Tuesday, April 4, 2017

Mi Sup Ayam Kicap

 
 BAHAN-BAHAN :
Pan mee @ mi telur secukupnya (rebus, tos)
1 keping dada ayam bertulang
1 1/2 liter air
4cm halia (ketuk)
1 Tbsp serbuk pati ayam
serbuk lada hitam
1 labu bawang putih cincang (boleh kurangkan)
5 pokok siew pakchoy (celur 10 saat, rendam dengan air ais)
2 biji tomato (belah 6)
sedikit daun sup/daun bawang
1 Tbsp sos cili
3 Tbsp kicap manis
2 Tbsp sos tiram
1 C sup ayam
gula/garam
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
 Tuangkan air ke dalam periuk.
Masukkan halia, dada ayam, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Rebus sehingga ayam masak.
Keluarkan ayam, biarkan sejuk dan siat kasar.
Ketepikan.
Tambahkan daun sup dan daun bawang ke dalam kuah sup.
Perasakan secukupnya.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Tuangkan bawang putih bersama minyaknya sekali ke dalam periuk berisi sup. 
Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, masukkan tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis dan juga 1 C sup.
Renihkan sehingga tomato lembut.
Masukkan gula secukupnya. 
Tidak perlu memasukkan garam kerana kuah sup sudah diperasakan .
Untuk menghidang, masukkan sedikit mi ke dalam pinggan.
Susun siew pak choy dan siramkan kuah sup di atasnya.
Kemudian curahkan sedikit ayam kicap di atas sup.
Lebih enak dinikmati bersama sambal kicap.
Cara menyediakan sambal kicap ialah dengan menumbuk cili api bersama sedikit bawang putih, gula dan sedikit garam.
Kemudian tuangkan sedikit kicap manis.
Gaul sebati dan sedia dihidangkan.