besar)
500ml santan
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
secubit belacan (tumbuk)
2 batang serai (ketuk)
garam bukit/gula

 CARA-CARA :
Jerangkan santan di atas api sederhana.
Masukkan bahan tumbuk dan juga serai..
Didihkan.
Kemudian masukkan tempe dan masak hingga tempe lembut.
Akhir sekali masukkan pegaga dan juga bahan perasa.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi, ikan bakar tawar dan juga budu.

Eemi goreng

BAHAN-BAHAN :
3 keping eemi (rebus dan tos)
1/2 mangkuk kecil udang
2 keping kek ikan (hiris)
4 kuntum cendawan shitake segar (hiris)
3 helai kobis cina (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
sedikit serbuk pati ayam
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
sedikit kicap pekat
sedikit air
renjisan minyak bijan (jika suka)
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 
Tumis bawang hiris sehingga layu dan terbit bau.
Masukkan udang dan kek ikan.
Masak sehingga udang kecut.
Tambahkan cendawan dan juga kobis.
Gaul rata.
Kemudian masukkan mi dan juga bahan perasa.
Tuangkan sedikit air.
Kacau sebati.
Sebelum diangkat masukkan tomato dan juga hirisan cili.
Renjiskan sedikit minyak bijan jika suka.
Sedia dihidangkan.


   

Friday, January 26, 2018

Nasi manis @ wajik

 BAHAN-BAHAN :
800g pulut yang telah dikukus (sejukkan)
1 kotak santan KARA + 1 1/2 kotak air
200g gula melaka @ nisey
100g gula merah (boleh kurangkan)
sedikit garam
beberapa ulas durian (jika suka)
1 helai daun pandan (carik, simpul)

CARA-CARA : 
 Tuangkan santan dan air ke dalam kuali.
Masukkan nisey, gula merah dan juga durian.
 Masak di atas api sederhana sehingga meletup-letup.
 Kacau selalu. Masukkan daun pandan dan juga sedikit garam.
 Setelah kuah agak pekat masukkan pulut
 Gaul rata 
 
 Masak sehingga pulut tidak melekat pada kuali
 Matikan api
 Sedia dinikmati bersama kopi @ teh kosong.

***PULUT HENDAKLAH DIRENDAM TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIKUKUS. KUKUS PULUT SELAMA 20 MINIT, KELUARKAN PULUT DAN RENJISKAN PULUT DENGAN SEDIKIT AIR. KUKUS SEMULA PULUT SEHINGGA MASAK SEPENUHNYA. KAKAK SULUNG SAYA HANYA MENGUKUS PULUT 1/2 MASAK, HASILNYA NASI MANIS BELIAU SEDIKIT RANGUP TAPI SEDAP. ADA JUGA ORANG YANG MENCAMPURKAN SEDIKIT NESCAFE UNTUK MENDAPATKAN WARNA YANG CANTIK***

Asam rebus kangkung

 
 BAHAN-BAHAN :
1 ikat kangkung
2 batang serai (ketuk)
2 Tbsp cili kisar (kurangkan jika terlalu pedas)
3/4 jag blender air
1 asam keping
secubit serbuk pati ayam
garam bukit

DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
1 inci halia
sebesar ibu jari belacan bakar

CARA-CARA :
Masukkan air dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
Masukkan juga serai dan cili kisar.
Renih di atas api sederhana sehingga mendidih dan hilang bau cili.
Masukkan asam keping dan kangkung.
Masak sehingga kangkung lembut.
Perisakan dan sedia dihidangkan bersama nasi dan ikan rebus goreng. 

Thursday, January 25, 2018

Masak asam bawal emas

 BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal emas sederhana (garam kunyit, goreng)
1 labu bawang besar (hiris)
4 tangkai cili api (hiris serong)
1 Tbsp bawang putih cincang
2 Tbsp asam jawa + 1 cawan air (tapis)
3 Tbsp kicap manis kipas udang
gula /garam bukit
2 Tbsp minyak 

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan air asam jawa dan kicap manis.
Masak sehingga pekat.
Kemudian masukkan bawang dan cili hiris.
Tambahkan gula dan sedikit garam.
Gaul sebati dan curahkan ke atas ikan yang telah digoreng garing.
Sedia dinikmati.

***MASAKAN INI MESTI CUKUP RASA MASAM MANIS. MASUKKAN GULA SESUAI SELERA***

Bening cendawan dan kobis bunga

 BAHAN-BAHAN :
1 paket cendawan shimeji
1/2 kuntum bunga kobis (potong kuntum)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 tangkai cili hijau (hiris)
1 pokok daun bawang (hiris)
air separas sayuran
secubit serbuk pati ayam
garam/serbuk lada hitam

CARA-CARA :
 Tuangkan air ke dalam periuk.
Masukkan bawang putih dan lada hitam.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan bunga kobis, cendawan dan cili hijau.
Masak sehingga cendawan lembut.
Masukkan daun bawang yang telah dihiris.
Perisakan secukupnya.
Sedia dinikmati bersama nasi, ayam goreng  dan sambal belacan.


Wednesday, January 24, 2018

Mi sanggul goreng

 
 BAHAN-BAHAN :
1 paket mi sanggul (celur hingga lembut, tos)
3 batang kangkung (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
1 keping kek ikan (hiris nipis)
3 ekor sotong (buang dakwat, hiris bulat)
1 Tbsp sos tiram Nona
sedikit kicap cair
sedikit gula
garam bukit jika perlu
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar saiz kecil
5 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering rebus
1 Tbsp udang kering (rendam, tos)


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan sotong dan kek ikan.
Tumis hingga sotong kecut.
Masukkan kangkung dan masak sehingga kangkung layu.
Kemudian masukkan mi yang telah ditos.
Tambahkan bahan perasa dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan tomato.
Kacau sebentar dan bolehlah dimatikan api.
Sedia dihidangkan bersama perahan limau kasturi dan juga cili potong.

Solok lada

 BAHAN-BAHAN :
7 tangkai cili solok (belah tengah, keluarkan biji)
sedikit santan kemancar @ cair (separas cili)

DITUMBUK LUMAT :
9 ekor ikan kembung pelaling (ambil isi)
Segenggam Kelapa parut muda
1 labu bawang holland kecil
1cm halia
10 biji lada hitam
garam bukit/gula

CARA-CARA :
Masukkan bahan tumbuk ke dalam cili. 
Susun cili di dalam periuk dan tuangkan sedikit santan.
Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga santan kering & cili lembut.

Enak dinikmati bersama nasi kerabu @ diratah begitu sahaja.

***SOLOK LADA MESTILAH MEMPUNYAI RASA SEDIKIT MANIS. JIKA MENGGUNAKAN ISI IKAN YANG TELAH DIREBUS, MASUKKAN SEBIJI TELUR SUPAYA INTI TIDAK BERDERAI***

Tuesday, January 23, 2018

Sayur campur

 BAHAN-BAHAN :
10 batang kacang buncis (hiris serong)
1/2 kelopak brokoli (ceraikan kuntum)
1 tangkai cili merah (hiris serong)
1 Tbsp bawang putih cincang
1/2 Tbsp halia cincang
2 biji telur
garam bukit
minyak kelapa untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia cincang sehingga kekuningan.
Pecahkan telur dan kacau sehingga telur berketul.
Kemudian masukkan brokoli, buncis dan cili merah.
Masak sehingga sayur layu tetapi masih rangup.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Masak lemak daun merunggai

 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana daun merunggai (ambil daun sahaja)
1 biji terung kecil (belah 2, hiris)
700ml santan
2 batang serai (ketuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
segenggam ikan bilis (cuci, tumbuk)
garam bukit@ garam laut

CARA-CARA :
Jerang santan bersama terung dan bahan tumbuk sehingga terung empuk.
Kacau selalu.
Masukkan daun merunggai dan didihkan sebentar.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi, ikan pekasam goreng, sambal dan ulaman.

Monday, January 22, 2018

Sambal belimbing buluh basah

 
 BAHAN-BAHAN :
20 biji belimbing buluh (rebus 1 jam di dalam periuk vision)
10 tangkai cili api
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 Tbsp ikan bilis (cuci)
2Tbsp minyak 
garam bukit/gula
 CARA-CARA :
 
 Cincang @ tumbuk cili, ikan bilis, dan juga bawang.
   belimbing yang telah direbus 1jam
 panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan cincang
tumis sehingga wangi
 masukkan belimbing dan gaul rata
  masak sehingga sambal pekat dan perasakan secukupnya
Enak dinikmati bersama ikan goreng, ulam timun dan nasi panas.

Mi ladna

BAHAN-BAHAN :
2 paket mi kuning (900g)
1 labu bawang putih (ketuk)
1 Tbsp lada putih (tumbuk)
1 mangkuk sederhana isi ayam dadu
3 ekor sotong (buang dakwat, hiris bulat)
20 ekor udang sederhana
250g kobis bunga
1 batang lobak merah (potong julienne)
1/2 batang celery (hiris serong)
10 tangkai cendawan shitake segar (hiris nipis)
1 pokok kailan (hiris nipis batang)
1 paket bebola ikan (belah 3)
daun sup/daun bawang (hiris)
limau kasturi (untuk menghidang)
cili potong + kicap cair (untuk menghidang)
100ml kicap cair
150ml sos tiram Nona
1/2 ketul kiub ayam
2 liter air bertapis
5 Tbsp tepung jagung
garam bukit
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Basuh mi di bawah air mengalir.
Celur mi sebentar dan ketepikan.
Untuk menyediakan kuahnya masukkan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Kemudian masukkan air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan pula lobak merah, celery, batang kailan, cendawan dan kobis bunga.
Tuangkan sos tiram, kicap cair dan masukkan juga kiub ayam.
Kacau sebati.
Setelah bunga kobis lembut masukkan sotong, udang, bebola ikan dan juga daun kailan.
Bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah.
Gaul dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Matikan api.
Untuk menghidang masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk.
Curahkan kuah dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang.
Perahkan sedikit jus limau dan enak dinikmati bersama cili potong.


Sunday, January 21, 2018

Masak lemak labu dan kangkung

 BAHAN-BAHAN :
1 biji labu kuning saiz kecil (buang kulit, dadu)
1 ikat kangkung 
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 batang serai (ketuk)
segenggam ikan bilis (cuci, tumbuk kasar)
500ml santan
garam bukit/lada hitam

CARA-CARA :
Masukkan labu ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan santan.
Didihkan sehingga labu lembut.
Kacau selalu.
Kemudian masukkan kangkung yang telah disiang dan masak sehingga kangkung layu.
Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi, ikan kembung goreng, ulaman dan juga sambal belacan.

Nasi goreng sardin

BAHAN-BAHAN :
 3 pinggan nasi sejuk
2 ketul ikan sardin (hancurkan menjadi ketulan kecil)
sedikit kuah sardin
2 biji telur (dadar & didadu)
13 tangkai kacang buncis (hiris serong)
4 tangkai cili api (hiris serong)
 2 Tbsp bawang putih kisar
garam
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga terbit bau.
Masukkan sardin dan kacang buncis.
Masak sehingga buncis layu.
Kemudian masukkan nasi, kuah sardin, cili api dan juga telur.
Gaul sehingga bercampur rata.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Setelah sebati kesemuanya bolehlah dimatikan api dan sedia dihidangkan untuk sarapan.