Saturday, December 28, 2013

Ayam madu dan mana pegi gambor2 ku hu...hu....

 Ayam madu masak mcm biasa tapi hati makcik sedih luar biasa.....ada sapa2 tau macamana gambor boleh hilang ye...penat lelah makcik tersungkur mlm2 buta hilang cam tu jerr. Ermmmmm ada hikmah la kot....Insyaallah kalau ada masa nanti makcik upload balik ye darling2...nak kena check folder balik...
Untuk resepi ayam ni senang aje, makcik humban je ayam beku 1/2ekor dlm magic cooker. Pastu letak sos cili 2tbsp, sos tiram 2tbsp, sos tomato 2 tbsp, sos lada hitam 2tbsp, madu 2tbsp, mixed herb 2 tsp @lebih, garam halus 1tsp kfc tuu. Dah tu guna high pressure 30 minit. Lepaskan tekanan tu dan sambung lagi guna stir fry jap utk kasi pekat. Ayam tu keluarkan laa ganti pulak ngan sosej n bebola....siaplaaaa.  Kalau xde magic cooker buatla cara biasa wokess...mmuahh. ..sayang korang...

Saturday, October 19, 2013

Kue tiaw basah

 Sukenye ngan benda basah-basah nie. Bukan apa ...senang nak telan xyah kunyah-kunyah. Licin je masuk tekak he...he...
 sedap kalu taruk tomato banyak2. Masyam2 gitu hu...hu....jemput semua.


Steak.....


  Menu cuci mata....lama dah jadi zat. Kalau masak steak jangan lupa letak meat tenderizer biar lembut. xpun perap ngan nenas kejap. Kalau x mau terlekat gigi palsu kat daging tu.
















Siakap masak cendawan

 Siakap masak cendawan...masak cam biasa cuma tambah cendawan. Korang rasa bole agak x??? alaa tumis bawang putih, bawang merah, halia sikit...cili....tambah la sos tiram. Ikan tu lak goreng garing2. Pandai2 korang la ekk. Makcik dah ingat2 lupe.


Sunday, October 13, 2013

Damai laundry.....hadiah dari yang tersayang







 Makcik sedang bekerja keras menenyeh pakaian orang walaupun pakaian makcik sendiri xbergosok....
 pakaian kita kalau ada kedut sikit dimaafkan tapi pakaian orang xboleh. Customer bayar koo. Rm 1 utk sehelai kemeja @ seluar. Kalau jubah lak Rm 2.
 pembantu yang perlu dibantu....makcik gak yang sakit jiwa sebenarnya...
 baju yang di dry cleaning
 kena keringkan betul2. Xboleh masuk dryer.
 nampak saujana mata memandangkan......tapi sekarang dah sempit sebab dah tambah mesin.
terima kasih buat suamiku kerana menghadiahkan laundry ini.....akan ku usahakan sehingga kurus cekeding....phewiiiitt..




Udang celup tepung


 Apa masalahnya dengan udang celup tepung.....xde masalah apenya...cuma sedap. Cepat habis. Sebab tu mesti ada bintang undangan yang lain. Kalau x makcik makan kulit udang je laa...




Asam pedas ikan kerisi

 Asam pedas ikan kerisi...dah lama jadi zat pun. Saja nak menunjuk-nunjuk. (sifat dari azali) korang xterliur ke makan ngan nasik panas berkepul asap. Ada lak ulam cicah sambal belacan... ikan gelama jeruk masin....makan lak kat tepi pantai...bawah pohon nyior yang melambai-lambai.....uihhh sedapnyerrrr.
Apapun.....kalau guna ikan kembung lagi sedapp...

Karipap gergasi....bukan makcik buat...



 Haaaaa...karipap gergasi...amek kau. Bukan makcik yang buat pun...beli.
Ok laa..sejibik tu bole makan satu famili. (famili makcik laa) 
kekadang dapat makan tamak-tamak seronok gak hu...hu...


mi basah lagi




 Mi goreng basah...malas nak tulis resepi. Dah selalu sangat buat. Mesti korang pun dah muak kan. Layan gambar je laa kasi perut lapar.
 sedapnya makan ngan cili potong...nyumm...nyummm


pavlova



 pavlova...orang buat makcik pun nak buat gakk. Tapi rasanya xkena ngan tekak makcik yang pelik ni. Jilat krim sikit je. Yang lain tu anak2 yang habiskan.....
 macam makan marshmallow je....


Wednesday, October 9, 2013

Dry cleaning

 Ini antara barang yg makcik buat dry cleaning. Kalau handbag gini harga dry cleaning rm12.
 Baju kurung biasa2 rm12. Kalau sarat ngan manik2 baru tambah rm3-rm8.Tengok banyak mana maniknya. Coat lak rm10.
 En teddy ni lak rm30. Kedai biasa depa caj rm40. Tapi makcik buat sendiri bole kasi murah sikit.
 Carpet tengok brp kaki. Carpet ni byk keje sikit nak kena buat....beratttt

Bersama customer ke 100

Tuesday, October 8, 2013

Damai Laundry. .....akhirnya.....


 Assalam kengkawan semua....maafkan makcik kerana lama menyepikan diri. Bukan apa, sibuk yg amat menggonyoh kain baju orang....Ini lah rupanya kedai dobi makcik. Nanti makcik free kita main masak2 balik ekk...byk menu2 tertunggak ni. Xlarat nak hapdet. Miss uolls much...mmuahh











Thursday, September 12, 2013

Sup ayam dan cendawan telinga




 BAHAN-BAHAN :
3 ketul kepak ayam (potong 3)
2 keping cendawan telinga (direndam hingga lembut, hiris nipis)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 inci halia (ketuk)
1 tbsp pati ayam
garam secukup rasa
4 c air
hirisan daun sup dan daun bawang
sedikit minyak untuk menumis

CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam , air dan juga cendawan.
Tambahkan pati ayam dan juga garam secukup rasa.
Renihkan sehingga ayam lembut dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sejurus menghidang.



Masak lemak cili api udang galah dan pucuk ubi

Resepi biasa je...dah lama dah masak ni tapi baru nak tayang. Masak macam biasa juga, pandai-pandai koranglah ye...


Mi goreng basah

 Mi goreng ala basah-basah...sedap jugak layan sekali sekala. Resepi macam biasa juga malas aihh nak menaip...cau cin cau......


Sunday, September 8, 2013

Nasi ghee






 BAHAN-BAHAN :
4 c basmati (rendam 1/2 jam)
5 1/2 c air
2 tbsp ghee (minyak sapi)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 labu bawang besar (mayang)
2 inci halia (mayang)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga
1 tangkai cabai jawa
1 tbsp sunquick
3 tsp garam
1/2 tbsp pati ayam
1 tin kacang peas
3 helai daun pandan 

CARA :

 Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan daun pandan rempah tumis dan juga bahan mayang. Masak hingga terbit bau.

 tambahkan beras yang telah direndam

 gaul rata

 tuangkan air

 tambahkan garam dan serbuk pati ayam.

 masak 

 hingga mendidih dan masukkan juga sunquick.

 setelah nasi kering masukkan pula kacang peas jika suka
 gaul rata dan tunggu hingga nasi tanak.

p/s makcik terambik beras siam.....sebab tu nasi xpanjang-panjang.....khayal punya pasal.

Saturday, August 24, 2013

Sticky chicken cikgu Ani

Mintak izin ya cikguani saya tepek pulak kat sini. Tq.

**MAKCIK XLETAK MINYAK NGAN LADA HITAM, XPERAP PUN**





STICKY CHICKEN WINGS
Bahan-bahannya:
13 ketul kepak ayam 
4 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil maggi seasoning 
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
6 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
1 cawan air

Bahan tumbuk lumat:
2 inci halia
6 ulas bawang putih
  




Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan air ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Masukkan ke dalam besen berisi ayam. Gaul rata dan perapkan selama 30 minit. (Selalu yang saya buat ialah saya perapkan ayam dulu kemudian saya masak nasi dan lauk-lauk lain. Selesai semua proses memasak, baru saya masakkan ayam ini).
  3. Panaskan sedikit minyak ke dalam non-stick pan.
  4. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan secawan air. Masak sehingga kuahnya pekat dan melekit. Bila kuahnya sudah pekat, ayam hendaklah dikacau selalu supaya sosnya tidak hangit.
  5. Masak sehingga kuahnya melekat pada ayam dan seakan-akan dibakar. 
  6. Tutup api dan hidangkan ayam. Buang minyak lebihan minyak.