Tuesday, February 26, 2013

Makanan orang kampung...makan tepi sungai pun best juge...

 Macam biasa lauk kampung juge...belum masuk bandar lagi. Kerabu jantung pisang , ikan masak lomak cili api, ayam goreng berempah, ikan gelama masin dan juga sambal dan ulam.
Mcik belum makan laie nie, tunggu pakcik koo balik dari antar makanan kat customer. Sapa2 yang nak makan bole join sekali, sila angkat tangan ya tuan-tuan...jangan malu jangan segan...

Menu mangkuk tingkat Rabu, 27 Feb 2013

 Hari ni kita buat kerabu jantung pisang cara orang Kelantan
 Ni, ayam goreng berempah request dari Knik. Yang ni kita nak makan sebab tu kecik2. Kalu yang meniaga ayam kita potong 10
masak lomak cili api ikan kembung & keli. Belimbing buluh xde, bacang pun xde, mangga muda pun sama hu...hu...ikan kembung tuu pasai Jue xmakan ikan sungai tu yang ganti ngan cik kembung kita. Ulam, ikan masin dan sambal lupe nak snap. Selamat menjamu mata.

Lauk orang kampung....makan tepi bendang sedap nie

Lauk biasa aje tapi kalau perut tengah lapor 2 pinggan bole abis. Hero dalam menu nie mesti laa ikan masin tuu...mak aii sodapp..tapi mintak maap ye, dah finish.

Menu mangkuk tingkat, Selasa 26 Feb 2013

 Macam biasa juga, lauk orang kampung. Yang ni ikan kembung kuah kicap
 asam pedas daging tetel
 sambal penyet, jantung pisang celur, ulam pucuk ketereh dan juga pembuka selera ikan selar kuning masin
kailan ikan masin (yang ni mcik xletak garam sebab ikan tenggiri jeruk dah masin cuma tumis dengan bawang putih dan sos tiram sahaja)
Selamat menjamu mata