Friday, October 28, 2011

BERKORBAN DENGAN SEEKOR LALAT MASUK NERAKA

Di salah satu kesempatan, Rasulullah SAW mengatakan kepada para sahabat :"Ada seorang lelaki masuk ke syurga sebab lalat, dan ada juga seorang lelaki masuk ke neraka juga sebab lalat."
Para sahabat bertanya :"Bagaimana itu boleh terjadi ya Rasulullah ?" Beliau menjawab :"Dua orang lalu di salah satu kaum yang mempunyai berhala dan kaum itu melarang siapa saja untuk meneruskan perjalanan sebelum dia mengorbankan sesuatu untuk berhala tersebut."
          Mereka berkata kepada salah seorang di antara keduanya :"Sembelihlah korban."
          Ia menjawab :"Kami tidak punya apa-apa untuk korban."
Mereka berkata :"Sembelihlah korban meskipun hanya seekor lalat." Lalu ia menyembelih seekor lalat. Maka mereka memberinya izin untuk meneruskan perjalanan. Itulah dia yang masuk neraka.
          Kemudian ia berkata kepada yang seorang lagi :"Sembelihlah korban." Ia menjawab :"Aku tidak mahu berkorban sesuatu untuk siapapun, selain ALLAH AZZA WA JALLA." Lalu mereka memenggal lehernya. Itulah dia orang yang masuk syurga.

No comments:

Post a Comment