Thursday, December 8, 2011

IBLIS MELARANG SAIDINA ALI MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW

Sebaik saja Rasulullah SAW baru saja wafat, diriwayatkan bahawa semasa Saidina Ali bin Abu Talib ra hendak meletakkan jasad baginda di atas tempat tidurnya tiba-tiba
beliau terdengar satu suara ghaib dari sudut rumah itu. Suara itu menyeru Saidina Ali dengan nada suara yang tinggi.
          "Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad kerana dia adalah orang yang suci dan lagipun dia membawa kesucian."
          Saidina Ali berasa curiga terhadap suara itu lalu dia pun beranya :
          "Siapakah engkau, bukankah Rasulullah SAW menyuruh kami memandikannya."
          Tiba-tiba Saidina Ali terdengar pula satu suara yang lain berkata :
          "Hai Ali, mandikan baginda. Suara ghaib yang engkau dengar tadi adalah suara Iblis yang terkutuk yang memang dengki terhadap Muhammad SAW (Iblis) mahu Muhammad dimasukkan ke dalam kubur dalam keadaan tidak dimandikan."
          Saidina Ali menjadi semakin hairan lantas dia pun bertanya :
          "Semoga ALLAH membalas engkau dengan kebajikan kerana engkau telah memberitahu aku bahawa suara itu adalah suara Iblis. Sekarang siapakah pula engkau sebenarnya."
          "Aku adalah Khidir. Aku datang kerana hendak menziarahi jenazah Muhammad SAW." jawab suara itu.
          Setelah berpuas hati barulah Saidina Ali, Al Fadhl bin Abbas dan Usamah bin Zaid memandikan jenazah Rasulullah SAW. Dalam pada itu malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga. Mereka mengapankan jenazah baginda di dalam bilik Siti Aisyah pada malam Rabu dan juga riwayat yang mengatakan pada malam Selasa.

No comments:

Post a Comment