Sunday, May 15, 2011

Moi



  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 pot beras
  • 7 pot air 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Masak didalam periuk elektrik sehingga nasi hancur. Kacau selalu.
TUMIS CENDAWAN
  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 paket cendawan
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sos tiram dan garam secukup rasa
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Semua bahan ditumis. 

IKAN MASIN GORENG

  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 2 keping isi ikan yu masin (didadu dan direndam air)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
  • 1 biji cili merah(dihiris)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • sedikit serbuk pati ayam  
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Semua bahan ditumis bersama sedikit minyak.

Sayur warna-warni


  •  BAHAN-BAHANNYA :
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang karot (dihiris bulat)
1/2 paket cendawan tiram (disiat)
1/4 biji kobis ungu (dihiris nipis)
sedikit kacang pea
1 biji cili hijau (dihiris)
sos worchestershire dan serbuk pati ayam secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan karot dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan cendawan. Tunggu hingga karot lembut dan air cendawan kering. Kacau rata dan masukkan lain-lain sayuran.
  3. Akhir sekali, masukkan bahan perisa dan sebatikan. 
  4. Angkat dan sedia dihidang.  

Puding karamel milo



  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 6 biji telur
  • 2 sachet milo 3 in 1
  • sedikit esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan air
  • gula hangus secukupnya
  • sedikit spray oil untuk melengser acuan 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Panaskan pengukus di atas api yang sederhana besar. Sementara itu, lengser acuan dengan spray oil dan masukkan gula hangus. Biar gula sedikit keras.
      2. Masukkan semua bahan-bahan untuk puding ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga milo hancur. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga puding masak. 
      3. Sedia dihidangkan.

Cokodok bilis gebu

SUMBER : Dah lupa dah amik kat mana tapi otai-otai semua dah buat. Nasya ikut laaaa tapi main agak-agak je sukatan tu. Sesiapa yang nak mencuba boleh la ke dapur otai kat bawah. Terima kasih kepada tuan punya resepi asal.

  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • lebih kurang 1 cawan nasi
  • tepung gandum secukupnya (dalam 2 1/2 cawan)
  • segenggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Kisar semua bahan-bahan. Lepas tu goreng....dah siap cokodok. Makan ngan air kopi.

Saturday, May 14, 2011

KHASIAT DAN KELEBIHAN SUSU IBU

  1. Susu awal dinamakan kolostrum dan ianya berwarna kuning sewaktu mula-mula bayi dilahirkan. Protein yang terkandung tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa.
  2. Ia mengandungi antibodi yang tinggi melebihi sel darah putih.
  3. Kolostrum bertindak sebagai imunisasi awal dan semua ibu digalakkan kerap menyusu anak mereka saat awal kelahiran.
  4. Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit, selsema dan radang paru-paru.
  5. Susu ibu mengandungi zat makanan dan vitamin yang sesuai dan mencukupi khusus untuk bayi mereka. Ia juga berubah mengikut keperluan bayi membesar. Apa yang istimewa, susu formula tidak dapat disamakan dengan susu ibu sehingga hari ini.
  6. Susu ibu mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
  7. Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Ia mengandungi antibodi yang mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
  8. Masalah bayi kembung perut boleh diatasi dengan memberi susu ibu. Ini kerana terdapat bahan yang dinamakan Bifidus faktor membantu bakteria Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan cirit-birit.
  9. Susu ibu berjaya menentang  jangkitan penyakit biasa seperti lelah, ekzema dan sembelit.
  10. Susu ibu mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan IQ bayi yang mendapat susu ibu mampu mencecah tahap 7 hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
  11. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa elok walaupun bayi tidak menyusu selama beberapa hari. Sebaliknya susu tepung akan masam dan rosak selepas beberapa jam.

Lamb chop bersama salad kentang


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 4 keping lamb chop (dicuci bersih, direndam bersama sedikit air limau kasturi, toskan)
  • sedikit honey, mustard and herb marinade (boleh dibeli di tesco) perap selama 5 jam
  • sedikit olive oil
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Masak di atas api yang perlahan sehingga daging masak tetapi masih berjus.
    SALAD KENTANG :-)




    •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
    • 4 biji kentang (direbus empuk dan didadu)
    • sedikit mayonis
    • sedikit lada sulah 
    • sedikit serbuk paprika untuk ditabur di atas
    • sedikit kobis ungu (dihiris halus) 
    • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    • semua bahan di campur bersama kecuali kobis ungu. Masukkan sedikit garam jika perlu.

    • BAHAN SOS :-)
    • 1 sdb serbuk sos perang jenama knorr
    • 1 cwn air
    • 3 sdb sos lada hitam
    • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    • Semua bahan dimasak di atas api yang perlahan hingga mendidih.