Thursday, July 25, 2013

Bihun kuning



 BAHAN-BAHAN :
1 keping bihun (disiram air panas hingga lembut)
2 batang fish cake
1/2 tsp serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit serbuk pati ayam
minyak untuk menumis
DITUMBUK :
1 tbsp udang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA :
 Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan fish cake, bihun dan juga serbuk kunyit.
Gaul rata.
Tambahkan garam dan juga serbuk pati ayam.
Sesuaikan rasanya mengikut selera.
Sedia dihidangkan untuk anak-anak yang kelaparan grrrrr.....

Sambal kering



 BAHAN-BAHAN :
segenggam cili api
segenggam ikan bilis
sebesar ibu jari belacan
sedikit gula
sedikit minyak masak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
Ketepikan.
Goreng pula cili api yang telah dibelah 2 hingga layu.
Ketepikan.
Goreng pula belacan.
Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng ke dalam lesung dan tumbuk hingga hancur.
Tambahkan gula secukup rasa.
Sedia dimakan bersama nasi panas-panas dan juga ikan gelama jeruk.....cicah ngan mangga muda pun sedap jugerrr...

Masak lemak cili api ayam kampung


  BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam kampung (potong kecil)
1 mangkuk kecil cendawan tiram
3 batang serai (ketuk)
1 kg santan
2 keping asam keping
garam secukup rasa
2 helai daun limau purut
DITUMBUK :
segenggam cili api
2 inci kunyit hidup

CARA :

 Masukkan ayam bersama bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk.
Tenggekkan di atas api sederhana hingga ayam kecut dan kering airnya.
Tambahkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyak.
Masukkan juga garam, daun limau purut dan asam keping.
Renihkan sehingga ayam lembut.
Masukkan cendawan tiram dan masak sebentar. 
Sesuaikan rasanya dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan sambal belacan.


Tuesday, July 23, 2013

Udang masak kari kering bersama kentang



 BAHAN-BAHAN :
 6 ekor udang harimau bersaiz besar
1 biji kentang (dadu dan rebus empuk)
1/2 biji bawang holland (dadu)
6 tangkai cili api (ketuk)
3 tangkai daun kari
1/2 tbsp serbuk kari ikan
1 tbsp sos tiram nona
1 c air
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

CARA :
Rebus kentang yang telah didadu sehingga empuk.

 Panaskan minyak dan tumis bawang hingga harum

 masukkan serbuk kari dan masak hingga garing

 tambahkan 1 cawan air dan juga sos tiram

 masak lagi hingga mendidih dan masukkan kentang rebus

 gaul rata

 masukkan udang dan cili yang diketuk. Kacau sebati.

 Tambahkan daun kari, garam dan juga gula secukup rasa. Gaul rata dan 

 sedia dihidangkan bersama nasi panas.
makcik gandingkan dengan telur dadar aje....

simple-simple aje....


 Lagi gambar juadah simple kat rumah ni....kari ikan kembung, sardin masak kicap dan acar timun...biasa tapi jelira....

Juadah simple saja......


Saja je kongsi gambar menu-menu lama....bagi kawan-kawan idea sikit nak masak apa kann....
 yang ni asam pedas ikan kembung dengan belimbing buluh dari belakang rumah
 ini pulak soft shell crab celup tepung rangup...soft shell crab ni boleh beli kat tesco....sedap...masuk jerr dalam mulut semua terus...

Saturday, July 20, 2013

Sup sawi bebola daging


BAHAN-BAHAN :
1 ikat sawi
15 biji bebola daging
1/4 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia (ketuk)
3 gelas air
1 tbsp chix stock
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan halia hingga harum.
Masukkan batang sawi dan juga air. 
Masak hingga lembut.
Tambahkan stok ayam, bebola daging dan juga daun sawi.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan.

Kacau goreng brokoli dan ayam



 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil isi ayam dadu
1 brokoli bersaiz kecil
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum kuning
1 paket kecil snow pea
1/2 biji tomato
4 ulas bawang putih (ketuk)
3 tbsp sos tiram nona
garam jika perlu
1 tbsp tepung jagung
sedikit air untuk membancuh tepung
minyak untuk menumis

CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang hingga wangi.
Masukkan hirisan ayam dan masak hingga ayam kecut.
Tambahkan sayur-sayuran dan sos tiram.
Gaul rata.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam jika perlu.
Sebatikan rasanya dan sedia dihidangkan.

Nasi jagung simple



Nasi jagung versi simple....masak dah lama  tapi baru nak menepek.
Bahan2 macam biasa, beras basmati, jagung frozen (ikut suka byk mana), chix stock, garam dan pewarna kuning sikit. Bahan penumis dan bawang xletak sebab malas yang melampau-lampau hu..hu..kalau ada daun pandan masukkan daun pandan yang disimpul biar wangi sikit.
Apa yang penting beras tu kena rendam 20 minit sekurang2nya. Nisbah air ialah 1 : 1 1/2.
Sedap makan ngan dalca...selamat mencuba....

Thursday, July 18, 2013

Puding roti rangup

  BAHAN-BAHAN :
1 batang roti Perancis (hiris serong)
3 c susu segar
secukupnya serbuk milo untuk ditabur di tengah roti
sedikit mentega untuk disapu pada loyang

DIKISAR :
4 biji telur saiz A
7 tbsp gula
sedikit garam
sedikit esen vanilla

CARA :

 Rendam roti di dalam susu segar sehingga susu meresap sepenuhnya.
Kemudian ambil sekeping roti, tabur milo dan tangkup dengan sekeping lagi roti.
Susun di dalam loyang yang telah dilengser mentega.
Ulangi langkah tadi sehingga habis.
Akhir sekali tuangkan bancuhan telur dan bakar sehingga masak dan garing.




Bihun goreng daging biasa je....

 Bihun goreng daging versi biasa je....
bahan-bahan pun yang asas saja cuma tambah daging. Korang berimaginasi sendiri la ekk....

Saturday, July 13, 2013

Nasi arab mudah

   

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam @ daging kambing (potong2)
2 biji tomato saiz kecil (potong 2)
1 batang lobak merah (hiris bulat tebal)
3 pot beras basmati (rendam 30 minit)
4 1/2 c air
1/2 tbsp serbuk jintan putih
1 tbsp stok ayam
1 tsp lada hitam (dikisar)
2 tsp garam
sedikit minyak untuk menumis

DIHIRIS :
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
1 inci halia

 CARA :


 Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi

 Masukkan ayam, lobak merah, tomato, lada hitam dan juga serbuk jintan putih. Jika mahu pedas masukkan cili hijau yang telah dipatah-patahkan.

 Kacau rata dan masak hingga ayam kecut

 Setelah keluar air ayam, buangkan kulit tomato yang terkupas

 Masukkan air, pati ayam dan juga garam

 Tutup periuk dan biarkan mendidih

 Setelah mendidih

 masukkan beras yang telah ditapis

gaul sebati

 masak

 hingga 

 nasi kering airnya dan 
 tutup periuk dengan foil. Gunakan api yang paling perlahan

 tadaaaa...sudah siap. Kacau nasi menggunakan garfu plastik supaya beras tidak patah.

 Hidangkan bersama laban, salad dan juga sambal tomato.

Sup kobis dan bebola ikan




 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kobis saiz kecil (hiris panjang)
10 biji bebola ikan saiz besar
2 inci halia (ketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 tbsp pati ayam
secukupnya air
garam secukup rasa
hirisan daun sup dan daun bawang untuk tabur
minyak untuk menumis

CARA :


Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang dan halia hingga harum.
Masukkan air, kobis dan juga bebola ikan.
Masak hingga kobis layu dan bebola timbul.
Tambahkan pati ayam dan garam secukup rasa. Jika suka boleh masukkan sedikit serbuk lada sulah.
Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.