Sunday, January 15, 2012

IBLIS MEMBERITAHU TEMPAT PERSEMBUNYIAN NABI ZAKARIA

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali, apabila Nabi Zakaria as dikejar oleh orang-orang yahudi, maka sampailah Nabi Zakaria dekat sebatang pokok,
oleh kerana ia tidak ada peluang untuk melarikan diri lagi, maka ia pun berkata kepada pokok itu: "Wahai pokok, masukkanlah aku ke dalammu," sebaik sahaja pokok itu mendengar kata-kata yang ditujukan kepadanya, maka ia pun membuka badannya dan dapatlah Nabi Zakaria bersembunyi di situ.
          Hal ini telah diketahui oleh Iblis laknat, lalu dia mengarahkan orang-orang yahudi itu menggergaji dan membelah pokok tersebut menjadi dua bahagian dengan maksud Nabi Zakaria akan mati dalam pokok tersebut. Akhirnya orang-orang yahudi mengerjakan seperti yang disuruh oleh Iblis laknat.
          Hal ini terjadi kerana Nabi Zakaria menaruh harapan pada pokok tersebut dan bukan kepada ALLAH SWT, sehingga menyebabkan kebinasaan dirinya dibelah dengan gergaji menjadi dua bahagian.
          Dikisahkan dalam kitab tersebut tatkala gergaji itu sampai pada bahagian otak Nabi Zakaria, maka Nabi Zakaria mulai menjerit, kemudian ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: "Wahai Zakaria, mengapa engkau tidak sabar menghadapi bala dengan berkata "AH"?, sekiranya kamu berkata sekali lagi, akan Aku keluarkan kamu dari senarai para nabi."
          Apabila Nabi Zakaria menerima teguran dari ALLAH SWT, maka Nabi Zakaria menggigit bibirnya dan bersabar sehingga mereka membelahnya menjadi dua bahagian.
          Oleh itu wajiblah ke atas orang yang berakal bersabar terhadap bala dan tidak mengadukan kepada manusia, agar dia selamat dari dunia dan akhirat. Dan bala yang paling berat diturunkan adalah ke atas para nabi dan wali.

1 comment: