Sunday, March 10, 2013

Pengganas Sulu iblis LAKNAT !!!!


Anggota Terselamat Cerita Pengalaman Ngeri Diserang Pengganas Suluk

Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.


Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim.

Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri.

Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain.

Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.

SUMBER : http://sentiasapanas.blogspot.com/

Friday, March 8, 2013

Makan tengahari gaya desa....jemput makan semua

 Ada yang fenin-fenin lalat tak nengok mcik asyik dok menayang menu orang kampung, mintak maap la ye kalau ada yang dah boriiing. Saja je mcik nak kasi korang sakit hati, bukan pa...mcik malas nak menaip resepi sbb hati tgh terbakor ngan si Kiram...mood nak mengarang memang xde langsung. Nanti kalau hati mcik dah kluar bunga mcik kongsikan resepi mcik yang bertimbun2 tu ye, (macam laa resepi bagus2 padahal resepi bodo jerr)Lagi satu mcik nak mintak tolong korang doa2kanlah para perajurit kita yg tengah bersabung nyawa tu ya. (Abang mcik pun ada sekali p/s 1 love u abe ju) Semoga segalanya dalam Peliharaan ALLAH SWT aminn.
sambal belacan saja laa bubuh dalam botol jem, xde laa bengang nak halau lalat selalu....jemput makan ya semua, lauk biasa je..

Menu mangkuk tingkat Jumaat, 8 Mac 2013

 Ada gulai daging dan nangka muda
 ikan kembung tiga rasa 
sup kobis dan tauhu telur...tak ketinggalan ikan masin bulu ayam, ulam timun dan semestinya sambal belacan.

Thursday, March 7, 2013

Makanan gaya desa.....tokonang maso kocik2 dulu

 Hari ni makan nasik ngan ikan tongkol singgang asam pedas bersama nenas, daging goreng bersama sos tiram, kacang panjang goreng bertauhu, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Syoknya makan, mcik cuma sentuh singgang, sambal dan ikan masin je...xreti makan 2 jenis lauk hu..hu...

Menu mangkuk tingkat Khamis, 7 Mac 2013

 Singgang asam pedas ikan tongkol bersama nenas (pedas giler sampai cokngek ekor hu..hu...) 
 daging goreng sos tiram
 kacang panjang goreng tauhu
dan yang pasti ikan masin, sambal belacan dan ulam. Hari ni makan ngan ulam raja fresh dari kebun.

Menu mangkuk tingkat Rabu, 6 Mac 2013

 Semalam punya masak-masak, kembung goreng berlada
 ayam berempah lagi
 masak lemak labu bersama daun selasih
sambal belacan dan ulam timun. Ikan masin pun wajib ada. Sambal yang ni di order oleh Jue, nak beli 5 ringgit katanya nak buat stok.

Tuesday, March 5, 2013

Udang goreng kunyit, biasa-biasa je....

Hari Ahad sudah, en suami dan anak2 p kenduri, mcik skrg ni kalau ada kenduri memang xpernah ikut sbb ye laa susahkan dengan hero kecik nie...nak makan pun xboleh. Jadik mcik masak laa simple2 untuk tekak makcik yang ekslusif nie, udang besor pemberian sahabat dari Sandakan dok ada lagi, kita buat laa goreng kunyit. Sedap woo cicah ngan cili kicap, potong bawang sikit. Tapi mcik dapat makan kulit ngan kepala je sbb hero tengah dan bongsu dah cekik dulu.....hu...hu...hu...

Lauk orang kampung lagi.....

 Jemput makan ya semua...

Menu mangkuk tingkat Selasa, 5 Mac 2013

 cendawan tumis
tomyam ayam
sup bebola ikan dan cendawan tiram
telur bungkus dan juga para pelakon tambahan, sambal belacan, ikan masin dan ulaman.

Lauk orang kampung...makan bawah pokok pisang enaknye, Ady temankan boley?

 kesian asam pedas tu dah xde kuah. Makan nasik ngan ayam goreng kunyit, ikan masin bulu ayam dan juga ulam kacang botor dan timun, sedapnya....

Menu mangkuk tingkat Isnin, 4 Mac 2013

 Lauk biasa aje, asam pedas ikan kembung
 pakchoy sos tiram 
dan ayam goreng kunyit. Pelengkapnya sambal belacan, ulam dan ikan masin

Ayam masak kicap simple

Ayam secukupnya disapu garam kunyit dan goreng 1/2 masak. Rencahnya, bawang merah, bwg putih dan halia kisar. bawang besar hiris dan cili api yang diketuk ikut suka. Kicap manis kipas udang, sos cili dan garam secukup rasa...dah siapp. Kalau nak letak sos tomato sikit pun takpe, masam manis rasanya.

Saturday, March 2, 2013

Nasi bungkus

 Buat dinner untuk 40 orang makan, simple dan lauk pujaan ramai....ayam masak kicap
 kobis goreng bersos tiram
 seb baik hero cina ngan korea x mengacau orang wat kerja
simple kan.....kannnnn...semua orang pun bole buat hu...hu...hu...

Nasi bungkus

 Masak untuk lunch tadi untuk customer seramai 40 orang. Masak biasa aje, masak lemak kobis ngan tauhu dan juga ikan cencaru bakar sumbat sambal.....mmmm cicah ngan air asam @ sambal kicap sedap weyy...

Sambal ikan bilis berpetai....rq dari Kak Nik

Kak Nik mintak tolong buatkan sambal ikan bilis berpetai, barang semua Kak Nik kasi mcik tinggal godek2 je. Tak tau laa kena ke tak ngan selera Kak Nik hu...hu....

Menu mangkuk tingkat Jumaat, 1 Mac 2013

 ayam masak merah, dalca daging, ayam goreng berempah dan pelakon pembantu yang lain...gambar xsempat nak snap pun sbb bz n letih dengan tempahan customer utk bfast, lunch dan dinner utk 40 orang makan. Berpeluh gak laa ketiak hu...hu...hu...

Wednesday, February 27, 2013

Angin sepoi2 bahasa...makan nasik bawah pokok kelapa, gedebuk kena hempap ngan tandan kelapa...sakitnyaaa

 Lauk orang kampung lagi....mcik nak tunjuk sampai korang termuntah uwekk...uwekkk, jangan pitam sudahh 
masak lemak kobis bersama fucuk dan suun, daging masak merah stail kedai tomyam, sambal belacan yang boleh bikin hidung merenyam dan juga ikan kembung sumbat sambal (belacan lagi, mmg tekak kampung hu...hu....)

Menu mangkuk tingkat Khamis, 28 Feb 2013

 Hari ni masak lauk kedai siam... daging masak merah
 gaya kampung memang xboleh tinggal, ni masak lemak kobis dengan fucuk dan suun
 sambal belacan bersama ulam timun dan pucuk janggus
ikan kembung sumbat sambal bersama dengan ikan masin. Kalau dapat budu lagi best sebenarnya makan dengan masak lemak ni tapi rasa malas nak tuang dalam mangkuk...(mmmm mcik memang mangkuk hayun hu...hu...hu....)

Kerabu jantung pisang stail Kelantan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang (rebus bersama sedikit garam dan cuka, toskan airnya dan perah)
  • 1 ekor ikan kembung saiz besar (dibakar tawar. ambil isi)
  • 1 cawan pati santan (panaskan sebentar supaya kerabu lambat basi)
  • 1 tbsp kerisek kelapa
  • secukupnya perahan jus limau nipis
  • cili api dipotong2 (ikut citarasa)
  • garam dan gula secukup rasa
DITUMBUK :

  • 1/2 biji bawang besar
  • sebesar ibu jari belacan bakar (kalau nak hidung gatal...lebihkan sikit)
  • 2 batang serai (hiris halus)
  • 1/2 tbsp lada hitam 
  • sedikit ciliapi @ cili merah
CARA :

  1. Hiris halus jantung pisang.
  2. Masukkan kesemua bahan untuk ditumbuk ke dalam lesung bersama dengan isi ikan bakar. 
  3. Tumbuk bersama dengan garam dan juga gula. Perahkan jus limau, tambahkan kerisek dan ulek dengan anak lesung sehingga sebati.
  4. Kemudian di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan jantung pisang yang telah dihiris bersama dengan pati santan dan juga bahan tumbuk.
  5. Gaul sebati (jangan lupa pakai gloves). Rasa apa yang kurang. Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili api yang telah dipotong2 seperti di atas.
  6. Selamat mencuba ya terutamanya brader Ady yang nun jauh di Kota Singa.......