Pada suatu hari Nabi Musa telah keluar berjalan-jalan dengan ditemani oleh Yusa' bin Nun, tiba-tiba seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa as berkata :
Wednesday, November 23, 2011
Dalca daging
BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan kacang dal (direndam semalaman dan direbus)
400 gm daging tetel (direbus bersama dal, masukkan 1 sudu besi untuk mempercepatkan daging empuk)
3 sdb serbuk kari baba
1 sdb serbuk cili
sedikit rempah tumis empat sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
2 tangkai daun kari (jika ada)
1/2 kilo santan
1 biji buah kelo @ murunggai (disiat kulit luar dan dipotong 3 cm)
1 batang karot (potong panjang)
3 biji kentang (potong 4)
8 biji terung ulam (belah 2)
2 biji cili merah (buang biji, belah 2)
1 keping asam gelugur
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya
DIKISAR :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan kisar hingga garing dan harum.
Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama serbuk cili dan sedikit air.
Kacau rata dan masukkan 1 sdk garam pada langkah ini.
Tunggu hingga rempah terbit minyak kemudian
tuangkan ke dalam periuk yang berisi daging dan dal yang telah empuk.
Masukkan santan, kentang dan juga karot. Tunggu hingga santan cair. (Jika menggunakan santan biasa, tunggu hingga sayur empuk baru dimasukkan santan)
Setelah sayur agak empuk dan santan terbit minyak, bolehlah dimasukkan asam gelugur, buah kelo, terung dan cili merah. Jangan lupa untuk memasukkan bahan perasa.
Setelah gulai sebati dan cukup semua rasa bolehlah dimatikan api.
Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan pekasam goreng atau dicicah bersama roti.
Tuesday, November 22, 2011
Tumis kacang india dan udang kering
1 paket kacang india @ avarakai (disiang dan dipotong serong)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sdb udang kering (dicuci dan ditoskan)
sedikit sos tiram
sedikit garam jika perlu
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumbuk bahan untuk bumbu kasar-kasar. Sementara itu, sediakan minyak yang secukupnya untuk menumis di dalam kuali.
Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi dan garing. Kemudian,
tambahkan secukupnya sos tiram dan
gaul rata.
Akhir sekali tambahkan kacang dan masak lagi hingga sayur layu tetapi masih rangup. Rasa apa yang kurang, jika perlu barulah dimasukkan sedikit garam.
Siap untuk dihidangkan.
Masak lemak cili api ikan ayam-ayam
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan ayam-ayam
1/2 kilo santan
segenggam cili api (dikisar)
2 cm kunyit hidup (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (dihiris)
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Jerangkan santan bersama bahan kisar, serai dan juga asam keping di atas api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu.
Setelah mendidih
masukkan ikan dan biarkan ia mendidih sekali lagi atau ikan masak. Masukkan garam dan juga gula secukup rasa.
Tambahkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya naik minyak dan ikan elok masaknya.
Sedia dihidangkan.
Monday, November 21, 2011
Bihun goreng utara
1/2 bungkus bihun (direndam sebentar)
1 mangkuk udang (dikupas kulit, ambil kulit dan kepala udang,jadikan air rebusan)
sedikit isi ayam
1 mangkuk tauge (dibuang ekor)
1 ikat kucai (dipotong 2 cm)
1 biji cili merah (dihiris serong)
daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
limau nipis jika suka
6 biji cili kering (direndam air panas dan dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
4 ulas bawang merah (dimayang, digaul dengan sedikit garam dan dijadikan bawang goreng)
2 biji telur (dikocok bersama sedikit garam dan dijadikan telur dadar)
garam, gula dan sedikit perasa
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah yang telah dimayang dan goreng hingga bawang garing. Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, dadar telur sehingga masak. Angkat dan hiris halus.
Tambahkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili kering yang telah dikisar sehingga harum dan garing. Kemudian
masukkan ayam dan udang yang telah dibuang kulit. Masak hingga udang dan ayam kecut. Anda bolehlah memasukkan garam, gula dan perasa pada langkah ini. Setelah itu,
tambahkan air rebusan kepala udang dan juga
bihun yang telah ditoskan tadi. Gaul rata.
Setelah bihun agak lembut bolehlah masukkan kucai. Masak lagi hingga kucai layu barulah dimasukkan
tauge. Kacau rata-rata. Jika kurang masin bolehlah masukkan lebih garam atau kicap cair.
Sedia dihidangkan bersama
hirisan telur dadar, bawang goreng rangup, daun sup dan juga daun bawang. Lebih enak jika diperahkan sedikit limau nipis dan jangan lupa cili jeruk.
Sunday, November 20, 2011
NASIHAT IBLIS KEPADA NABI NUH
Di antara manusia yang mendapat umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-quran mengatakan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus ratus lima puluh tahun. Selama masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan ALLAH, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama ALLAH, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada ALLAH agar ditimpakan bencana kepada mereka. ALLAH mengabulkan permohonannya.Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. ALLAH akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.
Saturday, November 19, 2011
Selamat hari lahir...19/11/1977
Selamat hari lahir buat gadis kecil ini....semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dalam lindungan ALLAH SWT selalu..Amin...
Sotong masak asam
SUMBER : ASIAN RETRO FOOD OLEH BETTY SAW
BAHAN-BAHAN :
450 g sotong, saiz kecil @ sederhana (dibuang dakwat)
3 sdb asam jawa, dibancuh bersama 625 ml air dan ditapis
1.25 cm belacan
1 sdk gula @ secukup rasa
1 sdt garam
3 keping asam gelugur
12 biji bawang merah (dimayang)
2 batang serai (diketuk)
4 biji cili merah (dibelah 2 tidak putus)
4 biji cili hijau (dibelah 2 tidak putus)
CARA-CARA :
Masukkan air asam jawa, belacan, garam, gula, asam gelugur, bawang dan serai ke dalam periuk.
Didihkan di atas api sederhana. Kemudian
tambahkan cili dan juga sotong. Masak di atas api perlahan selama 10 minit atau sehingga sotong
masak.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, ulam-ulaman dan juga ikan pekasam goreng.
Kek coklat Haifa
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega pada suhu bilik
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/4 cawan tepung kek (diayak bersama)
3/4 cawan serbuk koko (diayak bersama)
4 biji telur pada suhu bilik
1/2 cawan air suam @ susu segar
CARA-CARA :
Putar mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun sehingga
ringan dan putih. Masukkan
telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga gebu
dan ringan. Setelah itu masukkan sesudu demi sesudu
tepung yang telah diayak bersama serbuk koko. Selang seli kan adunan tepung dan juga susu segar. Pukul lagi hingga adunan rata
dan tidak bergentel. Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum memasukkan adunan.
Pastikan loyang disapu mentega dan dilapis dengan kertas minyak supaya kek tidak melekat dan senang untuk mengeluarkannya nanti. Sedia dimasukkan ke dalam ketuhar. (kepanasan ketuhar berbeza antara satu sama lain-gunakan kreativiti anda)
Tunggu sehingga kek sejuk barulah dipotong supaya kek tidak berderai.
Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Comments (Atom)