Friday, November 25, 2016

Ikan cencaru bakar

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan cencaru saiz besar (belah belakang)
2 genggam cili kering (rebus)
1 labu bawang besar
1 tbsp belacan
pes asam jawa secukupnya
garam, gula
sedikit serbuk kunyit

CARA-CARA :
Sapu ikan bersama sedikit garam yang dicampur serbuk kunyit sehingga rata.
Ketepikan.
Kisar kering bawang bersama belacan, cili dan asam jawa.
Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Panggang di dalam oven @ di atas dapur arang sehingga masak.
Enak dicicah bersama sambal kicap manis @ air asam.

Nasi goreng kerabu

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi putih
2 genggam tauge (bersihkan, buang ekor)
1 batang kek ikan (hiris)
1 batang serai (mayang halus)
1 kuntum bunga kantan (mayang halus)
garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari belacan
3 tangkai cili api (lebih banyak lebih sedap)

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan kek ikan, serai dan bunga kantan.
Gaul sebati.
Kemudian tambahkan nasi, garam dan juga serbuk pati ayam.
Sebelum diangkat masukkan tauge, kacau sebentar dan sedia dihidangkan bersama keropok ikan.

Kerabu kaki ayam

 BAHAN-BAHAN :
20 ketul kaki ayam (rebus, buang tulang)
2 labu bawang besar (mayang halus)
1 biji mangga muda (sagat memanjang)
2 biji tomato (buang biji, hiris halus)
7 tangkai cili api (hiris)
1 kuntum bunga kantan (mayang halus)
jus limau, sos ikan, gula dan garam secukupnya.

CARA-CARA :
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Kek pisang karamel

 BAHAN-BAHAN KEK :
3 biji pisang emas masak (lecek)
50g mentega
3 biji telur
1 sdt esen vanilla
125g gula kastor (boleh kurangkan gula)
120g tepung gandum
30g tepung jagung
1 tsp baking powder

 BAHAN-BAHAN PUDING :
2 tbsp gula + 2 tbsp air (jadikan gula hangus)
5 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin air
sedikit esen vanilla
  
CARA-CARA :
Sediakan karamel.
Tuangkan karamel ke dalam loyang yang telah dilengser minyak.
Ketepikan.
sementara itu, sediakan kek dengan mengadun mentega dan gula hingga berkrim. 
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul hingga sebati.
Tambahkan pisang dan esen vanilla, aduk lagi.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah di ayak bersama tepung jagung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
Gaul rata dan ketepikan.
Untuk menyediakan puding, masukkan semua bahan puding ke dalam pengisar.
Kisar dan tapiskan ke dalam loyang yang berisi karamel.
Tuangkan adunan kek di tengah-tengahnya dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga lidi yang dicucuk di tengah kek kelihatan bersih.
Sedia dihidangkan.

Biskut cornflakes

 BAHAN-BAHAN :
70g gula kastor
250g mentega
2 biji kuning telur
sedikit esen vanilla
160g tepung gandum
200g tepung jagung
1/2 tsp serbuk penaik
180g cornflakes (ramas kasar)
ceri untuk hiasan

CARA-CARA :
Pukul gula kastor bersama mentega, kuning telur dan esen vanilla sehingga berkrim.
Tambahkan bahan-bahan lain kecuali ceri.
Gaul sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat, leperkan sedikit dan hiaskan dengan ceri yang telah didadu.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga kuning keemasan.
Sejukkan sebelum disimpan.