BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3 Tbsp rempah gulai nasi dagang cap Rose
500ml santan pekat
1/2 jag blender air
10 tangkai cili api
asam keping untuk merebus ikan (+-7 keping)
belimbing buluh sekiranya ada
gula melaka dan garam bukit secukup rasa
minyak kelapa untuk menumis
DIKISAR :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
3 hiris nipis lengkuas
1 Tbsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis biji
1 tsp jintan putih biji
5 biji buah keras
segenggam cili kering rebus (ikut suka)
CARA-CARA :
Potong ikan aya dan rebus bersama asam keping, garam kasar dan gula melaka.
Ketepikan. (Lebih enak jika direbus sehari sebelumnya)
Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan rempah nasi dagang yang telah dibancuh bersama sedikit air.
Masak lagi sehingga rempah garing.
Kemudian masukkan air dan separuh santan pekat.
Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan sedikit air rebusan.
Gaul rata.
Kemudian tambahkan baki santan, cili api dan belimbing buluh jika ada.
Perasakan secukupnya.
Jika suka boleh juga memasukkan 1 @ 2 asam keping daripada rebusan ikan.
Setelah kuah agak pekat bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.
***REMPAH CAP ROSE HANYA TERDAPAT DI TERENGGANU, ANDA BOLEH MENGGANTIKAN DENGAN REMPAH KARI BIASA TETAPI RASANYA AKAN BERBEZA***
No comments:
Post a Comment