Saturday, April 30, 2011

mi goreng basah


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 bungkus mi (dibasuh dan ditoskan)
  • 3 pokok sawi (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 sdb ikan bilis padi (ditumbuk) 
  • 1 sdb cili boh
  • 4 ekor sotong (dihiris)
  • 1 keping fish cake (dihiris)
  • sedikit isi ayam
  • sos tiram,kicap manis, cili sos, tomato sos, kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • 1 biji tomato (potong 8)
  • sedikit air
  • daun sup dan daun bawang 
  • minyak untuk menumis
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bawang,cili boh dan ikan bilis hingga wangi dan garing.Masukkan ayam, sotong dan fish cake goreng sebentar.Masukkan sawi dan tomato tunggu hingga sawi lembut.
    2. Tambahkan sos - sos dan masukkan mi yang telah ditos tadi.Kacau rata. Tambah sedikit air supaya basah. Jika suka boleh tambahkan telur.
    3. Tabur daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

kari ayam


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 biji kentang (dipotong 4)
  • santan dari sebiji kelapa
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 4 biji cengkih
  • 4 biji pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • setangkai daun kari
  • 1 sdb cili boh/ serbuk cili
  • 3 sdb rempah kari daging
  • air asam jawa secukupnya
  • 1/2 sdb serbuk pati ayam
  • garam dan gula secukup rasa 
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang merah,halia, rempah tumis dan daun kari sehingga harum.
    2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,masukkan juga cili boh dan biarkan hingga naik minyaknya.
    3. Masukkan ayam dan kentang, kacau rata. Tambah sedikit air. Tunggu sehingga kentang empuk.
    4. Tuangkan santan,kacau dan biarkan mendidih sebentar.Masukkan pula air asam jawa dan bahan-bahan perasa secukup rasa.
    5. Apabila kuah menjadi sedikit pekat,bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Friday, April 29, 2011

Makan-makan nasi arab di Al-Mikraj, Putra Nilai

teh pudina yang menyegarkan

nasi kabsah ayam 

nasi kabsah kambing

kualiti makanan kat sini sama dengan restoran saba kat cyberjaya nun. Bezanya cuma kat sini harganya lebih murah.

kat sini xde jual lagi shawarma ke roti arab ke...sebab baru bukak. Harga barbican kat sini jauh lebih murah compare ngan kat saba. Kedai ni letaknya sederet ngan TNB Nilai.

cuti-cuti Port Dickson 9 & 10 April 2011




































Thursday, April 21, 2011

gulai kuning ikan aya


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ketul isi ikan tongkol yang telah dikukus bersama asam gelugur dan sedikit garam
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 6 biji cili api (ditumbuk)
  • 1 cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 cm halia (ditumbuk)
  • sedikit lengkuas (ditumbuk)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 1/2 biji timun (dipotong-potong)
  • santan secukupnya
  • sedikit garam
  • CARA MEMASAK :-)
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan timun. Didihkan di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu agar tidak pecah minyak.
  • Setelah itu bolehlah masukkan ikan dan timun. Tunggu sehingga timun empuk. Jika kurang masin bolehlah ditambah sedikit garam ke dalam kuah.
  • Angkat setelah kuah sedikit pekat.

Friday, April 15, 2011

udang goreng kunyit


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 ekor udang saiz xl
  • 2 biji kentang (dipotong 6 & direbus)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (dihiris)
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • CARA MEMASAK :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga garing. Masukkan udang, serbuk kunyit dan air. Masak hingga mendidih. Selepas itu masukkan cili merah, kentang dan sedikit garam. Masak lagi hingga udang masak. Bolehlah dimatikan api.