Tuesday, February 2, 2016

Angah dan Abam Miki

Comelkan ...yang mana satu lagi comel ki...ki...
budak Miki ni sekarang dah comot, suka merayau. 2 hari lepas siap bwk balik kertas gam tikus. Siap ada bangkai tikus lagi melekat kat bontot hu...hu...
2-3 hari jugak la dok mandikan...gunting bulu..xmau hilang2 kesan gam.
Apa laa budak comot ni.....

Dapatkan kopi pak belalang di sini...

Untuk penggemar-penggemar kopi pak belalang...jika anda berada di Ampangan bolehlah berkunjung ke NURSAFAS di persiaran BAKAWALI. Dapatkan stok anda di sini. Berdekatan dengan STADIUM PAROI...bersebelahan dengan Pusat Rawatan GT HERBS.

Selamat maju jaya anakanda Nabil Yusuf...


 Gambar tahun lepas, semasa pendaftaran Nabil di YAYASAN AS SOFA 15DEC2015.
Anak yang sulung....diharap dapat menjadi contoh yang baik kepada adik-adik. Moga dapat membimbing ibu dan ayah juga ke arah kehidupan yang lebih diredhai...selamat berjuang anakku...DOA IBU SENTIASA BERSAMA MU...


Udang sambal manis bermadu

 BAHAN-BAHAN :
20 ekor udang sederhana besar
1 tbsp kicap pekat manis
2 tbsp madu
1 asam keping
8 biji belimbing buluh
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

BAHAN KISAR :
segenggam cili kering (rebus)
8 tangkai cili api
1 labu bawang besar saiz sederhana
1 ulas bawang putih
secubit belacan

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar bersama sedikit gula sehingga garing.
Masukkan udang, kicap, madu dan asam keping.
Tambahkan garam secukupnya, rasa apa yang kurang.
Setelah itu, masukkan belimbing buluh.
Masak hingga sebati.
Sedia dihidangkan.

Sayur lemak Kelantan

 BAHAN-BAHAN ;
1 ekor ikan selayang @ kembung kecil (bakar kosong)
1/2 labu bawang besar saiz kecil 
1 tsp lada hitam biji
2 batang serai (ketuk)
500 ml santan
2 ketul tauhu (potong 4)
1 tangkai cili merah (hiris kasar)
7 biji putik jagung (potong serong)
150g tauge (buang ekor)
sedikit kobis (hiris kasar)
garam dan gula secukup rasa

 CARA-CARA:
Tumbuk isi ikan bakar bersama bawang dan lada hitam.
Masukkan santan ke dalam periuk.
 Tambahkan bahan tumbuk, serai, putik jagung dan renihkan sehingga mendidih.
Kacau selalu.
Kemudian masukkan pula tauhu, bahan perasa dan kacau lagi.
Akhir sekali baru dimasukkan tauge dan cili merah.
Biarkan mendidih sekali lagi dan bolehlah dimatikan api.
Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa je....

 Lama xkongsi juadah makan tengahari. Bukannya apa, tukang makan dah masuk asrama...tinggal kami yang kurang makan aje. Ni pun menu lama saja nak tayang. Sekarang makcik jarang cooking...xhabis. Minum kopi pak belalang pun dah kenyang sampai petang.
Masak lemak putih tauhu dan putik jagung, udang sambal manis belimbing buluh, ayam goreng cicah sambal kicap...ok ke???

SIRA PISANG NIPAH

BAHAN-BAHAN :
8 biji pisang nipah mengkal (belah 2)
1 1/2 c air
2 helai daun pandan (carik & simpul)
1 tsp pewarna kuning telur
7 tbsp penuh gula @ lebih (ikut citarasa)
secubit garam

CARA-CARA :
Susun pisang di dalam periuk.
Tambahkan bahan-bahan lain.
Renihkan di atas api sederhana sehingga pisang empuk dan air gula sedikit pekat.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Friday, January 15, 2016

Tom kha gai

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1/2 kg santan cair
sehiris nipis lengkuas
5 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau purut (carik-carik)
10 tangkai cili api (ketuk)
1/2 labu bawang besar (hiris)
2 pokok ketumbar (ketuk akar, daun untuk tabur)
sos ikan, garam dan jus limau kasturi


CARA-CARA :
Renihkan ayam bersama santan, serai, lengkuas, akar ketumbar dan bawang sehingga mendidih.
Kacau selalu.
Tambahkan cili, daun limau purut dan masukkan bahan perasa secukupnya.
Matikan api dan taburkan daun ketumbar sebelum menghidang. 
Jika suka, boleh taburkan sedikit serbuk cili sewaktu menghidang.

Saturday, December 19, 2015

Nasi kapit bersambal


 BAHAN-BAHAN :
Nasi impit secukupnya (potong dadu)
2 ekor ikan kembung (dibakar tanpa garam, ambil isi)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 inci halia
1 biji kelapa parut
gula melaka secukup rasa
garam secukup rasa


CARA-CARA :
Sangai kelapa parut bersama bawang, halia dan isi ikan sehingga kelapa berwarna kecoklatan.
Masukkan gula melaka dan sedikit garam. 
Matikan api.
Tumbuk kelapa sehingga lumat dan kelihatan agak berminyak.
Sedia dihidangkan bersama nasi impit untuk sarapan.

Roti sosej goreng

 BAHAN-BAHAN :
Sosej secukupnya (goreng bersama sedikit minyak)
roti secukupnya
minyak untuk menggoreng terendam

BAHAN BATTER :
3/4 C tepung rangup KFC
1/3 C tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
1 tsp baking powder
air secukupnya

CARA-CARA :
Bancuh kesemua bahan batter. 
Tidak terlalu pekat @ terlalu cair.
Ketepikan. 
Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.
Sementara itu, gulung sosej dengan roti.
Celup ke dalam adunan batter dan masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
Goreng sehingga garing.
Enak dihidangkan bersama sos cili dan secawan air kopi Pak Belalang.

Gulai asam garam kembung


BAHAN-BAHAN :

  5 ekor ikan kembung
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
1 ulas bawang besar (kecil)
1/2 tsp belacan
1/2 tsp kunyit kisar
3 batang serai (ketuk)
3 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
secukupnya air untuk kuah
garam dan sedikit perasa

CARA-CARA :
 Kisar cili, bawang dan belacan bersama sedikit air
 masukkan ke dalam periuk bersama kunyit, serai, air dan juga asam keping
 masak hingga mendidih
 dan hilang bau cili
 tambahkan daun kesum
 dan masukkan ikan kembung. Perasakan dengan garam secukupnya
 tutupkan api dan 
sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulam dan sambal belacan serta telur masin

Thursday, December 10, 2015

Blondie Pak belalang



 BAHAN-BAHAN :
3/4 C mentega
1c gula perang
1/2 c gula putih @ boleh gunakan 2c gula perang
1 sachet kopi pak belalang (nak lebih kopi letak 2 sachet)
3 biji telur
2 c tepung gandum (ayak)
1/2 tsp serbuk penaik (ayak)
1/2 tsp garam (ayak)
1c kacang macadamia panggang @ badam (cincang kasar)
180g cip coklat
Griskan acuan dengan mentega dan di tabur tepung. goncangkan lebihan tepung.


 CARA-CARA :
 Cairkan mentega dan gula di dalam periuk.
 Dengan menggunakan api yang paling perlahan
 sehingga mentega dan gula cair.
 kacau selalu agar tidak hangus
 tambahkan kopi pak belalang yang mabeless. 
Penuh dengan khasiat pemakanan sunnah...habbatus sawda..madu...luban...
 Gaul rata, matikan api
 masukkan telur dan kacau cepat2
 kemudian tambahkan bahan yang telah di ayak dan juga macadamia
 akhir sekali masukkan cip coklat. Gaul sebati 
 masukkan ke dalam loyang yang telah dilengser tepung
 sedia di masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
untuk menguji blondie apabila sudah masak, cucukkan hujung lidi @ pisau kecil ke dalam, 
jika ia keluar licin dan bersih bermakna blondie sudah siap.
enak dihidang bersama kopi pak belalang panas @ shake belalang

Monday, December 7, 2015

IBU MITHALI...khas untuk semua ibu-ibu





Ayam kicap masam manis

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil, sapu garam. Goreng 1/2 masak)
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/ 2 labu bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
10 tangkai kacang buncis (hiris serong)
sedikit air asam jawa
kicap manis secukupnya
sedikit gula dan garam
beberapa tangkai cili api hijau (ketuk)
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
Masukkan bahan tumbuk dan masak hingga naik bau.
Tambahkan bahan hiris, tomato, kicap dan juga air asam.
Gaul rata. 
Biar mendidih, rasa dahulu kuahnya sebelum memasukkan garam dan gula.
Akhir sekali, masukkan kacang buncis dan masak hingga kacang layu tetapi masih rangup.

Siakap panggang rencah tomyam

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap sederhana
2 tbsp pes tomyam siam
2 helai daun limau purut (masukkkan dalam perut ikan)
1/2 labu bawang besar (kisar)
garam dan gula secukup rasa

BAHAN SAMBAL KICAP :
kicap manis kipas udang
hirisan cili api
hirisan bawang besar
jus limau kasturi

CARA-CARA :
Campurkan pes tomyam siam bersama bawang kisar dan juga bahan perasa.
Gaul ikan rata2 bersama bahan pes.
Masukkan ikan ke dalam aluminium foil. (lebih enak jika dibungkus di dalam daun pisang dahulu sebelum dibungkus dgn foil)
Panggang sebentar di dalam ketuhar dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.