Lagi contoh hidangan biasa...hidangan kampung yang xjemu dijamah. Masak lemak kuning sotong inti pulut, tumis sawi dan udang, ikan kerisi goreng dan juga ikan gelama jeruk yang membuka selera. Bismillah....
Sunday, January 25, 2015
Aglio olio
BAHAN-BAHAN :
1 paket spaghetti (direbus bersama sedikit garam,tos)
udang, sotong dan lala secukupnya
1 labu bawang putih (cincang)
5 biji tomato mengkal (cincang)
1 genggam daun sup
chili flakes udang kering secukup rasa (ada dijual di supermarket, jenama Mae Pranom)
perahan limau kasturi secukup rasa
garam secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang cincang hingga wangi.
Masukkan udang, sotong dan lala.
Kacau rata.
Masukkan pula tomato yang telah dicincang tadi.
Kemudian tambahkan spaghetti, garam dan juga daun sup.
Sebelum diangkat, taburkan chili flakes dan perah limau sejurus sebelum menghidang.
Cik mek molek
Dah kenyang makan nasik, minum petang makan cik mek molek pulak.
Memang molek untuk menambah saiz pinggang anda seperti apa yang makcik buat sekarang..hu...hu.....
nak resepi...rasanya ada kat sini.
Biasa-biasa je.....
Lagi contoh-contoh menu tengahari....
asam pedas ikan pari, ayam goreng kunyit, ikan masin, ulam pucuk janggus a.k.a gajus.
Korang xteringin ke.....
Roti sardin
Roti sardin celup telur...saja nak perabihkan stok roti sebelum berkulat.
Tak baik membazir kann...kann......
Nasi minyak berjagung
BAHAN-BAHAN :
3 c beras basmati (direndam selama 30min didalam air bersama sedikit garam, toskan)
secukupnya air untuk merebus beras
2 helai daun pandan (carik dan simpul)
2 tbsp mentega
1/3 c susu cair
4 tbsp biji jagung @ jagung krim
garam secukup rasa
sedikit air rebusan untuk merenjis
beberapa titis air mawar
BAHAN TUMIS :
2 tbsp butter +sedikit minyak
1 inci halia (hiris)
5 ulas bawang merah (hiris)
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
CARA-CARA :
Panaskan air secukupnya di dalam periuk,biar mendidih.
Setelah mendidih, masukkan beras yang telah ditos dan rebus selama lebih kurang 10 minit @ setengah masak.
Toskan beras dan simpan sedikit air rebusan.
Sementara itu, panaskan mentega dan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan tumis bersama daun pandan simpul hingga wangi.
Masukkan garam secukupnya. Kacau lagi.
Masukkan beras dan gaul rata.
Tambahkan jagung, susu cair dan percikkan sedikit air rebusan jika perlu.
Renjiskan air mawar dan letakkan 2 tbsp mentega di atas nasi.
Dengan menggunakan api yang kecil, tanak nasi sehingga masak dan berderai.
Biasa-biasa je....
Tak tau nak masak apa tengahari ni....ni dia contoh-contoh menu ringkas. Xpayah pening-pening nak memikior. Ada ayam percik untuk anak-anak, ikan bakar tawar cicah air asam untuk mak bapak, kacang panjang goreng dan ulam pucuk gajus dengan timun.
Jemput.
Thursday, January 22, 2015
Kuih kaswi
Dah pernah kasi resepi kuih ni...kat sini. Kuih yang xpernah jemu dimakan sampai bila-bila.
Cuba jangan xcuba ye anak-anak.
Sebelum dikukus....
Selepas dikukus.....
Setelah dimekapkan....
Buah keriang
Sapa yang xpernah makan buah ni. Sedap wooo...rendam dalam air garam pas tu makan. Rasa kelat2 pas tu masin. Nostalgia sungguh. Payah dah nak jumpa buah hutan ni...ni pun masa balik Kedah hari tu jumpa kat pasar malam Simpang Kuala. Mahal dah la ni..sebakul kecik 5 ringgit.
Ikan celup tepung...enak dimakan begitu sahaja.....
BAHAN-BAHAN :
1/2 c tepung beras
1/2 c tepung jagung
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
1/2 tbsp serbuk kari
garam secukup rasa
ikan kembung secukupnya
secukupnya air untuk membancuh adunan
minyak untuk menggoreng
CARA :
Bancuh adunan jangan terlalu cair.
Panaskan minyak.
Celup ikan ke dalam adunan.
Gunakan hujung jari untuk merenjis adunan tepung di atas ikan.
Goreng sehingga garing.
Sedap dicicah bersama cili sos @ dinikmati bersama nasi kerabu.
Biasa-biasa aje.....
Takde idea nak masak apa hari ni...masak aje la yang simple2 cenggini. masak lemak ayam dan kentang, kailan sos tiram, telur dadar dan sambal belacan. Senangkan...kann....
Nasi ayam ringkas
BAHAN-BAHAN NASI :
2 pot beras
3 pot air rebusan ayam
1 tbsp stok ayam
2 helai daun pandan (simpul)
garam secukup rasa
****masak seperti biasa****
BAHAN UNTUK STOK :
2 tbsp mentega
3 ulas bawang merah +2 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia tua (ketuk)
1/2 ekor ayam
daun sup dan daun bawang
air secukupnya untuk memasak nasi dan sebagai sup
BAHAN UNTUK AYAM PANGGANG:
1/2 ekor ayam yang direbus
3 ulas bawang merah+2 ulas bawang putih(kisar)
1/2 tbsp oregano
2 tbsp madu
sedikit maggi seasoning
garam secukup rasa
2 tbsp mentega
****semua bahan digaul sebati, perap sebentar dan panggang****
BAHAN LAIN :
sos cili pencicah "Mae Pranom"
kicap manis (makcik menggunakan kicap BANGO)
tomato, timun dan daun salad
Menu simple khususnya untuk anda yang sibuk...yang pasti...rasanya tidak mengecewakan.
Tuesday, September 30, 2014
Kway teow sup lada hitam
BAHAN-BAHAN :
4 keping kway teow halus kering (rendam dan rebus hingga lembut, toskan)
400 g udang direbus bersama 8 gelas air (buang kulit, simpan air rebusan)
8 biji bebola ikan saiz besar (hiris)
8 ulas bawang putih +1 tbsp lada hitam (tumbuk)
1 paket sawi (dicelur)
2 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
1/2 senduk sos tiram Nona
1 senduk kicap cair
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
limau kasturi, daun sup dan daun bawang (untuk tabur)
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk.
Setelah wangi dan garing, tuangkan air rebusan dan masak hingga mendidih.
Masukkan sos-sos dan gaul rata.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Kemudian tambahkan bebola ikan yang telah dihiris.
Renihkan sekejap dan bolehlah dihidangkan bersama bahan pelengkap.
Koleh kacang hijau
Teruja x korang tengok kuih ni. Makcik guna resepi yang selalu makcik buat walaupun makcik ada 2, 3 resepi untuk koleh kacang nie. NI antara resepi terbaik di antara yang terbaik.
Resepinya ada kat dapur makcik yang no 2 ni
Gerenti xkechiwa.....kalau buat meniaga pun ok gak ni. Untuk taik minyak tu korang lebihkanlah santannya..kalau x ciput je dapat.
Makcik guna tepung kacang hijau cap Kijang...lebih lazat dan beraroma...(promosi nampak ekk) Kalau korang masak jangan lupa hantar kat makcik sikit wokesss....
Monday, September 29, 2014
Mi goreng basah
Mi goreng basah...selalu sangat masak mi ni. Nanti korang cek la ye mi-goreng-basah..makcik nak kongsi gambar je ni.
Kek cawan oren
kek ni dah lama buat sebenarnya....sampai dah lupa letak kat mana resepinya. Kek ni sedap makan panas-panas sebab tak gebu sangat. Tapi bagi makcik sedap laa..nanti kalau dah jumpa resepi makcik update ye.
Kangkung asam rebus ikan kembung
BAHAN-BAHAN :
1 ikat kangkung
2 ekor ikan kembung
3 gelas air
beberapa keping asam keping (ikut citarasa)
garam secukup rasa
DIKISAR :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering rebus
sedikit belacan
CARA-CARA :
Masukkan air, asam keping dan bahan kisar di dalam periuk.
Renihkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan kembung dan kangkung.
Masak hingga mendidih sekali lagi.
Sedia dihidangkan.
Biasa-biasa je.......
Besok korang nak masak apa?....masak la yang simple2...menu kampung lagi makan bertambah-tambah. Ni antara contohnya, ada asam rebus kembung bersama kangkung, ikan kembung dan terubuk masin goreng, drummet ayam berempah (ala yang dlm paket tu) dan ulam-ulaman dan sambal belacan.
Biasa-biasa je......
Makanan biasa untuk orang biasa...ikan kembung goreng berempah @lada hitam, ikan goreng dan sup pak choy (tapi ngaper ye udang lagi banyak dari pak choy hu..hu...hu...)
Tumis sotong dan kobis
Resepi biasa aje...bukan istimewa pun. Tapi alang2 nak letak gambar kita bagi la rencah2 sikit ye. Korang agak2 la ye.
Macam biasa juga...bawang putih, bawang merah, halia (tumis)
sotong, kobis bunga, kobis...letak sos tiram, serbuk lada sulah, air sekadarnya. dah siap. Mudahkan memasak anak-anak darling.....
Subscribe to:
Posts (Atom)