- Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda
- Satu sedekah dibalas dengan 70 kali ganda
- Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda
- Satu sedekah dibalas dengan 1000 kali ganda
Adapun sedekah yang dibalas 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga atau sanak saudara.
Adapun sedekah yang dibalas 700 kali ganda ialah sedekah yang diberikan kepada teman-teman.
Adapun sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda ialah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu.
ALLAH SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
"Perumpamaan orang-orang yang mendermakan harta benda di jalan ALLAH, seperti (orang yang menanam) sebutir biji dan menumbuh tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji dan ALLAH akan menggandakan pahala bagi orang yang dikehendaki, dan ALLAH itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui."
Sebuah cerita menerangkan bahawa sewaktu kaum Bani Israil mengalami masalah kekurangan makanan yang dahsyat, ada seorang perempuan yang mempunyai sekeping roti dan dia telah meletakkan roti itu ke dalam mulutnya, kemudian dia mendengar seorang peminta sedekah berkata :
"Hanya bagi ALLAH sepotong roti."
Kemudian perempuan itu mengeluarkan roti yang ada di dalam mulutnya dan memberikan kepada peminta sedekah.
Setelah itu perempuan itu meninggalkan anak kecilnya di rumah dan ia keluar mencari kayu, lalu datang seekor anjing hutan dan menerkam anak kecil itu dan dibawa pergi. Apabila si ibu mendapat tahu bahawa anak kecilnya telah dilarikan oleh anjing hutan maka dia pun keluar mengikut jejak anjing itu.
Kemudian ALLAH SWT mengutuskan malaikat Jibril lalu mengeluarkan anak kecil itu dari mulut anjing tersebut dan menyerahkan kepada wanita tersebut dengan berkata :" Wahai hamba ALLAH relakah engkau sepotong dengan sepotong?"
No comments:
Post a Comment