Thursday, September 20, 2012

Nasi Pilaf ala Nasya



BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan beras basmati (dicuci bersih dan rendam 1/2 jam)
  • 2 ketul paha ayam
  • 1 batang karot (disagat kasar)
  • 2 sdb pati tomato
  • 2 sdb pati ayam
  • 3 sdb ghee
  • 1 labu bawang besar (dicincang)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun bay
  • 1 1/2 sdt garam
  • 4 1/2 cawan air
  • sedikit pewarna kuning untuk ayam
CARA :
Di dalam periuk, panaskan minyak sapi.

tumiskan serai dan rempah tumis hingga wangi

masukkan bawang cincang dan tambahkan garam pada langkah ini

gaul rata dan masak hingga bawang layu

kemudian campakkan ayam yang telah diseksikan ini...

balik-balikkan dan masukkan pati tomato

tuangkan 4 1/2 cawan air dan masukkan juga daun bay

jangan lupa pati ayam, tutup periuk dan renihkan hingga

mendidih dan ayam 1/2 masak

keluarkan ayam dan toskan. Sementara itu, pastikan sukatan sup adalah 3 1/2 cawan (agak2 laa)

tambahkan karot

kacau rata dan 

masukkan beras yang telah di tos

masak hingga mendidih dan 

kering

airnya. Tutup periuk dan masak lagi dengan api perlahan

kaiskan nasi dengan garfu,jika masih belum masak tunggu 5 minit lagi hingga

nasi tanak. Sementara itu,

mandikan ayam dengan sedikit pewarna kuning

gaul rata dan panggang hingga masak

nasi sedia dihidangkan bersama

acar tomato

wajah2 yang kegembiraan kerana dapat makan masakan ibu..

wow licin...xmembazir.Alhamdulillah




2 comments:

  1. as-salam Nasya
    Amboi !!! sedapnyeee..... sungguh menyelerakan nasi Pilaf tu Nasya..Perghh ..mengoda sungguh..

    ReplyDelete
  2. wslm Ady...sihat ke Dy?
    rindu kat Ady he..he..he...
    nanti jangan lupa cuba tau Dy masakan yang xseberapa nie...

    ReplyDelete