JANGAN TERLALU KERAP MAKAN DI KEDAI
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
"Amalan makan dan minum di pasar adalah sesuatu yang merendahkan martabat."
(Riwayat al-Dailami)
Tuesday, November 15, 2011
Bingka durian
BAHAN-BAHAN :
6 biji telur
7 ulas isi durian D24
2 helai daun pandan (diramas bersama bancuhan)
sedikit pewarna kuning telur
sedikit bijan (untuk tabur)
1 kotak santan kara
2 kotak air
1 1/2 cawan tepung gandum @ secukupnya (adunan kuih-muih melayu mestilah turun laju apabila diangkat dengan sudu (bukan cair))
1 cawan gula @ secukup rasa
sedikit garam
sedikit mentega (untuk melengser)
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali daun pandan dan mentega. Kisar sehingga adunan hancur.
Setelah itu, tuangkan adunan kedalam mangkuk dan ramas sebentar dengan daun pandan untuk mendapatkan aromanya.
Jerang di dalam kuali tanpa lekat sehingga naik wap.(sebentar sahaja)
Sementara itu lengser loyang sebelum memasukkan adunan. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan jangan lupa untuk menaburkan bijan.
No comments:
Post a Comment