Thursday, December 29, 2011
Tuesday, December 27, 2011
DUA MALAIKAT MEMBERSIHKAN JIWA NABI
Pada suatu hari Halimah Assa'diyah menunggang seekor keldai dan suaminya menunggang unta betina, ia pun berangkat menuju kota Makkah bersama dengan wanita-wanita tukang susu yang lain. Kerana kebiasaannya wanita-wanita Arab Quraisy pergi ke tempat yang jauh untuk mencari penghasilan yang lebih. Mereka berusaha mencari anak-anak orang kaya untuk mengambil upah menyusukan mereka.
Friday, December 23, 2011
BARSHISHA MATI DALAM KEADAAN KAFIR
Ada seorang abid (ahli ibadah) dari golongan Bani Israel yang sangat masyhur kealimannya bernama Barshisha. Kemasyhurannya tersebar ke seluruh negeri. Tiap-tiap hari orang berduyun-duyun datang ke tempat "uzlahnya" untuk menuntut ilmu dengannya.
Thursday, December 22, 2011
JERUK CELAGI DAN KEHILANGAN YANG AMAT DIRASAI.....
Assalamualaikum buat pengunjung2 yang sudi bertandang ke dapur Nasya.
Nasya mintak maaf banyak2 sebab lama xbergoblog...bukan disengajakan tetapi patah kaki rasanya setelah kehilangan sesuatu yang amat dikasihi dan disayangi walaupun harganya tidak seberapa tetapi mempunyai sentimental value dan sangat2 bermakna buat Nasya.
Kerana kecuaian Nasya sendiri...kamera Nasya dah pun meninggalkan Nasya buat selamanya....
uhuk...uhuk....xlalu makan...teringat2 sebab kamera comot itulah yang banyak memberi tunjuk ajar dan perangsang untuk Nasya bergoblog....
Kepada sesiapa yang mengunjungi I CITY kat Shah Alam tu kalau ada terjumpa kamera OLYMPUS FE-190 tu kalau sudi bolehlah pulangkan....kalau tak..xapalah...xde rezeki...iskh...iskh...iskh....
Ok lah xpayahlah Nasya sedih2 lagikan benda dah terjadi..
Anyway....kawan2 tau x gambar apa kat atas tu...tu lah jeruk buah asam jawa atau kat kelantan panggil celagi. Sedapnya...mak aiii...dah lama sebenarnya ngidam nak makan nie..masa balik kb hari tu pegi pasar Siti Khadijah xde pun. Lepas tu minggu lepas kakak datang menziarah dia belikan lah..umphh sedapnya manis..masam...pedas...meloncat2 kat dalam tekak...Anda terliur tak??
mintak maaf ye gambar kurang cantik sebab guna hp jerr..
Wednesday, December 21, 2011
JIBRIL DAN DUA BELAS RIBU MALAIKAT MENEMUI RASULULLAH DI BUKIT ABI QUBAIS
Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib Ibnu Malik di kota Syam. Orang-orang Arab menggelarnya "Raihanah Quraisyin".
Subscribe to:
Posts (Atom)
