JANGAN TERLALU KERAP MAKAN DI KEDAI
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
"Amalan makan dan minum di pasar adalah sesuatu yang merendahkan martabat."
(Riwayat al-Dailami)
Semua bahan batter diadun, pastikan pekat dan tidak terlalu cair. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas masukkan sotong yang telah disaluti tepung satu persatu. Goreng hingga kekuningan dan hidangkan segera.
4 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia (kisar)
sedikit halba campur
2 tangkai daun kari
1 sdb serbuk cili
4 sdb serbuk kari
1 biji tomato (potong 4)
10 biji bendi
santan dari sebiji kelapa
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak, tumis halba campur dan daun kari sehingga meletup-letup. Masukkan bahan kisar, goreng sehingga wangi. Kemudian tambahkan serbuk cili dan serbuk kari yang telah digaul dengan sedikit air. Masak lagi hingga rempah garing.
Setelah itu, masukkan tomato dan santan, tunggu hingga santan mendidih. Masukkan ikan, air asam dan bahan perasa. Setelah ikan agak masak barulah masukkan bendi.
10 ulas bawang putih (diracik halus &ditumis bersama 4 sdb minyak)
7 cawan air
350 gm ayam (didadu)
200 gm udang
sebungkus sawi bunga
1 senduk kicap cair
garam secukup rasa
CARA-CARA :
Ayam direbus bersama air sehingga empuk. Buang buih yang timbul dipermukaan sup. Masukkan udang, kicap cair, bawang putih tumis berserta minyaknya sekali dan garam. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan sawi bunga.
Apabila sawi kelihatan agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama bihun yang telah ditos.
5 ulas bawang merah + 4 ulas bawang putih (tumbuk)
segenggam ikan bilis + sedikit cili api (tumbuk pecah-pecah)
2 biji telur
1 sdk serbuk kunyit
1/2 sdb serbuk pati ayam
sedikit garam
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur, tunggu sehingga telur berketul baru masukkan nasi dan bahan-bahan lain. Sedia dihidangkan.
JENIS-JENIS AIR UNTUK BERSUCI Terdapat 4 kategori air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.
AIR SUCI LAGI MENYUCIKAN DAN TIDAK MAKRUH MENGGUNAKANNYA. Ini dinamakan AIR MUTLAK. Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau air salji.
AIR SUCI LAGI MENYUCIKAN TAPI MAKRUH MENGGUNAKANNYA. Ini dinamakan air MUSYAMMAS, iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di kawasan, negeri, atau negara yang panas. Air ini Makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.
AIR YANG SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu :AIR MUSTAKMAL, iaitu air yang kurang daripada 2 kolah atau yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wuduk yang wajib atau mandi yang wajib atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.AIR MUTAGHAYYIR, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan seperti air kolam. AIR MUQAYYAD, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.
AIR YANG TIDAK SUCI DAN TIDAK MENYUCIKAN. Air ini ialah AIR MUTANAJJIS. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu : (a) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (b) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.
AIR YANG TIDAK DIKIRA NAJIS Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut :
Najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga.
Najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat.
Bulu-bulu yang terkena najis yang tidak melebihi 3 helai.
Binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air.
Bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.
5 ulas bawang merah +2 ulas bawang putih + 1 cm kunyit (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 cm belacan + 1 biji cili merah (ditumbuk)
sehelai daun kunyit (disimpul)
350 gm cendawan tiram
1/2 bungkus tempe (didadu)
sedikit garam dan gula
sekeping asam gelugur
CARA-CARANYA :
Didihkan semua bahan kecuali udang di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar tidak pecah minyak. Apabila cendawan agak layu dan tempe agak lembut bolehlah masukkan udang dan bahan perasa. Kacau sebentar, setelah ekor dan kepala udang bercantum bolehlah dimatikan api.
Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi. Masukkan cili boh, kacau rata kemudian tambahkan sosej. Setelah itu bolehlah masukkan nasi dan bahan-bahan lain. Sebelum memasukkan garam rasa dahulu.
SUMBER : 1000 RESIPI UNGGUL CITARASA MALAYSIA OLEH : CHEF ZAIDAH MOHD NOOR HIDANGAN 6 MASA 1 1/2 JAM
BAHAN-BAHAN :
100 gm mentega
125 gm gula halus
3 biji telur
5 sdb susu pekat
175 gm tepung naik sendiri
25 gm serbuk koko
1 sdk esen vanilla
1 sdk perisa oren
CARA :
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan susu pekat. Kacau rata. Tambah tepung dan kacau sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada 2. Campurkan serbuk koko dan esen vanilla ke dalam satu bahagian. Campurkan sebahagian lagi dengan perisa oren. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam acuan berukuran 18cm x 18cm. Bakar pada suhu 170'c (330'f) selama 40 minit sehingga masak.
bihun secukupnya (direbus bersama sedikit serbuk kunyit & ditoskan)
300 gm daging lembu (dihiris nipis)
2 paket sup bunjut
4 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah (dihiris)
4 cm halia + 1 sdk lada hitam (ditumbuk)
sedikit rempah tumis
garam & sedikit serbuk pati ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya untuk sup
daun sup & daun bawang
2 ketul tauhu (digoreng & didadu)
lobak asin (didadu)
limau kasturi secukupnya
sedikit serbuk cili (dibancuh bersama sedikit air, ditumis dan masukkan sedikit garam & gula)
CARA MEMBUAT SUP :
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis bersama bawang yang dihiris sehingga wangi dan garing. Tambahkan halia dan lada hitam, kemudian masukkan daging, rempah bunjut dan air secukupnya. Renih sehingga daging empuk.
Apabila daging telah empuk baru masukkan bahan perasa. Sedia untuk dihidangkan bersama bihun dan bahan pelengkap.
Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan dijerang di atas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa dan sekeping asam gelugur. Kacau rata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
1 ekor ikan bawal (dipotong, sapu garam kunyit, goreng garing)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 biji kapsikum merah & kuning (dihiris memanjang)
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
sedikit air jika perlu
minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu, masukkan kapsikum tambahkan sos-sos dan air jika perlu. Kacau rata, masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Jika kurang masin bolehlah tambahkan sedikit garam dan gula.
3 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
kicap manis dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga garing. Masukkan karot dan kobis goreng sebentar. Kemudian tambahkan kicap dan garam. Sebelum diangkat masukkan tauge.
3 ekor ikan kembung (digoreng bersama sedikit garam dan kunyit)
4 ulas bawang putih + 4 ulas bawang merah (dikisar)
4 biji cili merah + 1 biji cili hijau (dikisar)
1/2 sdk serbuk belacan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga wangi dan hilang bau cili. Masukkan serbuk belacan dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata, tambahkan ikan yang telah digoreng, kacau lagi sehingga ikan bersalut dengan sambal. Angkat dan hidangkan.
3 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sdk cili kisar
2 ekor sotong sederhana (dihiris bulat)
sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar hingga garing dan wangi. Masukkan sotong dan karot, masak hingga sotong empuk. Masukkan bihun dan sos-sos. Masak lagi hingga bihun lembut. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Jika bihun masih keras bolehlah masukkan sedikit air.
Jangan lupa untuk memasukkan kobis, setelah kobis layu bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan sedikit daun sup untuk hiasan.
Daging direbus bersama semua bahan-bahan di atas sehingga empuk. Masukkan perasa secukupnya. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan.