BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (sagat, ramas dengan air garam)
1 Tbsp udang baring
2 ulas bawang putih (tumbuk pecah2)
2 biji tomato masak (buang biji, potong baji tumbuk pecah2)
5 tangkai cili api @ ikut citarasa (tumbuk pecah2)
1 Tbsp gula kabung
sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukup rasa
CARA-CARA :
Masukkan betik, udang baring dan bahan tumbuk ke dalam mangkuk besar.
Satukan gula kabung, sos ikan dan juga jus limau.
Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi betik tadi.
Gaul rata dan enak dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment