Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Wednesday, April 4, 2018

Masak lemak ketam muda

 BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam muda segar (belah 2, bersihkan)
2 kotak santan KARA (400ml)
5 tangkai kacang panjang
2 batang serai (ketuk)
20 biji jeruk belimbing buluh @ belimbing segar
1 helai daun kunyit (hiris)
1 liter air tapis
garam laut secukup rasa
minyak untuk menumis

KISAR BERSAMA 1 CAWAN AIR :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia bentong
1 cm belacan
3 tangkai cili merah


CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan pecah minyak.
Tuangkan santan bersama air sedikit demi sedikit.
Masak sehingga kuah mendidih.
Kemudian masukkan ketam dan masak sehingga ketam berubah warna.
Tambahkan kacang panjang yang telah dipotong, belimbing jeruk, daun kunyit dan perasakan secukupnya.
Setelah kacang panjang agak layu, matikan api dan sedia dihidangkan.

***Saya lebih suka menggunakan garam laut @ garam kasar untuk masakan berkuah kerana garam ini lebih lemak dan enak***

Thursday, April 20, 2017

Ketam masak manis bersusu

  
 BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam nipah (bersihkan)
1 Tbsp cili kisar
1 Tbsp pes serbaguna (boleh gunakan pes Namprik Phao)
1 Tbsp gula kabung putih (boleh guna gula biasa tetapi sesuaikan rasa)
garam jika perlu
1 C susu segar
2 helai daun limau purut (dicarik)
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji tomato masak 
sedikit air untuk mengisar

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar bersama cili sehingga wangi dan terbit minyak.
Tambahkan pes serbaguna (banyak dijual di pasaraya).
Gaul rata.
Masukkan ketam, gula kabung dan masak lagi sehingga kulit ketam berubah warna.
Tuangkan susu segar dan masak sehingga mendidih.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Saya tidak meletakkan garam di dalam lauk ini kerana sos serbaguna sudah mengandungi garam.
Sebelum diangkat masukkan daun limau purut yang telah dicarik.
Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia diangkat dan dihidangkan.
Enak dimakan ratah-ratah @ dinikmati dengan pasta.





Tuesday, March 7, 2017

Gulai Lemak Ketam & Nenas

 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (bersihkan, belah 2)
1 kotak santan KARA
2 1/2 kotak air
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (carik, simpul)
1/2 biji nanas masak (hiris )
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar (saiz kecil)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm kunyit
2 batang serai
7 tangkai cili kering (rebus)
1 tbsp ketumbar biji
1 inci belacan

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
Tuangkan santan dan air.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ketam dan asam gelugur.
Masak sehingga ketam berubah warna.
Tambahkan nenas hiris, daun kunyit dan juga bahan perasa.
Masak sehingga nenas lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ayam goreng dan sambal belacan.

Saturday, November 26, 2016

Ketam pedas manis


 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (dibelah 2 dan dibersihkan)
1 biji tomato (hiris)
sos tiram, sos cili dan sos tomato secukup rasa
garam dan gula secukupnya
1 biji telur 
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering, rebus (boleh lebihkan)
1 inci halia
sedikit belacan

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng ketam sehingga setengah masak dan ketepikan.
Panaskan baki minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan sos-sos dan tomato hiris.
Gaul rata.
Tambahkan ketam dan masak lagi hingga terbit minyak.
Pecahkan sebiji telur dan kacau sehingga telur berketul.
Sedia dihidangkan. 
Enak diratah-ratah begitu sahaja.

Saturday, August 13, 2016

Ketam bercili



 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (bersihkan, belah 2)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
sebesar ibu jari belacan
3 tbsp cili kisar
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
1/2 c air
1 biji telur
garam dan gula
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
 Kisar bawang, halia, belacan dan serai bersama sedikit air.
 Panaskan minyak di dalam kuali
 tumis bahan kisar bersama cili sehingga
 wangi dan 
 terbit minyak
 masukkan ketam
 gaul rata dan masak hingga berubah warna
kemudian tambahkan sos-sos 
 gaul sebati
 masukkan air dan 
bahan perasa secukupnya
 pecahkan telur sambil
 dikacau-kacau. Sedia diangkat dan dihidangkan
 
 bersama nasi @ di ratah begitu sahaja.

Monday, April 2, 2012

Masak lemak ketam


BAHAN-BAHAN :
3 ekor ketam seberat 1.2 kg (dibersihkan dan dipotong 2)
1 gelas pati santan
1 kotak santan kara + 2 kotak air
3 sdb bawang merah kisar
1 sdk bawang putih kisar
1 sdk halia kisar
3 batang serai (diketuk)
1 sdk serbuk kunyit
sedikit cili api tumbuk
1 helai daun kunyit (dimayang)
3 asam keping
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Renihkan kesemua bahan di atas api yang sederhana.
Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
Setelah mendidih dan ketam masak, bolehlah diangkat dan dihdangkan.

Friday, November 18, 2011

Ketam gulai padang



BAHAN-BAHAN :
2 ekor ketam bersaiz besar (dibelah dua, dicuci dan ditoskan)
1 kotak santan kara dibancuh bersama 1 1/2 kotak air
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut (dimayang)
1 helai daun kunyit (dimayang)
1 helai daun salam
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
3 biji cili merah
sedikit belacan (jika suka)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit
2 cm halia
1 hiris lengkuas
1 batang serai
1 sdk ketumbar biji

CARA-CARA :
Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.

Masukkan ketam dan kacau rata. Tunggu hingga ketam berubah warna.

Kemudian tambahkan santan yang telah dibancuh bersama air. Biarkan mendidih dan kacau selalu agar santan tidak berketul.

Setelah itu bolehlah tambahkan daun salam dan daun-daun yang telah dimayang. Jangan lupa untuk memasukkan garam dan juga gula serta asam keping.

Biarkan mendidih sekali lagi.

Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran.

Setelah terung empuk dan gulai naik minyak, bolehlah dimatikan api.

Sedia dihidangkan.

Friday, October 14, 2011

Gulai ketam

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ketam saiz sederhana (bersihkan, potong 2 dan diketuk sedikit)
  • 2 sdb serbuk kari ikan 
  • 1 sdb serbuk cili
  • santan dari 2 biji kelapa
  • sedikit lada hitam yang baru dikisar
  • minyak untuk menumis secukupnya
  • 1 asam keping
  • garam dan serbuk perasa jika suka
  • 2 biji cili merah (dipotong 2)
  • bendi jika suka (lebih sedap jika menggunakan nenas tapi Nasya xberani lagi nak makan)
DIKISAR :

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumis bahan yang dikisar hingga garing bersama serbuk kari dan juga serbuk cili. Masukkan sedikit air dan masak hingga pecah minyak.
  • Tambahkan santan dan tunggu hingga santan mendidih. Setelah itu bolehlah masukkan ketam, asam keping dan juga bahan perasa.
  • Setelah kuah agak pekat dan ketam masak bolehlah masukkan bendi dan cili. Terus tutup api supaya bendi tidak lembik. Enak diratah begitu saja atau dicicah dengan roti.

Thursday, February 24, 2011

ketam madu


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 kg ketam (dibersihkan,dikukus @ digoreng dahulu)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 2 sdb cili boh
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan madu
  • setangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang besar,halia dan daun kari sehingga harum.
    2. Masukkan cili boh dan sos tomato,masak sehingga naik minyak.Masukkan ketam, kacau rata.Tambahkan madu dan masukkan garam secukup rasa.
    3. Bolehlah di angkat dan dihidangkan.