BAHAN-BAHAN :
2 pokok siew pak choy (hiris)
7 biji dimsum segera
6 ulas bawang putih (cincang)
3 gelas air
serbuk lada hitam/serbuk lada putih
secubit serbuk pati ayam
garam bukit
sedikit minyak
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang cincang sehingga harum.
Tuangkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan dumpling dan juga sawi.
Masak hingga dumpling lembut.
Perasakan secukupnya dan sedia dihidangkan bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment