Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Sunday, July 21, 2019

Kerabu bunga betik

BAHAN-BAHAN :
190g bunga betik (1 pinggan)
1 ekor ikan dibakar tawar (ambil isi)
1 tsp lada hitam
2 ulas bawang merah (sangai @ bakar)
1/2 c pati santan
2 kuntum bunga kantan (mayang)
5 tangkai cili api @ lebih (hiris)
setangkai daun kesum (daun sahaja, mayang)
jus limau kasturi/ limau nipis secukupnya
garam bukit/ gula


CARA-CARA :
Rebus bunga betik bersama daun senduduk @ cuka untuk mengurangkan pahit.
Bilas bersih, tos dan ketepikan.
Sementara itu tumbuk isi ikan bersama bawang merah dan juga lada hitam.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk kecil dan renihkan sebentar bersama pati santan.
Di dalam mangkuk besar, satukan bunga betik bersama bahan mayang dan juga pati santan.
Perasakan dengan garam, gula dan perahkan jus limau secukup rasa.
Gaul rata dan sedia disajikan.


Sunday, June 2, 2019

Kerabu ikan yu

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan yu saiz kecil (cuci bersih, dibakar)
1 biji jantung pisang saiz kecil (direbus bersama air +garam+ cuka)
200ml pati santan
1 kuntum bunga kantan (hiris)
4 ulas bawang merah (hiris)
5 tangkai cili api (hiris)
sedikit lada hitam (tumbuk)
1 inci belacan (bakar)
jus limau nipis secukupnya
garam bukit/gula


CARA-CARA :
Siat isi ikan dan ketepikan.
Hiris halus jantung pisang dan ketepikan.
Sementara itu didihkan pati santan bersama belacan, lada hitam, garam dan juga gula secukupnya.
Matikan  api dan masukkan isi ikan, jantung pisang dan bahan-bahan lain.
Gaul hingga rata.
Perahkan jus limau nipis secukup rasa.
Jika suka bolehlah memasukkan sedikit cuka.
Setelah agak sebati bolehlah dihidangkan bersama nasi.


Sunday, May 26, 2019

Colek nenas

BAHAN-BAHAN :
1 biji nenas masak manis (kupas, buang mata & potong kecil)

DITUMBUK LUMAT :
3 tangkai cili api
sebesar ibu jari belacan bakar
3 Tbsp gula @ gula melaka
1/2 tsp garam bukit


CARA-CARA :
Gaul nenas bersama bahan tumbuk sehingga sebati.
Sejukkan sebentar di dalam peti ais.
Sedia dinikmati bersama nasi @ dimakan begitu sahaja.

Monday, October 22, 2018

Kerabu mangga berkacang

 BAHAN-BAHAN :
500g mangga muda (sagat halus)
1/2 C kacang tanah goreng (tumbuk kasar)
2 kuntum bunga kantan (mayang halus)
1 labu bawang besar (mayang halus)
3 batang serai (mayang halus)
7 tangkai cili api (tumbuk)
3 biji tomato (buang biji, potong baji)
sejemput udang baring (pilihan)
garam bukit/ gula


CARA-CARA :
 Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.
Sebatikan.
Sedia dinikmati bersama nasi dan pelengkap.

Monday, August 27, 2018

Urap kacang botor

 BAHAN-BAHAN :
7 tangkai kacang botor (hiris nipis)
secekak daun selom (mayang halus)
1 biji mangga mengkal (cincang kasar)
2 pokok cekur (mayang daun)

SANGAI KERING & TUMBUK :
2 batang serai (mayang)
2 ulas bawang merah (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
6 tangkai cili api
ubi cekur
2cm belacan
1/2 biji kelapa parut putih


 CARA :
Gaul semua bahan dan perasakan dengan garam bukit dan juga gula secukup rasa.
Jika suka sedikit masam bolehlah masukkan sedikit jus limau kasturi @ limau nipis.
Enak dinikmati bersama nasi panas dan juga asam pedas.

Thursday, April 5, 2018

Kerabu epal hijau

 BAHAN-BAHAN :
2 biji epal hijau saiz besar (potong batang mancis)
2 biji tomato masak (belah 2, hiris nipis)
2 batang serai (mayang halus, bahagian putih)
1 kuntum bunga kantan (belah 2, mayang halus)
1 cekak daun ketumbar (hiris)
1 cekak ketumbar vietnam @ sawtooth (hiris)
10 tangkai cili api (hiris)
2 Tbsp gula 
5 Tbsp sos ikan
2 Tbsp cuka epal


 CARA-CARA :
Masukkan epal dan kesemua bahan hiris ke dalam mangkuk besar.
Di dalam bekas lain, sebatikan gula bersama sos ikan dan cuka epal.
Tuangkan ke dalam mangkuk berisi epal.
Gaul rata-rata dan sejukkan sebelum dinikmati.

Sunday, March 25, 2018

Kerabu beko pauh muda

 BAHAN-BAHAN :
3 biji buah beko saiz kecil (hiris nipis, celur)
1 ekor ikan kembung (rebus)
1/2 kotak santan Harmoni (100ml)
1 tsp lada hitam biji
1 labu bawang besar
5 tangkai cili api (hiris)
2 kuntum bunga kantan (mayang halus)
1 biji mangga muda (sagat)
garam bukit, gula
sedikit cuka


CARA-CARA :
 Tumbuk isi ikan bersama bawang dan lada hitam.
Masukkan ke dalam periuk bersama santan.
Masak sebentar sehingga naik wap.
Matikan api.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain.
Gaul hingga rata.
Perasakan secukupnya dan sedia dinikmati bersama nasi.

Friday, February 16, 2018

Kerabu megi


BAHAN-BAHAN :
3 bungkus maggi SERDA perisa tomyam
20 ekor udang saiz sederhana (buang urat)
1 biji mangga muda (sagat)
2 biji epal hijau (sagat)
2 labu bawang besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis, buang biji)
7 tangkai cili api (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris nipis)
1 helai daun limau purut (racik halus)


CARA-CARA :
 Celur udang di dalam air mendidih sehingga masak.
Masukkan ke dalam mangkuk besar.
Celur pula mi sehingga lembut.
Tapis di bawah air mengalir, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk bersama udang.
Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk.
Ambil sedikit perencah megi dan perasakan.
Sedia dihidangkan.

Monday, February 12, 2018

Kerabu peria katak

 
 BAHAN-BAHAN :
1 biji peria katak (belah 2, hiris nipis)
1 kuntum bunga kantan (belah 2, hiris nipis)
3 batang serai (hiris halus bahagian putih)
1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
2 tangkai cili api (hiris nipis)
2 cm belacan bakar (tumbuk)
1/2 Tbsp gula (tumbuk)
garam bukit secukup rasa
sedikit jus limau

CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Gaul rata dan sedia dinikmati.

***PERIA KATAK BILA DIHIRIS NIPIS-NIPIS TIDAK AKAN BERASA PAHIT MALAH LEBIH ENAK. JIKA TIDAK SUKA DENGAN RASANYA BOLEHLAH DIRENDAM BERSAMA AIR GARAM SEBENTAR DAN DIPERAH***

Tuesday, January 30, 2018

Kerabu perut daun kayu

 BAHAN-BAHAN :
200g perut lembu (rebus, hiris nipis)
garam bukit/gula
jus limau nipis secukup rasa

DITUMBUK :
segenggam kelapa parut (sangai)
2 ekor ikan kembung bakar
sebesar ibu jari belacan bakar

DIHIRIS HALUS :
3 batang serai (bahagian putih sahaja)
3 kuntum bunga kantan
secekak ulam raja
secekak daun selom
secekak pucuk gajus
1/2 labu bawang besar
5 tangkai cili api


  CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau secukup rasa.
Gaul sebati dan sedia dinikmati bersama nasi atau diratah begitu sahaja.

Friday, January 19, 2018

Kerabu beko

 
 BAHAN-BAHAN :
1 biji buah beko (celur, hiris nipis)
2 kuntum bunga kantan (hiris halus)
4 tangkai daun kesum (ambil daun hiris halus)
6 tangkai cili api (hiris)
1 labu bawang besar (belah 4, hiris)
1/2 kotak santan KARA + 1/2 cawan air
jus limau kasturi, cuka, garam, gula

DITUMBUK :
10 tangkai cili api
1/2 tsp lada hitam
2 ekor ikan kembung bakar @ kukus 
sedikit belacan bakar
2 Tbsp kelapa parut putih


CARA-CARA :
Masukkan santan, air dan juga bahan tumbuk ke dalam periuk.
Didihkan sebentar sehingga naik wap.
Matikan api.
Masukkan buah beko, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
Gaul sebati.
Sedia dihidangkan bersama nasi, ikan rebus goreng dan sambal belacan.

Tuesday, August 1, 2017

Kerabu betik mengkal

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (sagat, ramas dengan air garam)
1 Tbsp udang baring
2 ulas bawang putih (tumbuk pecah2)
2 biji tomato masak (buang biji, potong baji tumbuk pecah2)
5 tangkai cili api @ ikut citarasa (tumbuk pecah2)
1 Tbsp gula kabung
sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan betik, udang baring dan bahan tumbuk ke dalam mangkuk besar.
Satukan gula kabung, sos ikan dan juga jus limau.
Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi betik tadi.
Gaul rata dan enak dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Tuesday, May 2, 2017

Kerabu sarai @ kerabu rumpai laut

 
 BAHAN-BAHAN :
2 genggam sarai (rendam, cuci bersih)
jus limau kasturi secukup rasa
hirisan bunga kantan (jika ada)
tumis budu secukupnya
sambal ikan secukupnya
hirisan cili api (jika suka pedas)
garam/gula jika perlu

CARA-CARA :
Sediakan sedikit air suam-suam kuku.
Celupkan sarai yang telah dicuci bersih dan terus tos.
Masukkan sarai ke dalam pinggan hidang.
Taburkan sambal ikan dan juga bunga kantan.
Curahkan sedikit tumis budu dan perah limau kasturi secukupnya.
Gaul kerabu sarai, jika kurang manis@ masin barulah ditambahkan perasa.
Kerabu sarai mestilah mempunyai rasa masam-masam manis.

**Sarai @ rumpai laut senang didapati di pasar-pasar di Kelantan**

Sunday, March 26, 2017

Kerabu Jantung Pisang

 BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang sederhana besar (rebus bersama garam dan sedikit cuka)
3 ekor ikan lolong @mata besar (rebus)
1/4 C air rebusan ikan
8 tangkai cili api @ lebih (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
3 tangkai daun kesum (racik halus)
sedikit isi kerang rebus
1/2 kotak santan KARA
1 Tbsp kerisek kelapa
1 tsp belacan bakar
1 tsp lada hitam (sangai &tumbuk)
jus limau/ cuka secukupnya
garam/gula

CARA-CARA :
Hiris halus jantung pisang dan toskan.
Tumbuk isi ikan rebus dan ketepikan.
Didihkan santan bersama air rebusan.
Matikan api.
Masukkan belacan bakar, kerisek dan bahan-bahan lain.
Gaul rata dan perasakan.
Bubuh jantung pisang ke dalam mangkuk besar.
Curahkan kuah santan dan isi ikan rebus.
Sebatikan dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan ulaman.

Tuesday, March 14, 2017

Kerabu Ayam

 BAHAN-BAHAN :
1 ketul dada ayam (rebus bersama sedikit garam, carik isi)
1/2 batang lobak merah (hiris batang mancis)
1/2 batang timun Jepun (hiris batang mancis)
3 tangkai cili api @ lebih (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
2 tbsp gula halus
1 tbsp sos ikan
garam secukup rasa
jus limau secukupnya

CARA-CARA :
 Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan gaul rata.
Sebatikan rasanya dan sedia dihidangkan bersama nasi @ dimakan begitu sahaja.

Friday, November 25, 2016

Kerabu kaki ayam

 BAHAN-BAHAN :
20 ketul kaki ayam (rebus, buang tulang)
2 labu bawang besar (mayang halus)
1 biji mangga muda (sagat memanjang)
2 biji tomato (buang biji, hiris halus)
7 tangkai cili api (hiris)
1 kuntum bunga kantan (mayang halus)
jus limau, sos ikan, gula dan garam secukupnya.

CARA-CARA :
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Wednesday, August 3, 2016

Kerabu pegaga dan mangga muda

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pegaga, 200g (mayang halus)
1 biji mangga muda (hiris panjang)
jus limau kasturi secukup rasa
garam dan gula 

DISANGAI @ GORENG TANPA MINYAK :
1/2 labu bawang besar 
1 inci belacan
5 ketul temu kunci@halia kg (sebesar ibu jari)
2 batang serai (hiris)
1 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
2 genggam kelapa parut
sedikit lada hitam, jika suka

CARA-CARA : 
 Tumbuk @ kisar kering bahan yang telah disangai.
Gaulkan bersama mangga muda dan pegaga.
Tambahkan jus limau, garam dan juga gula secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Thursday, March 3, 2016

Kerabu pauh

 
 BAHAN-BAHAN :
2 biji mangga epal muda (parut memanjang)
2 biji tomato (buang biji, hiris memanjang)
1/2 labu bawang besar (hiris nipis memanjang)
7 tangkai cili api @ lebih (hiris bulat)
segenggam daun ketumbar (hiris kasar)
garam, gula dan sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukupnya

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Gaul rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.




Friday, October 9, 2015

Kerabu sotong

 BAHAN-BAHAN :
400g sotong (hiris bulat dan celur sebentar)
1 labu bawang besar (hiris)
3 biji tomato (buang biji dan hiris)
10 tangkai cili api (hiris)
1 cekak daun ketumbar (hiris)
sos ikan, jus limau kasturi dan gula secukup rasa

CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. 
Tambahkan bahan perasa secukupnya.
Gaul rata dan enak diratah begitu sahaja.

Kerabu tauge dan perut

 BAHAN-BAHAN :
400g perut lembu (rebus, hiris nipis)
1 mangkuk kecil tauge  (celur)
1/2 c pati santan
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1 tbsp kerisek
1 inci belacan bakar
garam, gula dan jus limau nipis 
sedikit cuka

DIHIRIS :
2 labu bawang besar
10 tangkai cili api
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan

CARA-CARA :
 Didihkan santan sebentar.
Masukkan belacan, kerisek, bahan perasa dan juga bahan hiris ke dalam santan. 
Perasakan secukupnya.
Kemudian tambahkan perut dan juga tauge. Gaul rata.
Sedia dihidangkan.