Friday, December 2, 2011

TOMYAM PUTIH


BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil isi ayam
6 ekor udang kertas
1 mangkuk sederhana bunga kobis (disiang dan direndam bersama air garam, ditoskan)
1 mangkuk kecil cendawan telinga (dipotong kecil, direndam sehingga lembut)
3 akar ketumbar (diracik halus)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut (disiat)
1 biji bawang besar (dipotong baji)
cili api mengikut citarasa (dibelah dua)
sos ikan secukupnya
1 sdk serbuk pati ayam
jus limau kasturi secukupnya
air secukupnya
CARA-CARA :
Masukkan secukupnya air ke dalam periuk . Didihkan bersama ayam, bawang, serai dan juga akar ketumbar.

Kemudian masukkan cendawan telinga dan juga udang. Masak lagi sehingga mendidih.

dan cendawan lembut. Tambahkan bunga kobis dan juga perasa.

Masukkan juga cili api mengikut kepedasan yang diingini. Sup ini tidak memerlukan garam kerana sos ikan sudah masin. Sebelum diangkat masukkan jus limau kasturi.

Sedia dihidangkan.

4 comments:

  1. follower ke88 melapor diri..aisey, tomyam mmg peberet sy ..tgok gmabo ni, dan2 terliur..

    ReplyDelete
  2. pen biru follower ke 88, sya plak follower ke 89 melaporkan diri..heheh..(pinjam ayat pen biru )

    singgah sini tgk resepi tomyam putih...ramai yg guna sos ikan...kena bli gak ni..sya x pernah beli n guna sos ikan dlm masakan

    ReplyDelete
  3. salam pen biru...makasih ye sbb sudi follow dapur akak yang comot nie...pepepon akak nak pantun sikit..
    "PEN MERAH PEN BIRU..U MARAH I LUV U...HA..HA..HA..."
    ingat nostalgia zaman 80'an dulu....

    ReplyDelete
  4. buat Intan..timakasih bebanyak ye sudi singgah n follow dapur akak nie.....
    sos ikan nie banyak gunanya Intan...akak kalau buat kerabu mangga ke..epal ke...mesti nak sos ikan...tapi jangan letak garam tau..nanti kene darah tinggi...kuang..kuang..kuang...kalau masak kari siam pun guna sos ikan gak...

    ReplyDelete