Friday, October 9, 2015

Terung air asam


 BAHAN-BAHAN :
4 biji terung (belah 4, xputus....rebus bersama sedikit garam, tos )
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar
4 tangkai cili api
asam jawa secukupnya
1/2 tsp belacan bakar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air masak
 CARA-CARA :

 Hiris halus bawang, cili dan tomato. 
 campurkan ke dalam bancuhan air asam jawa. Tambahkan belacan bakar, garam dan juga gula secukup rasa.
 tuangkan air asam ke dalam pinggan yang berisi terung. 
Sedia di hidangkan bersama nasi dan ikan goreng.

Tuesday, October 6, 2015

Siakap asam boi

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap
4 inci halia tua (hiris batang mancis)
3 biji bawang putih jeruk (belah 4)
jus limau kasturi secukup rasa
6 keping asam boi merah (@secukup rasa
sedikit air gula
kicap cair @ sos ikan secukupnya
sedikit air
CARA-CARA :
Campurkan kesemua bahan dan kukus .
Sedia dihidangkan.

Sotong goreng tepung rangup

 BAHAN-BAHAN :
1/2 kg sotong (hiris panjang, lap kering)
1 c tepung beras
1/2 c tepung jagung
1 biji telur
1 tbsp serbuk kari ikan
1 tsp serbuk penaik
garam secukup rasa
air ais secukupnya
minyak untuk goreng terendam
 CARA-CARA :
Bancuh bahan bater sehingga sebati. 
Jangan terlalu pekat @ terlalu cair.
Celup sotong ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
Goreng sehingga garing di dalam minyak yang telah dipanaskan.
Sedia dihidangkan.



Sup tauhu dan cendawan

 BAHAN-BAHAN :
1 kotak tauhu telur (dadu besar)
1 kotak cendawan shimeji
air secukupnya 
1 tsp serbuk pati ayam
sedikit garam dan serbuk lada sulah
kicap cair secukup rasa
minyak untuk menumis
BAHAN HIRIS :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia


CARA-CARA :
 Tumis bahan hiris hingga wangi.
Masukkan air, tauhu dan cendawan. 
Masak hingga mendidih dan tambahkan bahan-bahan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa aje....

 Lauk kampung lagi sebagai santapan mata. Ikan pekasam goreng, daging gulai dan ulam daun selom dari kebun. Delicioussssss....

Ayam percik putih

 BAHAN-BAHAN :
 1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 kotak santan
1 c air
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
sedikit belacan
1 keping asam gelugur
1/2 tbsp tepung jagung @ tepung beras
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :
 Kisar bawang, halia, belacan dan serai bersama sedikit air.
 Masukkan ayam, santan, bahan kisar, air dan asam gelugur ke dalam kuali.
 Jerang di atas api sederhana
 sehingga agak pekat. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
 Masukkan juga tepung jagung yang telah dibancuh bersama sedikit air. Kacau rata.
 Susun ayam ke dalam mangkuk kaserol dan panggang di dalam ketuhar
 sehingga garing. Lebih enak jika dipanggang menggunakan 
 dapur arang.
Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa je......


Masak apa hari ni?? saja nak tunjuk lauk yang kita makan. Lauk biasa aje...telur dadar, ayam percik putih dan air asam terung...selamat mencuba.

Thursday, October 1, 2015

AYAM GORENG OREGANO


  BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 1/2 tsp serbuk rempah lima
1 1/2 tsp oregano kering
cili flakes secukup rasa
1/2 tbsp serbuk stok ayam
sedikit garam dan lada hitam
1 biji telur
sedikit tepung jagung
minyak untuk goreng terendam
CARA-CARA:
Perap ayam semalaman @ sekurang2nya 1/2 jam bersama rempah 5, oregano, cili flakes, stok ayam, garam dan lada hitam.
Celup ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung jagung.
Goreng terendam hingga garing dengan menggunakan api sederhana.



Roti pizza

 Lupa dah kat mana simpan resepi ni. Nanti kalau dah jumpa kita update ekk..

NASI DAGING

 BAHAN-BAHAN :
2 C beras basmati (rendam bersama air garam 40 minit)
200g daging rebus, hiris nipis
2 tbsp minyak sapi
1 tbsp rempah kurma
3 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 batang serai (ketuk)
2 tsp bawang putih kisar
3 tbsp bawang besar kisar
1 tbsp halia kisar
4 ulas bawang merah, hiris
1 tbsp serbuk pati ayam
garam secukup rasa
segenggam kismia
1 pokok batang dan daun ketumbar

CARA-CARA :
CARA-CARA :
Panaskan minyak sapi  di dalam periuk.
Masukkan kayu manis, cengkih, dan bunga lawang.
Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bawang merah hiris.
Masak hingga bawang layu.
Tambahkan serai, bahan kisar dan rempah kurma.
Kacau rata. Tambahkan sedikit air dan tumis hingga rempah pecah minyak.
Kemudian masukkan garam, serbuk pati ayam dan stok daging.
Biar mendidih.
Setelah itu, bolehlah masukkan beras, daging hiris dan masak dengan api perlahan.
Masukkan kismis, batang dan daun ketumbar setelah nasi agak kering.
Gembur-gemburkan dengan garfu plastik untuk mengelakkan nasi patah.

AIR ASAM:
Air asam jawa pekat
tomato masak (cincang)
cili api dan bawang besar (hiris)
belacan bakar
garam, gula dan jus limau nipis secukup rasa

CARA :
Campurkan kesemua bahan, jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

KERABU MANGGA DAN ULAM RAJA

BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda (hiris panjang)
1 cekak ulam raja (hiris halus)
segenggam kelapa parut putih
10 tangkai cili api
sedikit belacan
5 ulas bawang merah
1 batang serai (hiris halus, jika ada)
jus limau kasturi secukupnya
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:
Masukkan mangga hiris dan ulam raja ke dalam mangkuk besar.
Sangai sebentar kelapa parut bersama bawang, belacan, cili dan serai.
Masukkan bahan sangai ke dalam pengisar kering @ lesung.
Kisar hingga kelapa lumat.
Kemudian gaulkan bahan kisar bersama bahan ulam.
Tambah perasa dan jus limau.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.

AGAR-AGAR GULA MELAKA

 BAHAN-BAHAN :
25g agar-agar tali (basuh dan rendam sekejap)
1 c pati santan
4 c air
1 biji telur (jika suka)
gula melaka secukup manis
sedikit garam
2 helai daun pandan (simpul)

CARA-CARA :
Jerang agar-agar bersama gula melaka dan air.
Masukkan daun pandan simpul dan garam. 
Masak hingga gula hancur.
Kemudian masukkan pati santan dan tapiskan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. (jika mahu agar2 cepat keras, boleh masukkan acuan ke dalam freezer sekejap)
Tambahkan telur yang telah dipukul dengan garfu.
Sejukkan dan sedia dihidang sebagai pencuci mulut.

Saturday, August 22, 2015

Biasa-biasa aje....

 Masak lemak ayam, kailan sos tiram, telur dadar dan sambal belacan. 
Lauk simple aje...

Paku rawan goreng belacan

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk paku rawan
1 tbsp sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili api
sedikit belacan

 CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan sos tiram dan pucuk paku rawan.
Tambahkan garam dan sedikit gula jika suka.
Kacau rata dan sedia dihidangkan.




Pucuk paku rawan @ genjer

 Pucuk paku rawan...selalu ditemui di petak-petak sawah. Masa kecik-kecik dulu memang xpandang dan xmakan sayur ni sebab emak pun xpernah amik kat sawah tepi umah.
bila dah tua ni, rasa teringin lak nak mencuba macamana rasanya. So, bila pegi pasar tani nampak ada orang jual...apalagi. Itulah...kalau dapat free memang xhingin tapi bila kena bayar ni rasa sedap la pulak hi...hi....

Biasa-biasa aje....

Lauk biasa aje, sup ayam ringkas...ayam panggang enak dan juga popia goreng. 
Selamat mencuba....

Ayam panggang enak

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong)
3 tbsp madu
1 tbsp serbuk pati ayam
sedikit garam

DIKISAR :
3 batang serai
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 tangkai cili api
1/2 tbsp biji ketumbar
hujung sudu biji jintan putih
 CARA-CARA :
Perap ayam bersama semua bahan sekurang-kurangnya 4 jam @ semalaman.
Panggang di dalam ketuhar sehingga masak. 
Enak dinikmati bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Asam pedas daging berjintan

 BAHAN-BAHAN :
1/2 kg daging tetel
1 batang serai (ketuk)
1 kiub stok daging
secukupnya air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
air untuk kuah
minyak untuk menumis
2 kuntum bunga kantan (belah 4)
sedikit daun kesum

BAHAN KISAR :
segenggam cili kering (direbus)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 hiris lengkuas
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
sedikit lada hitam

 CARA-CARA :
Panaskan minyak yang secukupnya di dalam periuk.
Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
Masukkan daging tetel dan serai.
Gaul rata.
Kemudian tambahkan air asam jawa, kiub daging dan secukupnya air untuk kuah.
Masak  sehingga mendidih dan daging empuk.
Setelah itu, tambahkan bunga kantan, daun kesum dan bahan perasa secukupnya.
Renih sebentar dan bolehlah ditutupkan api.

Enak dihidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk.

Biasa-biasa aje......



Lauk yang biasa untuk orang yang biasa-biasa juga hu..hu...
orang kampung, biasa laa. Masak asam pedas ikan pari, lawankan dengan ikan masin dan ulam ...dah cukup dah. Ayam goreng tu untuk budak-budak ribena. Jemput ye...

Tuesday, August 4, 2015

Karipap sardin....

Karipap sardin yang semua orang tau buat. Resepi biasa sahaja. Dari kecik sampai dah berumur ni, memang xreti nak kelim tepi. Makanya.....kita tekan2 ngan garfu je lah.  Sedap...garing je. 
Resepi lebih kurang je lah ye...
tepung gandum agak2 dlm 1 1/2 -2cwn, telur sebiji, garam, marjerin (ramas sampai jadi serbuk roti)
Pas tu baru masuk air sikit2. 
Inti sardin tu ikut suka la, nak tumis @ guna sardin lenyek. Ikut suka.
Adunan tu warna kuning sikit, kalau warna putih tu maknanya kurang marjerin.
Selamat mencuba.