Tuesday, April 11, 2017

Pais Ikan Kembung & Mangga

 
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan mambong (belah belakang)
1 biji mangga mengkal (cincang halus)
garam/gula
daun pisang & aluminium foil (untuk membungkus)

DIKISAR :
5 tangkai cili merah
1 cm belacan
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar sederhana

CARA-CARA :
Gaul bersama semua bahan dan perasakan secukupnya.
Sumbat bahan pais pada ikan.
Bungkus dengan daun pisang yang telah dilap dan dilayur.
Kemudian bungkus sekali lagi dengan aluminium foil.
Bakar ikan di dalam ketuhar @ di atas pemanggang.
Enak dinikmati bersama air asam @ sambal kicap.

Saturday, April 8, 2017

Tart Nenas Gulung

 
 BAHAN-BAHAN :
200g tepung gandum
25g gula halus
150g mentega
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
inti nenas secukupnya, dibulatkan (boleh didapati dikedai menjual bahan bakeri)
1 biji kuning telur +1 tsp susu segar (sapu atas biskut)

CARA-CARA :
Campurkan kesemua bahan doh dan uli sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan samperit,tekan,  isi inti dan gulung.
Susun ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar hingga masak.
Suhu ketuhar berbeza-beza. Ketuhar saya menggunakan suhu 150'c dan dibakar selama 15 minit.


Friday, April 7, 2017

Masak Lemak Kobis Telur Pecah

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kobis saiz kecil (potong sederhana besar)
1 labu bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai (ketuk)
sedikit lada hitam
500ml santan
2 biji telur ayam
garam

CARA-CARA :
Tumbuk bawang bersama halia dan lada hitam.
Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan santan.
Masukkan juga kobis dan serai.
Masak di atas api sederhana dan kacau selalu.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Setelah kobis agak layu, pecahkan telur di tengah-tengah periuk.
Jangan dikacau.
Setelah telur masak bolehlah dimatikan api.
Enak dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan.

Thursday, April 6, 2017

Kari Ayam Nyonya

 BAHAN-BAHAN :
5 ketul ayam
2 biji kentang (potong sederhana)
1 Tbsp serbuk kari daging
1 Tbsp marjerin
1/2 Tbsp minyak 
1 C yogurt
2 C air
garam/gula

DIKISAR :
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
1 cm halia
1/2 cm kunyit hidup
2 tangkai cili merah
secubit belacan

CARA-CARA :
 Panaskan minyak dan marjerin di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan masak sehingga garing.
Kemudian masukkan kepingan ayam dan juga kentang.
Masak sehingga ayam lembut.
Tuangkan air sedikit demi sedikit.
Akhir sekali masukkan yogurt dan perasakan secukupnya.
Setelah ubi kentang empuk, bolehlah dimatikan api.
Enak dicicah bersama pulut kuning @ dinikmati bersama nasi.


Wednesday, April 5, 2017

Masak Lemak Cili Api Keli Salai Bersama Rebung

 BAHAN-BAHAN :
6 ekor ikan keli (bersih, salai di atas bara @ di dalam oven)
500ml pati santan
sepuluh tangkai cili api @ lebih
3 batang serai (ketuk)
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
secukupnya jus limau kasturi
garam kasar sebagai perasa
sedikit rebung yang telah direbus

CARA-CARA :
Tumbuk cili api bersama kunyit sehingga hancur.
Masukkan ke dalam periuk bersama serai, santan, asam keping dan juga ikan.
Renihkan di atas api perlahan dan kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
Tambahkan rebung, dan perasakan secukupnya.
Sebelum diangkat dari api, perahkan jus limau kasturi.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Tuesday, April 4, 2017

Mi Sup Ayam Kicap

 
 BAHAN-BAHAN :
Pan mee @ mi telur secukupnya (rebus, tos)
1 keping dada ayam bertulang
1 1/2 liter air
4cm halia (ketuk)
1 Tbsp serbuk pati ayam
serbuk lada hitam
1 labu bawang putih cincang (boleh kurangkan)
5 pokok siew pakchoy (celur 10 saat, rendam dengan air ais)
2 biji tomato (belah 6)
sedikit daun sup/daun bawang
1 Tbsp sos cili
3 Tbsp kicap manis
2 Tbsp sos tiram
1 C sup ayam
gula/garam
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
 Tuangkan air ke dalam periuk.
Masukkan halia, dada ayam, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Rebus sehingga ayam masak.
Keluarkan ayam, biarkan sejuk dan siat kasar.
Ketepikan.
Tambahkan daun sup dan daun bawang ke dalam kuah sup.
Perasakan secukupnya.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Tuangkan bawang putih bersama minyaknya sekali ke dalam periuk berisi sup. 
Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, masukkan tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis dan juga 1 C sup.
Renihkan sehingga tomato lembut.
Masukkan gula secukupnya. 
Tidak perlu memasukkan garam kerana kuah sup sudah diperasakan .
Untuk menghidang, masukkan sedikit mi ke dalam pinggan.
Susun siew pak choy dan siramkan kuah sup di atasnya.
Kemudian curahkan sedikit ayam kicap di atas sup.
Lebih enak dinikmati bersama sambal kicap.
Cara menyediakan sambal kicap ialah dengan menumbuk cili api bersama sedikit bawang putih, gula dan sedikit garam.
Kemudian tuangkan sedikit kicap manis.
Gaul sebati dan sedia dihidangkan.

Monday, April 3, 2017

Ayam Goreng Ala KFC

 BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam 
1/2 tsp serbuk rempah lima
1/2 tsp garlic powder
1/2 tsp serbuk cili
1 tsp serbuk pati ayam
garam secukup rasa
sedikit susu segar 
sedikit tepung jagung untuk salut
minyak untuk menggoreng terendam

CARA-CARA :
 Perap ayam bersama serbuk cili, rempah 5, serbuk bawang putih, pati ayam dan juga garam semalaman.
keesokannya celup ayam ke dalam susu dan golekkan ke dalam tepung jagung.
Ulang proses supaya tepung bersalut.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing.
Enak dihidangkan bersama sos cili.


Sunday, April 2, 2017

Biasa-biasa je.....

 
Lauk biasa-biasa aje....rasa-rasa terliur tak????

Kepak Ayam Goreng Berempah


 BAHAN-BAHAN :
5 ketul kepak ayam (potong 2)
1/2 Tbsp serbuk garam masala
1 Tbsp serbuk kari ayam
1 tsp serbuk cili
1/2 Tbsp serbuk pati ayam
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

CARA-CARA :
Perap ayam bersama semua bahan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing tetapi masih berjus.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ dicicah sos begitu sahaja.

Saturday, April 1, 2017

Pajeri Terung


 BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang (potong 2,belah 4 tidak putus)
3 Tbsp serbuk kari ikan
1/2 C yogurt tanpa perisa
1 1/2 gelas air
1 labu bawang besar
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 Tbsp ikan bilis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji pelaga
 5 kuntum bunga cengkih
garam/gula
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Kisar bawang, halia dan ikan bilis separuh hancur.
Ketepikan.
 Sementara itu panaskan minyak untuk menumis dan tumis kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan juga cengkih sehingga terbit aroma.
 kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan 
 masak sehingga wangi.
 Masukkan serbuk kari dan sedikit air
 Kacau dan tunggu
 sehingga rempah garing dan keluar minyak.
 Tuangkan air yang selebihnya dan masukkan juga terung.
 Gaul rata, tambahkan yogurt dan 
 masak sehingga mendidih.
Perasakan secukupnya dan masak sehingga kuah pekat.
Enak dihidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng.

Friday, March 31, 2017

Kobis Goreng

 BAHAN-BAHAN :
1/4 biji kobis kecil (hiris)
1/2 batang lobak merah (hiris mancis)
1 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
1/2 tangkai cili hijau (hiris)
1/2 tsp serbuk pati ayam
serbuk lada sulah /garam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
Masukkan lobak merah, gaul rata.
Kemudian masukkan kobis dan masak sehingga kobis lembut.
Jika suka boleh masukkan sedikit air.
Tambahkan cili hijau dan perasakan secukupnya.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Thursday, March 30, 2017

Nasi Goreng Daun Bawang

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
2 pokok daun bawang (hiris)
2 biji telur
1/2 tsp serbuk pati ayam
1 Tbsp sos tiram Nona
garam
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili api
1 inci belacan
2 Tbsp ikan bilis

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
Masukkan sos tiram.
Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau sehingga telur berketul.
Tambahkan nasi, daun bawang dan perasakan secukupnya.
Setelah sebati, sedia dihidangkan.



Wednesday, March 29, 2017

Tauge Tumis

 BAHAN-BAHAN :
200g tauge (buang ekor, bersihkan)
1/2 batang lobak merah (potong mancis)
1/2 tangkai cili merah (hiris)
1 pokok daun bawang (hiris)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang sehingga layu.
Masukkan lobak merah dan masak sehingga lembut.
Tambahkan tauge, daun bawang, cili dan juga bahan perasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Ungkep Ayam Dan Rebung

 
 BAHAN-BAHAN :
6 ketul paha ayam
1 mangkuk kecil hirisan rebung segar (rebus)
2 batang serai (titik)
sedikit air
pati asam jawa secukup rasa
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
5 tangkai cili api
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm kunyit
1 Tbsp ketumbar biji (sangai)
1 Tbsp biji jintan manis (sangai)

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Tambahkan air dan rebung.
Masak sehingga ayam lembut.
Kemudian masukkan pati asam jawa, garam dan juga gula.
Masak sehingga kuah pekat.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan juga ikan masin.

Tuesday, March 28, 2017

Tumis Kobis Cina

 
 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kobis cina saiz kecil (hiris)
1/4 labu bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 Tbsp ikan bilis padi
2 gelas air
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam/serbuk lada sulah
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga terbit bau.
Masukkan kobis, ikan bilis dan juga air.
Masak sehingga kobis lembut.
Akhir sekali tambahkan bahan perasa dan matikan api.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

Monday, March 27, 2017

Spaghetti Goreng

 BAHAN-BAHAN :
1 paket spaghetti (rebus 3/4 masak, tos)
1 botol sos spaghetti Kimball
10 ekor udang besar (belah 2)
10 ekor sotong (hiris bulat)
1 paket cendawan shimeji
3 Tbsp sos cili kimball
sedikit air 
1 labu bawang Holland (dadu)
3 pokok daun bawang (hiris)
2 biji tomato masak (dadu)
garam/gula/serbuk lada hitam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang sehingga layu.
Masukkan sos spaghetti, sos cili dan juga tomato.
Kacau rata.
Kemudian tambahkan udang, cendawan dan sotong.
 Masak sehingga kecut
Tuangkan sedikit air dan juga bahan perasa.
Renihkan sebentar.
Masukkan spaghetti dan juga daun bawang.
Kacau sebentar dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, March 26, 2017

Kerabu Jantung Pisang

 BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang sederhana besar (rebus bersama garam dan sedikit cuka)
3 ekor ikan lolong @mata besar (rebus)
1/4 C air rebusan ikan
8 tangkai cili api @ lebih (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
3 tangkai daun kesum (racik halus)
sedikit isi kerang rebus
1/2 kotak santan KARA
1 Tbsp kerisek kelapa
1 tsp belacan bakar
1 tsp lada hitam (sangai &tumbuk)
jus limau/ cuka secukupnya
garam/gula

CARA-CARA :
Hiris halus jantung pisang dan toskan.
Tumbuk isi ikan rebus dan ketepikan.
Didihkan santan bersama air rebusan.
Matikan api.
Masukkan belacan bakar, kerisek dan bahan-bahan lain.
Gaul rata dan perasakan.
Bubuh jantung pisang ke dalam mangkuk besar.
Curahkan kuah santan dan isi ikan rebus.
Sebatikan dan sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan ulaman.

Naluri Cinta......


Saturday, March 25, 2017

Daging Goreng Petai

 
BAHAN-BAHAN :
300g daging (hiris nipis, rebus lembut)
2 papan petai (belah 2)
3 ulas bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
2 biji tomato masak (belah 6)
2 Tbsp pes tomyam
1 Tbsp sos tiram Nona
sedikit air rebusan
garam/gula
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih & bawang besar sehingga wangi.
Masukkan pes tomyam, sos tiram dan juga daging.
Tuangkan sedikit air rebusan.
Renih sehingga kuah pekat.
Tambahkan petai, cili hiris dan tomato.
Masak sehingga petai layu tetapi masih rangup.
Perasakan secukupnya.
Jika suka boleh masukkan sehelai daun limau purut.
Sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.