Tuesday, March 7, 2017

Asam Rebus Ikan Kembung

 BAHAN-BAHAN:
8 ekor ikan kembung pelaling
6 tangkai bendi (hiris serong)
sehiris kunyit
3 tangkai cili api @ lebih
1 labu bawang besar sederhana (hiris)
2 batang serai (ketuk)
1 cm belacan
3 keping asam gelugur
900 ml air (untuk kuah)
garam, knorr secukup rasa

 CARA-CARA :
Tumbuk kunyit bersama cili api, belacan dan serai.
Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan bawang, asam keping dan juga air.
Didihkan.
Kemudian tambahkan ikan, bendi dan juga bahan perasa.
Didihkan sekali lagi.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan ikan masin.

Monday, March 6, 2017

Kek Kopi

 BAHAN-BAHAN :
130g tepung berserbuk penaik
100g gula kastor
2 biji telur A
80g mentega
4 tbsp susu segar perisa coklat
2 tbsp serbuk Nescafe
secubit garam

CARA-CARA :
 Ayak tepung kek bersama serbuk Nescafe dan garam halus.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Pukul lagi sehingga gebu.
Tambahkan bahan ayak sesudu demi sesudu berselang seli dengan susu segar.
Kaup balik sehingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengserkan dengan marjerin.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Dada Ayam Panggang Berkrim

 BAHAN-BAHAN :
4 keping dada ayam
1 tsp thyme kering
1 tsp serbuk lada hitam
1 tbsp mentega
garam
1 sachet sup krim ayam segera Campbells
2 keping keju cheddar
1 c air panas
hirisan kapsikum secukupnya
makaroni yang telah direbus secukupnya

 CARA-CARA:
 Lumur dada ayam bersama thyme, lada hitam dan sedikit garam.
Panggang sebentar di atas kuali yang telah dipanaskan dengan mentega.
Ketepikan.
Di dalam kaserol, tuangkan 1 c air panas bersama sup krim ayam.
Gaul sehingga tidak berketul.
Masukkan hirisan keju, kapsikum dan susun dada ayam.
Perasakan secukupnya.
Bakar di dalam ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sedia dimakan begitu sahaja @ dinikmati bersama makaroni rebus.

Saturday, March 4, 2017

 BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan kerapu
2 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1/2 biji kapsikum merah, hijau, kuning (hiris panjang)
1/2 tbsp cili kisar
2 tbsp sos tomato
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tiram
garam/gula
sedikit air
sedikit tepung jagung
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Bersihkan ikan dan sapu sedikit garam.
Golekkan ikan dalam tepung jagung.
Goreng dalam minyak terendam sehingga garing.
Ketepikan.
Di dalam kuali berasingan, masukkan 3 tbsp minyak baki gorengan.
Tumis bawang putih dan bawang hiris sehingga harum.
Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Tambahkan sos-sos, sedikit air dan juga garam/gula sekiranya perlu.
Akhir sekali baru masukkan kapsikum dan masak sehingga layu.
Curahkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 
Sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap lain.

Sup Ayam & Cendawan


 BAHAN-BAHAN :
500g ayam (potong kecil)
1 paket cendawan shitake
1 biji kentang (dadu kecil)
1 bungkus sup bunjut
1 pokok akar ketumbar (ketuk)
3 ulas bawang putih jeruk
serbuk lada hitam / serbuk lada putih
sedikit serbuk pati ayam
kicap cair/ garam
4 gelas air
daun sup untuk hiasan
minyak untuk menumis

DIHIRIS :
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 cm halia

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan hiris sehingga wangi.
Masukkan ayam, kentang, air, akar ketumbar, sup bunjut dan bawang jeruk.
Masak hingga mendidih.
Tambahkan cendawan dan bahan perasa.
Renihkan sehingga cendawan lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi @ mi.


Dinner Rolls

 
 BAHAN-BAHAN :
6 hingga 6 1/2 c tepung gandum
4 1/2 tsp yis kering
1/3 c + 1 tsp gula 
1/2 c air suam-suam kuku
1 1/4 c susu suam
1/2 c lemak sayuran @ shortening
1 1/2 tsp garam 
2 biji telur

CARA-CARA:
Di dalam mangkuk kecil, campurkan ragi bersama 1 tsp gula dan air suam.
Ketepikan sehingga berbuih.
Di dalam mangkuk pengadun (guna HOOK) campurkan tepung bersama bahan-bahan lain.
Uli sehingga bercampur rata.
Kemudian tambahkan bahan yis dan adun sehingga menjadi doh.
 Keluarkan adunan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 
Sapukan sedikit minyak di keliling mangkuk supaya doh tidak melekat. 
Tutup doh dengan plastik wrap.
Ketepikan sehingga doh naik sekali ganda.
Setelah itu, kempiskan adunan dan bentukkan bulat-bulat.
Tabur bijan hitam (jika suka) 
biarkan naik lagi sekali ganda.
Glis doh dengan sedikit susu cair yang dicampurkan dengan kuning telur.
Bakar sehingga masak.
**spray roti dengan sedikit air supaya roti kelihatan cantik dan tidak hangus**

Friday, March 3, 2017

Kek Layang

BAHAN-BAHAN :
155g mentega
1 c susu pekat manis
4 biji telur A
1 tsp esen vanilla
1 c tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1c gula 
1/2 c air

CARA-CARA :
Masak 1 cawan gula sehingga perang. 
Masukkan 1/2 cawan air secara perlahan.
Masak hingga gula larut. Ketepikan.
Sementara itu, ayak tepung bersama soda.
Ketepikan.
Di dalam blender, masukkan telur, mentega, susu dan esen vanilla.
Kisar sehingga gebu.
Tuangkan ke dalam bekas besar.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balik.
Masukkan juga gula hangus yang telah sejuk tadi.
Gaul rata.
Alas acuan dengan kertas minyak yang telah disapu marjerin.
Tuangkan adunan dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.


Easy vanilla muffin


 BAHAN-BAHAN :
200g tepung berserbuk penaik
200g gula kastor
115g mentega
2 biji telur A
2 tsp esen vanilla
120ml minuman yogurt
1 sachet Kopi Pak Belalang

CARA-CARA :
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga halus.
Sementara itu, ayak tepung kek dan ketepikan.
Tambahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk pengadun.
Pukul lagi sehingga telur kembang.
Masukkan esen vanilla.
Kemudian tambahkan tepung berselang seli dengan minuman yogurt.
Kaup balik sehingga sebati.
Bahagi 2 adunan, satu dibiarkan biasa manakala satu adunan lagi dicampurkan dengan kopi Pak Belalang.
Tuangkan ke dalam cawan kertas dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Enak dinikmati bersama Kopi Ori Pak Belalang.

Gulai udang dan keladi

 BAHAN-BAHAN :
700g udang sederhana
2 pokok keladi sayur (rebus bersama asam keping, toskan)
500ml santan
2 asam keping
1 helai daun kunyit (simpul)
garam / gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
1 inci kunyit hidup
sehiris lengkuas
1 batang serai
1cm belacan bakar

CARA-CARA :
Bersihkan udang dan buang urat. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tumis sehingga naik bau.
 Tuangkan santan.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian tambahkan keladi yang telah ditos.
Masukkan juga udang, asam keping, daun kunyit dan bahan perasa secukupnya.
Masak sehingga mendidih sekali lagi.
Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan juga ulaman.

Thursday, March 2, 2017

Cokodok Ubi Kayu

 BAHAN-BAHAN :
2 ketul sederhana ubi kayu rebus (lecek)
1 1/2 c tepung gandum
1 biji telur
1/2 tsp ragi mauripan
2 tangkai cili hijau (hiris)
1/2 labu bawang besar (dadu)
1 tbsp ikan bilis
sedikit air
garam / gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng


CARA-CARA :
Bancuh semua bahan dan ketepikan 20 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng terendam dan sudukan adunan sedikit demi sedikit.
Goreng sehingga keemasan.
Enak dihidangkan bersama sos cili @ sambal tumis.



Kari kambing mentega kacang

   
 BAHAN-BAHAN :
500g daging kambing bertulang (rebus empuk)
2 tbsp serbuk kari daging +1/3 tbsp serbuk jintan putih (pes)
2 biji tomato (dadu)
2 biji kentang (dadu)
mentega kacang (ikut citarasa)
1 c yogurt
1 pokok ketumbar (jika suka)
2 c air rebusan @ air
minyak untuk menumis

DIHIRIS HALUS :
2 labu bawang besar (saiz kecil)
1 ulas bawang putih
2 inci halia

REMPAH TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
6 kuntum cengkih

 CARA-CARA :
 Panaskan minyak dan tumis rempah sehingga harum.
 masukkan bahan hiris. Kacau  sehingga layu.
 
 masukkan serbuk kari dan jintan putih yang telah dicampurkan bersama sedikit air. Masak sehingga rempah terbit minyak.
 kemudian masukkan pula daging yang telah direbus terlebih dahulu
 tambahkan juga kentang dan juga batang ketumbar bersama akarnya.
 Gaul sebati 
 tambah air rebusan dan didihkan sehingga kentang empuk
 kemudian masukkan pula tomato dadu dan juga mentega kacang
 renihkan
 tuangkan yogurt dan perasakan secukupnya.
 Sedia dihidangkan bersama roti @ nasi.


Ayam goreng kurma

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 tsp serbuk kunyit
2 tbsp sos tiram nona
5 biji kurma (buang kulit, kisar)
1 labu bawang besar (hiris)
2 tangkai cili hijau (hiris)
garam secukup rasa
sedikit madu (jika suka)
minyak untuk menumis

CARA-CARA:
 Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis.
Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan masak sehingga ayam kecut.
Tambahkan serbuk kunyit, kurma dan juga sos tiram.
Masak lagi sehingga pecah minyak.
Rasa garam gulanya sebelum ditambahkan perasa.
Jika suka boleh masukkan sedikit air asam jawa.
Kacau sebati, akhir sekali masukkan bawang dan cili hiris.
Setelah bawang layu bolehlah dimatikan api.
Sedia dihidangkan.


Wednesday, March 1, 2017

Jem buah campur

 BAHAN-BAHAN :
Anggur, blueberi dan strawberi secukupnya
Gula (sama banyak dengan buah di atas)

CARA-CARA :
Belah 4 buah anggur dan buang bijinya.
Strawberi dihiris-hiris.
Jerang buah bersama gula di atas api kecil sehingga likat. (Gunakan periuk berdasar tebal)
Sejukkan dan bolehlah dimasukkan ke dalam balang yang telah disteril.
Enak dimakan bersama roti @ pancakes.

Monday, February 27, 2017

Gulai cabai

 BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan nyok-nyok
1/2 kotak santan KARA
1 kotak air
100ml air asam jawa
1 biji tomato (belah 4)
1 biji terung (hiris serong)
garam, gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
20 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
2 batang serai
2cm belacan
2cm halia

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
Tuangkan santan dan air. 
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan, air asam, terung dan tomato.
Masak hingga mendidih sekali lagi.
Perasakan secukupnya.
Setelah terung agak lembut, matikan api.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan ulaman.

Kek Mentega


 BAHAN-BAHAN :
300g mentega
250g gula kastor
secubit garam
5 biji telur A
300g tepung gandum
100g tepung jagung
15g baking powder
100ml susu segar
1 tsp esen vanilla

 CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama baking powder, tepung jagung dan garam. 
Ketepikan.
Sementara itu, pukul mentega bersama gula sehingga putih.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga gebu.
Masukkan esen vanilla.
Tuangkan susu berselang-seli dengan bahan ayak.
Gaul rata.
Jika suka boleh bahagi 2 adunan.
Separuh adunan dicampurkan dengan 1 sachet KOPI PAK BELALANG dan separuh lagi adunan asal.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilengserkan dengan sedikit marjerin.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.

Wednesday, February 22, 2017

Kek Patty

 BAHAN-BAHAN :
2 c tepung gandum
3 tsp serbuk penaik
3/4 c gula kastor
125g mentega
2 biji telur saiz A
1 c susu segar
1 tsp esen vanilla

**c = cup**
**tsp = teaspoon
 CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, campurkan gula bersama mentega dan pukul sehingga gebu.
Kemudian tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan bahan yang di ayak berselang seli dengan susu segar.
Kaup balik adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah digriskan dengan sedikit mentega.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.


Monday, February 20, 2017

Ayam oren slowcooker

 
BAHAN-BAHAN :
500g ayam (potong kecil)
2 tbsp marmalade oren
2 tbsp gula perang
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
2 tsp garam

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam slowcooker.
Masak menggunakan mode (High) selama 3 jam.
Sedia dihidangkan.