Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: "Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau": melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 2 ekor ikan kembung bersaiz besar
- segenggam kelapa parut muda
- 1 biji telur
- 10 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 sdk lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
- beberapa helai daun kesum (dihiris)
- minyak untuk menggoreng
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Bersihkan ikan,buang tulang tengahnya dan korek isinya dengan menggunakan hujung sudu.Hati-hati supaya kulitnya tidak terkoyak.
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,lada hitam dan kelapa parut.Campurkan isi ikan yang dikikis dan tumbuk semula sehingga sebati.
- Masukkan telur,bahan perasa dan daun kesum.Sumbatkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam kulit ikan.
- Panaskan minyak dan goreng solok ikan hingga garing.
- Enak dihidangkan dengan sos.
No comments:
Post a Comment