BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan tenggiri
15 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
1 cm kunyit (kisar)
2 sdb bawang merah kisar
1/2 sdb bawang putih kisar
1 cm belacan (kisar)
3 batang serai (titik)
1 biji tomato (potong 4)
7 batang bendi
sedikit daun kesum
2 kuntum bunga kantan (jika ada, dibelah 2)
air asam jawa secukupnya
2 cawan air
1 sdk serbuk pati ikan bilis
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan serai dan kacau lagi selama 5 minit.
Masukkan air asam jawa dan air kemudian kacau perlahan-lahan.
Bila mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, bendi, tomato, garam dan juga serbuk pati ikan bilis.
Biarkan mendidih sekali lagi dan angkat.
BAHAN-BAHAN :
3 ketul ayam (dari seekor ayam yg dipotong 4, disapu garam dan goreng 1/2 masak)
3 sdb bawang merah kisar
1 sdb bawang putih kisar
15 biji cili hijau (dikisar)
1 1/2 inci lengkuas (dikisar)
3 sdb kerisek
1 tin susu cair + 1 tin air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
Masukkan susu cair, air dan juga kerisek. Masak dengan api sederhana hingga menggelegak.
Setelah kuah agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng, garam dan juga gula secukup rasa.
Masak hingga agak pekat dan kuah keluar minyak.
Sedia dihidangkan.
BAHAN-BAHAN :
1 batang karot (dihiris serong)
1 mangkuk kecil bunga kobis (direndam air garam sebentar, toskan)
1 mangkuk kecil brokoli (direndam air garam sebentar, toskan)
1 paket putik jagung
1 mangkuk kecil isi udang
1 sdk bawang putih kisar
1 sdb halia kisar
1 sdb sos tiram
1 sdk minyak bijan
1 sdb kicap manis
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 cawan air + 1 sdb tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan karot, putik jagung dan juga air. (Tinggalkan sedikit untuk membancuh tepung jagung).
Setelah karot agak lembut, tambahkan isi udang, sos tiram, kicap, lada sulah dan juga brokoli dan kobis bunga.
Biarkan mendidih sebentar dan terus masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.
Tambahkan minyak bijan dan hidangkan segera.
Jika suka anda juga boleh memasukkan hirisan daun bawang sebelum menghidang.
BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga mengkal (dipotong jejari)
7 biji cili kering (dibuang biji, rebus dan kisar)
1 genggam ikan bilis (digoreng garing dan dikisar)
3 cm belacan bakar (dikisar)
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Gaul semua bahan bersama mangga dan simpan di dalam peti ais sebentar.
Sedia dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.
BAHAN-BAHAN :
25 gm agar-agar (direndam sehingga lembut)
900 ml air
1/2 tin susu cair
2 senduk gula pasir (guna senduk gulai @ secukup manis)
2 sdb serbuk koko
2 helai daun pandan (disimpul)
CARA-CARA :
Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga hancur.
Bancuh serbuk koko bersama sedikit air suam dan masukkan kedalam periuk bersama susu cair dan juga daun pandan. Kacau sebentar.
Masukkan agar-agar ke dalam acuan pilihan. Sejukkan di dalm peti ais.
Sedia dihidangkan.
BAHAN-BAHAN :
2 genggam ikan bilis (digoreng garing dan diketepikan)
4 papan petai (dibelah 2)
20 biji cili kering (direbus dan dikisar)
3 sdb bawang merah kisar
sebesar ibu jari belacan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan cili kering sehingga garing. Masukkan gula, sedikit garam dan juga belacan.
Tambahkan air asam jawa dan masak sehingga sambal agak kering.
Kemudian masukkan petai dan bolehlah dimatikan api.
Setelah sambal agak sejuk gaulkan ikan bilis. Sedia dihidangkan.
BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana pucuk ubi yang telah dicelur
1 kilo santan
2 sdb bawang merah kisar
1 genggam ikan bilis
3 batang serai (diketuk)
2 biji cili merah (hiris kasar)
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Jerang santan bersama bahan-bahan lain di atas api yang sederhana sehingga mendidih.
Masukkan pucuk ubi celur dan masak lagi. Tambahkan bahan perasa secukupnya.
Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin.