Tuesday, April 5, 2011

roti kukus (hidangan bawean)

Sumber : Majalah Saji
Diolah semula oleh NaSya


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 biji telur
  • 1 batang roti perancis @ sebarang jenis roti yang keras
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 cawan gula (nasya letak 1 1/2 cawan je)
  • 1/4 cawan air daun pandan (nasya guna 5 helai d.pandan,kisar dgn santan lps tu tapis)
  • sedikit pewarna hijau
  • secubit garam
  • CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Potong roti menjadi 12 keping.
      2. Pukul telur dengan gula sehingga hancur kemudian masukkan santan, air daun pandan, garam dan pewarna hijau. Kacau rata.
      3. Rendamkan kesemua roti dalam campuran santan biarkan hingga meresap.
      4. Sediakan acuan yang sudah berleser minyak aturkan roti.
      5. Kukus selama 20 minit.
      6. Setelah masak, nasya bakar sebentar hingga bahagian atas garing seperti bingka.
      7. Sedia untuk minum petang.

sup daging ringkas


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 400 gm daging (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 1 biji kentang (potong 8)
  • minyak untuk menumis
  • 1 bunjut sup tulang
  • lada hitam secukupnya
  • 5 labu bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 3 cm halia (hiris)
  • 2 1/2 gelas air
  • daun sup dan daun bawang
  • jus limau kasturi
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga wangi dan terbit aroma.Masukkan air, daging dan rempah bunjut tunggu hingga air mendidih.
    2. Masukkan kentang, lada hitam dan bahan perasa.Masak sehingga mendidih  dan tunggu hingga daging empuk dan kentang lembut.Masukkan tomato. Jangan lupa untuk membuang buih-buih yang timbul agar sup kelihatan jernih dan cantik. Sebelum menghidang tabur daun sup dan daun bawang. Perahkan sedikit air limau kasturi.
    3. Bolehlah dihidangkan.  

pepes ikan

Sumber : http://yenismurty.blogspot
Diolah semula oleh NaSya




  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 12 ekor ikan saiz sedang (nasya guna 6 ekor je)
  • daun selasih secukupnya (nasya letak segenggam)
  • daun limau purut (nasya letak 4 helai)
  • 10 gm udang kering (direndam, tos dan kisar)
  • cili api secukupnya
  • garam
  • daun pisang
  • DIKISAR :-)
  • 15 gm cili
  • 4 biji buah keras
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan pengukus.
    2. Ambil daun pisang, susun daun limau purut dan daun selasih.Letakkan sedikit bahan kisar diikuti ikan kemudian ikuti langkah yang sama. Bungkus ikan dan kukus sehingga ikan masak lebih kurang 30 minit.
    3. Bila sudah masak, boleh juga dibakar sebentar di dalam oven.

maggi rebus ala maksue


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 bungkus maggi perencah kari
  • 3 batang sawi bunga (dihiris)
  • 4 cili api (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • udang dan fish ball secukupnya
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 cawan air
  • jus limau kasturi
  • CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga berbau wangi.
      2. Selepas itu masukkan udang, fish ball dan perencah maggi.
      3. Bila sudah agak masak, masukkan air dan sawi. Tunggu hingga mendidih.
      4. Kemudian masukkan telur. Tunggu hingga telur keras baru masukkan mee.
      5. Masak sehingga mee lembut.
      6. Angkat dan sedia dihidang.  

menu kitar semula

Ini menu kitar semula.saja je letak gambar kat sini. Hari tu kan Nasya masak daging goreng gerek. Ada la sikit xabih, maklum le daging tu manis sikit. Xleh makan byk2. Jadinya, Nasya tumis le balik daging tu ngan cili boh, lada hitam, jintan manis, jintan putih taruk air asam jawa sikit. Makanya jadi le daging sambal ala nasik mamak. Sedap tau...nanti cuba ekkk

Monday, March 28, 2011

goreng daging gula gerek



Sumber : Masakan Tradisional Utara oleh Datuk Zakiah Hanum




  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gm daging
  • 3 camca besar minyak
  • 2 camca besar ketumbar
  • 1 camca besar air asam jawa
  • 15 biji lada hitam
  • 6 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 keping halia
  • 1/2 keping gula gerek (gula melaka)
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Potong daging setebal 1 cm. Tumbuk atau mesin ketumbar, lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia. Hancurkan gula gerek dengan sedikit air. Campurkan dengan ramuan yang telah dimesin. Masukkan air asam jawa.
    2. Gaul daging dengan ramuan. Perap selama 15 minit. Goreng hingga empuk.  

Kenangan abadi........

Almarhum bapa mertuaku (kanan) bersama almarhum Tuan guru Fadzil Noor (tengah) dan almarhum bapa saudara (kiri).Al-Fatihah buat semua...

my heroes latest pets

Baby Syabil bersama Patrick

Nabil bersama Marty

telur keju

Breakfast untuk anak-anak.Buatnya pun mudah scramblekan  4 biji telur ngan lada sulah lepas tu letak 3 keju slice...yumm...yummm