Tuesday, September 30, 2014

Kway teow sup lada hitam

 BAHAN-BAHAN :
4 keping kway teow halus kering (rendam dan rebus hingga lembut, toskan)
400 g udang direbus bersama 8 gelas air (buang kulit, simpan air rebusan)
8 biji bebola ikan saiz besar (hiris)
8 ulas bawang putih +1 tbsp lada hitam (tumbuk)
1 paket sawi (dicelur)
2 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
1/2 senduk sos tiram Nona
1 senduk kicap cair
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
limau kasturi, daun sup dan daun bawang (untuk tabur)
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk.
Setelah wangi dan garing, tuangkan air rebusan dan masak hingga mendidih.
Masukkan sos-sos dan gaul rata.
Rasa  dahulu sebelum memasukkan garam.
Kemudian tambahkan bebola ikan yang telah dihiris. 
Renihkan sekejap dan bolehlah dihidangkan bersama bahan pelengkap.

Koleh kacang hijau

 Teruja x korang tengok kuih ni. Makcik guna resepi yang selalu makcik buat walaupun makcik ada 2, 3 resepi untuk koleh kacang nie. NI antara resepi terbaik di antara yang terbaik.
 Resepinya ada kat dapur makcik yang no 2 ni
 Gerenti xkechiwa.....kalau buat meniaga pun ok gak ni. Untuk taik minyak tu korang lebihkanlah santannya..kalau x ciput je dapat.
 Makcik guna tepung kacang hijau cap Kijang...lebih lazat dan beraroma...(promosi nampak ekk)  Kalau korang masak jangan lupa hantar kat makcik sikit wokesss....

Monday, September 29, 2014

Mi goreng basah

Mi goreng basah...selalu sangat masak mi ni. Nanti korang cek la ye mi-goreng-basah..makcik nak kongsi gambar je ni.

Kek cawan oren

 kek ni dah lama buat sebenarnya....sampai dah lupa letak kat mana resepinya. Kek ni sedap makan panas-panas sebab tak gebu sangat. Tapi bagi makcik sedap laa..nanti kalau dah jumpa resepi makcik update ye.

Kangkung asam rebus ikan kembung

BAHAN-BAHAN :
1 ikat kangkung
2 ekor ikan kembung
3 gelas air
beberapa keping asam keping (ikut citarasa)
garam secukup rasa
DIKISAR :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering rebus
sedikit belacan

CARA-CARA :
Masukkan air, asam keping dan bahan kisar di dalam periuk.
Renihkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan kembung dan kangkung. 
Masak hingga mendidih sekali lagi.
Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa je.......

 Besok korang nak masak apa?....masak la yang simple2...menu kampung lagi makan bertambah-tambah. Ni antara contohnya, ada asam rebus kembung bersama kangkung, ikan kembung dan terubuk masin goreng, drummet ayam berempah (ala yang dlm paket tu) dan ulam-ulaman dan sambal belacan. 

Biasa-biasa je......

 Makanan biasa untuk orang biasa...ikan kembung goreng berempah @lada hitam, ikan goreng dan sup pak choy (tapi ngaper ye udang lagi banyak dari pak choy hu..hu...hu...)

Tumis sotong dan kobis

 Resepi biasa aje...bukan istimewa pun. Tapi alang2 nak letak gambar kita bagi la rencah2 sikit ye. Korang agak2 la ye. 
Macam biasa juga...bawang putih, bawang merah, halia (tumis)
sotong, kobis bunga, kobis...letak sos tiram, serbuk lada sulah, air sekadarnya. dah siap.  Mudahkan memasak anak-anak darling.....
     

Monday, September 8, 2014

Biasa-biasa je....

 Masak apa darling2 hari ni...kita biasa aje...ada gulai tulang ikan talang masin, sambal kering petai dan bilis, sambal kicap cili api, kembung goreng dannnnnn timun cina.. jemput semua

Sawi putih pulak....

 Sawi putih...sedap ni tumis ngan bilis...stir fry pun sedap.....



Hasil kebun

Pisang tanduk...besar-besar buahnya. Tapi ni gambar lama belum tepek lagi.
 Ini pauh apa ya... panjang..lemak2 rasanya. Biji nipis je...
 Ni sawi kampung...puas la makan...jadi vegetarian kejap.

Kembung goreng lada hitam ala kedai mamak

 BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan kembung (digaram dan goreng)
3 ulas bawang putih (racik)
1 labu bawang besar (hiris)
5 tangkai cili api kering (hiris)
1/2 tbsp halba campur
1 tsp @lebih lada hitam (tumbuk pecah-pecah)
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halba campur dan lada hitam hingga wangi.
Masukkan bahan hiris dan masak lagi sehingga layu.
Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng dan juga bahan perasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Bubur gandum

 Bubur gandum....first time makan masa muda dulu masa pegi umah mak mentua.....kat KELANTAN xpernah jumpa bubur nie. Famous kat belah Utara nun.
 Sedap bila dicicah dengan roti benggali...masak cam biasa juga. Yang penting biji gandum tu kena rebus lama biar kembang. Kalau x tercabut gigi palsu nanti...
Bahan2 lebih kurang....
biji gandum (rendam dan rebus kembang)
santan kelapa
daun pandan
gula putih @gula merah
garam untuk menaikkan lemak
ni lak limau kasturi kat kebun. Tiada kena mengena ngan bubur gandum.

Saturday, September 6, 2014

Nasi kapit bersambal...biasa-biasa aje

 Teka lauk apa...ada ikan sardin, nenas manis cicah asam boi dan juga sup ayam dan bunga kobis. Ni kira malas sangat la ni nak masak. 

 Ni pulak nasi kapit bersambal... sambalnya cukup senang nak buat. Ikan kembung bakar,kelapa muda parut, bawang merah, halia sikit, serai, lada hitam sikit jika suka, gula melaka dan juga garam sikit je. Mula-mula sangai kelapa dan bawang, halia, serai hingga kelapa garing. Kemudian tumbuk bersama ikan dan juga gula melaka. Kalau boleh biarlah sehingga agak berminyak. Dah sedia dicicah dengan nasi kapit.

Biasa-biasa aje....

 Besok lunch masak apa ya.....apa kata kalau masak simple macam ni. Mau makan bertambah jugakkan...jangan pening kepala nak masak apa ..gini dah cukup...
ikan kerisi goreng, sup petola, sotong goreng bersama  kacang panjang dan xlupa sambal belacan. sedap... 

Biasa-biasa aje....

 Siapa suka makan bihun sup Utara...angkat tangan...
resepi macam sup biasa juga tapi mesti ada sambal merah, tauhu goreng dan lobak masin. Bihun pulak mesti kaler kuning. Kalau kaler putih jadi bihun sup aje...xde Utara.
Resepi dah pernah letak kat sini korang godek la ye. Sama gak ngan kuih kaswi tu...selamat mencuci mata anak-anak semua... 

Kailan tumis bawang putih....fresh dari kebun

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat kailan
7 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
secubit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Masukkan sayur bersama bahan-bahan perasa.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Peria rangup


 Peria rangup macam yang dok ada kat kedai mamak tu....selalunya makcik proses ni bukan untuk makan ngan nasi tapi sebagai kudapan sambil tengok tv...bahan-bahan biasa aje, peria katak, tepung goreng pedas jenama bistari, pewarna merah sikit. Peria tu makcik sagat nipis-nipis..basuh ngan air garam, lepas tu perah. Golekkan dalam tepung rangup dah siap....sedia untuk digoreng.

Donat

 Donat ni sebenarnya makcik gentel dah lama...lupe lak guna resepi saper...
nanti laa makcik recall balik ye...

Corn dog

 BAHAN-BAHAN :
sosej secukupnya
1/2 c tepung suji
1/3 c tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
sedikit serbuk penaik
1 biji telur
air secukupnya (bancuhan agak pekat)
minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARA :
Bancuh semua bahan di dalam bekas tinggi (cth; gelas @ jag)
Celupkan sosej dan goreng terendam.
Sedia dihidangkan panas-panas bersama sos cili.

Wednesday, August 6, 2014

Lamb chop dalam sos

 Lamb chop ni makcik masak guna pressure cooker. 45 minit gerenti siap.

BAHAN-BAHAN :
2 paket lamb chop (lebih kurang rm30)
3 tbsp sos tomato kimball
2 tbsp madu
3 tbsp sos tiram nona
2 tbsp sos lada hitam
sedikit mixed herbs
garam secukup rasa
1 cawan air
1 tbsp tepung jagung

 CARA-CARA :
Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung ke dalam periuk tekanan. 
Gunakan high pressure selama 45 minit.
Off kan fungsi HIGH PRESSURE dan lepaskan tekanan.
Keluarkan chop kambing dan susun ke dalam pinggan.
Satukan tepung jagung bersama sedikit air.
Off kan fungsi HP dan gunakan mod STIR FRY.
Tuangkan bancuhan ke dalam kuah.
Kacau sebentar dan tuangkan ke atas chop tadi.
Enak dicicah bersama roti perancis.