Apabila iblis berdiri depan Rasulullah s.a.w. maka baginda pun bertanya :"Siapakah kamu?."
Lalu iblis laknat berkata :"Aku adalah iblis yang dilaknat oleh ALLAH."
Berkata Rasulullah s.a.w.:"Kenapa kamu datang kemari."
Berkata iblis laknat :"Aku kemari adalah atas perintah ALLAH s.w.t. untuk menjawab segala pertanyaan kamu."
Rasulullah s.a.w. mulakan pertanyaan :"Wahai iblis katakan kepadaku berapa banyakkah musuhmu dari umatku?" Berkata iblis laknat :"Musuhku yang terdiri dari umatmu itu ada 15 antaranya :
- Engkau sendiri adalah musuhku.
- Imam pemimpin yang adil.
- Orang kaya yang merendahkan diri kepada ALLAH s.w.t.
- Peniaga yang jujur.
- Orang alim yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.
- Orang mukmin yang sentiasa memberi nasihat (ahli nasihat).
- Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu dengan lain.
- Orang yang sentiasa bertaubat.
- Orang yang sentiasa menjauhkan diri dari segala yang haram.
- Orang mukmin yang sentiasa bersuci.
- Orang mukmin yang sentiasa menyedekahkan hartanya kerana ALLAH (dermawan).
- Orang mukmin yang bagus akhlaknya.
- Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang.
- Orang yang menghafal Al-Quran dan sentiasa membacanya.
- Orang yang bangun malam mengerjakan sembahyang ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
"Wahai iblis laknat, katakan kepadaku berapa banyakkah rakan-rakanmu dari umatku?" Berkata iblis laknat :"Rakan-rakanku yang terdiri dari umatmu ialah 10 antaranya :
- Hakim yang menganiaya, iaitu tidak jujur dan tidak berlaku adil.
- Orang kaya yang sombong dan bongkak.
- Peniaga yang khianat, suka menipu dalam urusan jual beli.
- Peminum arak.
- Orang yang suka memutuskan tali persaudaraan.
- Orang yang mengumpul harta dari jalan riba.
- Orang yang berlaku khianat memakan harta anak yatim.
- Orang yang memandang ringan dalam hal mendirikan solat (suka melambat-lambatkan solat).
- Orang yang enggan mengeluarkan zakat.
- Orang yang sangat suka berkhayal.
No comments:
Post a Comment