Sunday, July 24, 2011

KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. mennggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-

  • Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a.)
  • Hasan (anak Fatimah r.a.)
  • Husin (anak Fatimah r.a.)
  • Abu Dzafrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrin Al-Ghifaryr.a berkata kepada kubur," Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah SAW."
Maka berkata kubur," Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (aku akan layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

  • Hendaklah ia menjaga solatnya
  • Hendaklah dia bersedekah
  • Hendaklah dia membaca Al-Quran
  • Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

  • Jangan berdusta
  • Jangan mengkhianat
  • Jangan mengadu domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
  • Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud," Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLAH. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada ALLAH dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab," Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca Al-Quran, maka Al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

5 comments:

  1. Assalamualaikum nasya
    Terima kasih atas ingatan.. :)

    ReplyDelete
  2. wslm..ha..ha..ha...sama2lah kita ingat mengingatkan...

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Nasya..

    Dulu masa Naz tecik..baru sekolah rendah.. Masa tu bila cikgu selalu cerita, kalau kita di dalam kubur nanti malaikat akan bertanya beberapa soalan. Cikgu pun bagi taulah apa soalan2 tu dan juga jawapan yang sepatutnya.. Masa tu cikgu cakap siapa yang tak boleh jawab akan disiksa.. Masa tu kan, Naz dok fikir.. baik aku hafal jawapan ni.. Nanti kan senang nak jawab.. Bila dah besar sikit, barulah faham yang dalam kubur nanti bukan mulut kita yang jawab tapi amalan kita semasa di dunia sekiranya ada... Jadi memang kita kena sentiasa beringat2 untuk diri sendiri kan...

    ReplyDelete
  4. Eh lupa pulak.. Jemput datang rumah naz eh amik award.. http://ovenkecil.blogspot.com/2011/07/terima-kasih-dianasky-blues-kitchen.html

    ReplyDelete
  5. betul la naz nasya pun selalu dok hafal dulu..sampai tebeliak-beliak bijik mata sbb tkt kena seksa..tapi la dah tua nie dah cerdik sikit..ha..ha...
    naz..nak amik award camner....xreti lagi....

    ReplyDelete