Monday, June 3, 2013

Makaroni makarenaa...

 Dapat makan makaroni goreng jarang2 best jugak....alaaa goreng biasa je. Makan ngan cili potong, perah limau sikit. Apam tu pulak beli yang frozen je...malas bebenor rasanya semenjak 2menjak nie....ntah kenape???
Apam ni sedap...kalau nganga mulut besor2 cam makcik nie, sebijik tu sekali suap jerr...
kalau nak resepi boleh check kat sini

Sunday, June 2, 2013

Emmmm...asyik kari jerr....


Menu orang kampung tapi dah ada bandar sikit. Kari kepala ikan salmon yang beli kat cold storage itu hari...ikan tamban goreng garing, budu untuk makcik dan semestinya kicap manis untuk hero2 kat umah nie....xde yang special kannn....kann...

aaaaa fokus sikit kat kepala ikan...sedapnya...banyak lemak urmmm...


Thursday, May 30, 2013

Singgang bendi



BAHAN :

  • 10 tangkai bendi (kalau panjang potong 2)
  • 1/3 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 cawan air
  • 2 keping asam gelugur
  • garam dan sedikit serbuk perasa
CARA :

  • Jerang air bersama asam keping dan bahan hiris hingga mendidih.
  • Masukkan bendi dan bahan perasa.
  • Masak hingga bendi layu.
  • Hidangkan bersama nasi panas, ikan kembung bakar tawar dan juga budu +mangga cincang. Wallaaaa....




Tuesday, May 28, 2013

Asam pedas ayam


 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesum
air asam jawa secukupnya @asam keping
minyak untuk menumis
sedikit serbuk pati ayam
garam secukup rasa

DIKISAR :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup
segenggam cili kering yg direbus
sedikit belacan bakar
1 tsp lada hitam


CARA :
 Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar 
 hingga garing dan terbit minyak
 masukkan ayam yang telah ditos
 masak hingga daging ayam kecut. Tambahkan air asam @ asam keping
 masukkan air secukupnya.
 Setelah mendidih masukkan garam, stok ayam, daun kesum dan juga bunga kantan.
 Kalau nak tambah belimbing buluh pun boleh
  masak hingga menggelegak dan tambah apa yang kurang
 setelah kuah agak pekat dan
terbit minyak, bolehlah diangkat dan
dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin, ulam dan telur dadar.

Monday, May 27, 2013

Ermmmm...mi bodo je

 Mi goreng bodo-bodo saja...xpedas. Khusus untuk mujahiddin2 kat umah ni.
 Letak sotong, sawi seciput, tomato hijau dan semestinya togel...feberet Syabil.
Ok laa asal kenyang kan...kan....

Friday, May 24, 2013

Dinner hari tu...

 Ni yang makcik masak utk dinner hari tu. Ada singgang bendi, ikan jenahak goreng kunyit,budu cincang mangga dan ulam timun. Simple kan...??

Opor ayam ibundo




 SUMBER : ibundo
Mintak izin menepek ya bundo...sayaaang bundo mmmuahh



 Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diasingkan santan cair dan santan pekat.
3 biji kentang  
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 helai daun salam 
1 keping asam keping
5 biji cili api diketuk
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis 
bawang goreng untuk ditabur sekiranya suka

bahan kisar:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras 
1 inci  lengkuas
1 inci halia

***makcik buat separuh je***
CARA-CARA :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan tenggekkan di atas dapur 

 masak hingga ayam kecut dan kentang empuk

 masukkan garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Koyak-koyakkan daun limau purut

 setelah kuah agak pekat dan sebati rasanya bolehlah diangkat dan

dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan sambal belacan.

Gulai udang galah




 BAHAN-BAHAN :

  • 6 ekor udang galah
  • 1/2 kg santan
  • 1 asam keping
  • garam secukup rasa
DIKISAR :

  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci kunyit
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 hiris lengkuas
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 batang serai

CARA :

  1. Masukkan santan, bahan kisar dan juga asam keping ke dalam periuk. Renihkan di atas api yang sederhana hingga menggelegak.
  2. Tambahkan udang dan masak lagi hingga udang kecut. Masukkan garam dan kacau selalu.
  3. Setelah agak sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas.

Thursday, May 23, 2013

Maggi goreng kari





 BAHAN-BAHAN :

  • 3 paket mi cintan perisa kari (rebus, tos dan ambil 1 paket perencah)
  • 25 ekor udang sederhana (buang kulit)
  • 1/2 biji bawang holland (hiris)
  • 3 kelopak kobis (hiris nipis)
  • 1 biji tomato hijau (dadu)
  • 1/2 senduk nasi sos tiram nona
  • 5 ketul cokodok bawang (hiris nipis)
  • minyak untuk menumis


 CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga wangi.
  2. Masukkan udang, kobis dan juga serbuk perencah. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, maggi, cokodok bawang dan juga tomato dadu. Kacau sebati.
  4. Sedia diangkat dan dihidangkan bersama perahan limau kasturi dan juga cili potong...


Rendang kacang panjang ibundo



 SUMBER : ibundo
Mintak izin menepek ya bundo....sayaaaang bundo mmuahh




 BAHAN-BAHAN :
Secekak kacang panjang dipotong pendek anggaran 2 inci
1 biji kelapa diambil santan pekat**makcik guna santan 1/2 kg + 1 kotak santan
15 biji cili api kampung
Hati ayam, pedal ikut suka hati berapa nak bubuh 
1 inci lengkuas dititik**makcik kisar
1/2 inci halia dititik**makcik kisar +serbuk kunyit sikit
3 ulas bawang putih dititik **makcik kisar
2 batang serai dititik**makcik kisar
1 sudu besar serbuk ikan bilis
1 keping asam gelugur garam secukupnya 


(makcik tambah nangka muda rebus ngan kaki ayam, kasi meriah sikit)


 masukkan santan, bahan kisar dan juga serbuk kunyit ke dalam kuali
 masak hingga mendidih. Tambahkan kaki ayam, hati dan pedal juga asam keping
 masak lagi hingga menggelegak dan 
 masukkan nangka yang telah direbus empuk dan juga kacang panjang 
 Kacau sentiasa supaya tidak hangus (makcik letak daun limau purut kasi wangi)

 tambahkan garam dan juga gula secukup rasa dan masak lagi sehingga kuah
 kuah agak pekat dan terbit minyak

enak dicicah bersama pulut kuning

Wednesday, May 22, 2013

Laksa pendek ala-ala char kway teow

  

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket laksa pendek
  • 1 mangkuk sederhana isi udang
  • 1 pokok sawi (potong pendek)
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 biji telur (pukul sedikit)
  • 1/2 senduk nasi sos tiram nona @ mahsuri
  • 1/2 senduk nasi sos cili kimball
  • kicap cair dan kicap pekat secukupnya
  • sedikit kicap manis cap kipas udang
  • garam secukup rasa 
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis


 CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. 
  2. Masukkan udang, sawi dan sos-sos. Kacau sebati.
  3. Tambahkan laksa pendek, kicap-kicap dan sedikit air. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  4. Kemudian tuangkan telur yang telah dipukul dan masukkan juga tauge. Gaul sebentar dan sedia dihidangkan bersama cili jeruk @ cili kicap....nyumm...nyumm...


Lauk biasa je...


Bismillahhirrohmanirrahim...
jom jamu mata ngan lauk zaman purba makcik...ada sambal pauh, ikan kurau masin, rendang kaki ayam, asam pedas ayam dan telur dadar...
lauk biasa kan...makcik makan dengan sambal n ikan masin je...xde selero.. 

Sambal tempoyak goreng Tok Chik




 SUMBER : tokchiksincan
 SKODENG DAN COPY DARI : makcikmanggis
 Terima kasih yang tak terhingga buat Tokchik dan kakakku Cik manggis kerana sudi berkongsi resepi...izinkan ambo tepek kat sini pulak yo...mmuahhh

Bahan-bahannya:

4 tbsp tempoyak.
10 biji cili api.
1 labu bawang besar.
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 cawan ikan bilis.
Minyak untuk menumis.
Sedikit air.

makcik letak serbuk kunyit sikit bagi kaler...

Cara-caranya:

  • Bawang besar dan cili api di kisar kasar-Cm guna chopper.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan ikan bilis dan kacau hingga masak.
  • Kemudian masukkan tempoyak,garam dan sedikit gula.
  • Masak sehingga tempoyak bertukar warna agak gelap sedikit.
  • Akhir sekali masukkan sedikit air dan reneh dengan api yang perlahan. 


Biasa-biasa aje....

 Ni lauk yang makcik makan masa puasa 1 Rejab itu hari. Kari kepala ikan jenahak, sotong goreng, ulam dan yang paling istimewa sambal tempoyak goreng...manyak sedap ooooo
 kari ikan nie kurang menepati selera makcik sebab guna rempah Faiza. Makcik kalau masak kari mesti guna rempah Indra...tapi kat pasaraya sini xde stok laa pulak..frust sampai tertonggeng!!
lauk biasa untuk orang yang biasa...