Wednesday, June 5, 2013

Bayam masak manis




 BAHAN-BAHAN :
1 ikat bayam (rendam bersama air garam, siang, cuci dan toskan)
1 biji keledek sederhana (buang kulit hiris bulat)
budu (ikut citarasa, makcik letak dlm 1 senduk budu jenama sedap)
1 tangkai cili merah (hiris)
4 gelas air
sedikit sahaja garam
DITUMBUK :
segenggam ikan bilis
1 inci belacan
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tsp lada hitam



CARA :
 Rebus keledek bersama air dan bahan tumbuk hingga keledek empuk
 tambahkan budu dan masak lagi hingga mendidih
 masukkan cili merah dan bayam yang telah ditos
masak hingga bayam layu. Rasa dahulu kuah sebelum memasukkan garam.
Sedia diangkat dan dihidangkan

No comments:

Post a Comment