Friday, February 18, 2011

sosej gulung

Kata-kata hikmah:
Makan Beramai-Ramai;
Diriwayatkan daripada Washi bin Harab yang diambil daripada bapa dan datuknya, bahawa mereka telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa apa yang mereka makan tidak dapat mengenyangkan.Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka,"Adakah kamu makan berasingan?"Mereka menjawab,"ya."Lalu baginda menyuruh mereka berkumpul ketika makan dan menyebut nama Allah,nescaya diberkati.



  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 10 ketul sosej (direbus dan ditos)
  • 10 keping roti gardenia (digelek sehingga  nipis)
  • serbuk roti secukupnya
  • 2 biji telur (dipukul perlahan)
  • minyak untuk goreng terendam
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Ambil seketul sosej dan letakkan diatas sekeping roti.Gulung dengan kemas.
    2. Celup sosej yang telah digulung tadi kedalam telur dan gaulkan kedalam serbuk roti.
    3. Ulangi langkah ini sehingga habis.Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan bolehlah digoreng sebentar.
    4. Enak dihidangkan dengan sos cili.

sup sayur baby Hasif

Kata-kata Hikmah:
Makan Sekadar Keperluan;
Al-Miqdam bin Madikariba meriwayatkan bahawa,saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Memadailah bagi anak Adam (makan) beberapa suapan makanan untuk menegakkan kekuatan tubuh badan.Satu pertiga bahagian perut manusia itu untuk diisi dengan makanan, satu pertiga lagi untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan."
                                                                                                   (Riwayat al-Tirmizi)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 biji ubi kentang (dikupas dan dihiris)
  • 2 kuntum cendawan shitake segar (dihiris nipis)
  • setangkai sawi bunga (dipotong-potong)
  • sedikit bunga kobis (dihiris kuntum)
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 cawan air rebusan tulang ayam
  • sedikit garam 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan air rebusan tulang ayam bersama bawang putih dan kentang.Tunggu hingga kentang empuk,masukkan bunga kobis dan cendawan.
    2. Apabila cendawan telah lembut masukkan pula sedikit garam dan sawi bunga.Biarkan mendidih sekali lagi dan bolehlah diangkat.       

Sunday, February 13, 2011

pajeri nanas Akmal Adillah

Kata-Kata Hikmah:
Berpada-pada dalam Makan dan Minum;
Diriwayatkan daripada Atiyah bin Amir al-Juhani,katanya,saya mendengar Salman tidak suka makanan yang dimakannya,dia berkata:
"Cukuplah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,bahawa kebanyakan mereka yang kenyang di dunia ini akan berpanjangan lapar mereka pada hari akhirat."


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 biji nanas manis (dipotong bulat)
  • santan pekat dari sebiji kelapa
  • 1/2 sdk halba campur
  • 2 sdb rempah kari ikan (dibancuh dengan air)
  • minyak masak secukupnya untuk menumis
  • gula merah secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit air asam jawa (jika perlu)
  • 1 sdb kerisek
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdb ikan bilis (ditumbuk)
  • setangkai daun kari 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis semua bahan tumbuk bersama halba campur dan daun kari.Tunggu hingga naik bau.Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.
    2. Masukkan nanas,tunggu sehingga nanas lembut kemudian bolehlah masukkan kerisek.
    3. Kacau selalu supaya rempah kari tidak melekat pada periuk.Setelah mendidih dan kuah agak pekat bolehlah masukkan bahan-bahan perasa.
    4. Masak lagi hingga kuah pecah minyak.
    5. Bolehlah dihidangkan bersama ikan gelama jeruk goreng dan ulam-ulaman.        

sup sawi sihat

Kata-Kata Hikmah:
Makan Dengan Tangan Kanan;
Umar bin Abi Salamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. telah mengajak seorang kanak-kanak untuk makan dan berkata kepadanya:
"Wahai anakku,bacalah Basmalah dan makanlah dengan tangan kananmu..."
                                                                            (Riwayat Tirmizi)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 ikat sawi bunga
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sdb ikan bilis
  • sedikit serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • 1 gelas air atau secukupnya
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Sawi disiang,dicuci dan ditoskan.
    2. Rebus air bersama bawang hiris dan ikan bilis sehingga mendidih.Masukkan sawi bunga,cili merah dan bahan-bahan perasa.
    3. Kacau sebentar dan bolehlah ditutupkan apinya.

Thursday, February 10, 2011

pasta syabil

Kata-kata hikmah:
Kelebihan Madu;
Menurut Ibn Sina:
"Madu itu menguatkan roh, meningkatkan kerajinan dan semangat, membuka selera makan,
memelihara keremajaan dan membantu melancarkan ucapan."



  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 250 gm pasta small shell (direbus bersama sedikit minyak dan garam,ditos)
  • 6 keping daging burger Ramly (50 gm setiap satu,dilenyek)
  • 1 tin kecil tomato puri jenama duchef
  • 1 tin kecil cendawan butang (dihiris halus)
  • 2 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun bay
  • 1/3 cawan air
  • lada hitam yang baru dikisar secukup rasa
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak zaitun untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak zaitun,tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Selepas itu masukkan daging burger dan masak hingga daging bertukar warna.
         2. Kemudian masukkan tomato puri, cendawan dan juga air.Kacau rata.
         3. Setelah mendidih masukkan daun bay,lada hitam dan juga garam dan gula.
         4. Masak hingga mendidih sekali lagi dan bolehlah matikan api.                                          

Wednesday, February 9, 2011

sambal tempe paru

Kata-kata hikmah:
Kuat Makan Adalah Ciri-Ciri Orang Kafir;
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki yang sangat kuat makan,tetapi setelah memeluk islam,dia hanya makan sedikit.Apabila perkara ini diajukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. baginda menjawab:"Orang yang beriman hanya makan dengan satu perut.Sedangkan,orang kafir makan dengan tujuh perut."
                                                                                                        (Riwayat Bukhari)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 300 gm paru (direbus,dipotong nipis dan digoreng)
  • 1 keping tempe (digoreng)
  • 26 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1sdk belacan(dikisar)
  • garam dan gula secukup rasa
  • air asam jawa secukupnya
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
    2. Setelah sambal agak pekat,masukkan paru dan tempe yang telah digoreng garing.Rasakan masin manisnya.
    3. Bolehlah dihidangkan.                                                             

sup tulang

Kata-kata hikmah:
Baca Basmalah Sebelum Makan;
Diriwayatkan daripada  Abu Salamah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengajak seorang kanak-kanak
untuk makan lalu berkata kepadanya:
"Wahai budak,bacalah basmalah dan makanlah dengan tangan kananmu dan ambillah apa-apa
yang ada di sisi mu"
                                                                                                             (Riwayat Bukhari)
           
  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 1/2 kg tulang lembu (direbus bersama sudu besi sehingga empuk)
  • 2 biji ubi kentang (didadu)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  •  2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 cm halia (ditumbuk pecah-pecah)
  • 1 sdb lada hitam (ditumbuk)
  • 3 pkt sup bunjut
  • daun sup dan daun bawang (untuk tabur)
  • limau kasturi dan sedikit cili api
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang merah,halia dan rempah bunjut.Masak sehingga bawang garing.
    2. Masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk berisi daging yang direbus.Masukkan ubi kentang,masak sehingga kentang empuk.Masukkan lada hitam ,garam dan gula secukup rasa.
    3. Bolehlah dihidangkan.