JANGAN TERLALU KERAP MAKAN DI KEDAI
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
"Amalan makan dan minum di pasar adalah sesuatu yang merendahkan martabat."
(Riwayat al-Dailami)
Wednesday, May 16, 2012
Daging burger goreng cendawan
BAHAN-BAHAN :
3 keping daging burger Ramly (dadu)
1 tin cendawan butang (potong 4)
1/2 batang karot (hiris nipis)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1/2 sdb cili kisar
1/2 biji tomato (potong 4)
1 biji bawang besar (dadu)
1 tangkai cili merah (hiris)
3 ulas bawang putih (ketuk)
sos cili dan sos tiram secukup rasa
garam dan gula (jika perlu)
sedikit minyak untuk menumis
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili giling hingga wangi.
Masukkan daging burger, karot dan cendawan. Masak hingga sayur layu.
Tambahkan sos-sos dan juga tomato. Kacau rata. Masukkan garam hanya jika perlu kerana daging burger sudah berperisa. Jika agak pekat bolehlah masukkan sedikit air.
Setelah sebati, masukkan daun bawang dan cili merah, sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama nasi atau roti.
No comments:
Post a Comment